07 December 2010

BUKIT GAMBANG RESORT

sekali lagi kami g bercuti ke kuantan..tp kali ini g bersama famili bie..
4-6 dis 2010....
menginap di izmah homestay sg karang...3 hari 2 malam hanya rm280 sahaja..mmg best giler..3 bilik 2 bilik air...full aircond..first day sampai ujan mencurah2 sampai mlm..lepak kat pantai batu hitam, wat bbq dlm wakaf je..he heee..
esok nya 5hb kamik g Bukit Gambang Resort, sib x ujan..pe lagi dari pg sampai ke ptg duk main air..sampai mengelupas kulit muka aku..danial sampai kecut la..ha haaa!!!...mlm lak lepak kat umah je, bakar ikan..masing2 smua dah keletihan..so lepak time la..
6hb singgah la jap mkn tghhari kat umah abg aku ( jimat kos daa..hee...)..pastu g beli belah la..kopok lekor confem beli la kan..keta masuk bengkel, jem lak dia..ermmm...elok2 nak jimat, terus melayang duit..hampeh tul..he heee..dah x dpt nak join rombongan opis ke melaka pd 7hb tu..rosak program tul..tp apa2pun mmg best sgt2
jom tgk pic masa kat gambang..














30 October 2010

berbulan madu ke cherating ( BERBULAN MADU???)

Dah lama x bercoret moret kat entri..almaklumla skng ni aku tgh bercuti 2 bln jaga anak..bukan cuti bersalin tau..anak aku dah 1 thn lebih, mak g haji so kena la jaga anak sdiri.. bosan sgt2 duk umah, berdua je..bie keje sampai mlm..ahad je ada kat umah..so pada 27-29 okt baru2 ni kamik bertiga g la berholiday kat Legend Resort Cherating..Syonok sgt2, coz ini la kali pertama kamik bercuti bertiga..aku, bie n anak..tp yg xbestnyer ujan bila petang menjelma..so x dpt la kamik mandi pantai..sib ada swimming pool..tiap2 ari lenjan duk mandi kolam..klu kawan2 nak g cherating, g la legend resort..mmg best sgt2..

jom tgk pic kami di Cherating >>>>>>>


mandi kolam..


bila ujan melanda, aktiviti terSTOP seketika..


Danial suka sgt main air...



check out time



mengadap pantai yg x dpt dijamah kerana ujan..

14 September 2010

RAYA 2010


SALAM LEBARAN....

MAAF ZAHIR DAN BATIN...


Raya tahun ni aku beraya ke Sentul n Melaka..Giliran umah mentua..Malam raya kami dah gerak balik Sentul..Pagi raya kami g balik Kampung Bie di Melaka..Syok sgt beraya di melaka..paling best bila dpt makan sambal goreng n kuah lontong..sedap gilerzzz..sampai raya ke dua tu aku x leh bangun la, sakit nyer pasal..he hee...

Raya ke dua aku dah balik bentong, ingat nak g beraya umah sedara mara, tapi keadaan x mengizinkan bila aku sakit tenat sampai x blh bangun.( akibat makan pedas x hingattt!!!)heee..dapat la MC 2 hari..duk umah je, takut dah nak g beraya.. takut x dapat nak kontrol nafsu makan..

ehh lupa lak nak kasik tau, tema baju raya tahun ni warna BIRU...aku paksa satu famili aku pakai tema biru raya pertama, sekali aku lak g beraya ke sentul..punyerla bengang adik beradik aku..ha haaaa!!..x pe, nnti adik aku tunang sabtu ni leh la pakai sedondon biru semua..

meh la tgk sedikit pic aku yg dapat diambil semasa kat sentul n melaka...jom tgk2 :>>>>










23 August 2010

ISNIN yang ntah apa-apa

PAGI ISNIN = berkira-kira nak dtg opis coz rasa bosan yang melampau ..lebih2 lg bila xde keje nak wat..fb pun dah x leh online..ermm..!!!..sampai opis cuba carik keje2 yg boleh di wat..kejap je, dah siap pun..last2 g tido dlm bilik pink..jam bru kul 12.00..Ya ampun, rasa lambat giler ari ni..APA LAGI YANG AKU NAK BUAT NI!!!!!!..
PETANG ISNIN = aku saja lengah2 kan masa..kul 2.30 bru sampai opis..g toilet, main make up2..bila dah puas hati..masuk unit kewangan,terasa bingit dengar suara sang nyamuk..aku cuba wat do no..cari geng tp xde lak..diana cuti anak sakit..ksu g solat agaknya..pe lagi aku bukak ler blog ni haa..x la bosan sgt..leh la tulis2 apa yg patut..skali nampak lg sekor nyamuk, nyamuk tgh bengang kot..hempas itu hempas ini..mcm x puas hati..ermm malas nak layan..baik aku teruskan penulisan aku ni..aa haakkkss!!! JAHAT NYE AKU!!!..
baru kul 3.30 ptg..sejam setengah lagi ..perut dah terasa sakit..kepala mula pening2..mungkin sbb ari ni aku dah 2 kali muntah..perut masuk angin kot..sabar lin sabar...aku teringin nak borak2..nak ngumpat2 tp xde idea..lgpun dgn sapa? geng dua dua xde..tapi geng aku baik2, jarang ngumpat2 ni..klu terngumpat pun ,hanya cerita pasal NYAMUK..he heee...
xpe la..mungkin hari ni je aku xde mood..mana tau esok aku ok..klu la aku x malu, nak rasa aku berjoget2 sambil nyanyi lagu dangdut mcm duk kat IB dulu..TAPI.......dah jadi bini orang daaaaa...kena la berubah kan..rindu zaman muda2 dulu..mulut masing2 smua mcm cibai...dulu aku di kategori kan mulut jahat..geng mulut jahat..tp skng usia membataskan smua nyaa..ecehh!!! baik la konon kan..hee...
xde menda dah aku nak citer..klu aku bosan lg kang, aku sambung balik citer ngarut aku ni..hiii...

19 August 2010

Kelas Make up bersama Sue Hashim..

Kat sini aku nak berkongsi ngan kawan2 ilmu yang aku dah pelajari setelah mengikuti kelas makeup asas bersama Sue Hashim ( facebook ) di Cheras Utama..Aku join kelas ni sebab aku nak CANTEK laaa..hee..bila dah kawin, badan dah tentu berubah..byk sgt belon2 di serata anggota badan..diet punyer diet tapi hasil nyer kurang jugak menarik..ada jugak tempat2 yg lemak x mo cairr..

Aku jadik riso lebih2 lagi setelah bersuami..aku borak2 ngan member zaimah di fb.masing2 mengalami masalah yg sama..gemuk stlh kawin..pk punyer pk, tetiba terbukak lak wall Sue Hashim di fb, tgk dia ada wat kelas maku up asas..aku n zaimah pun try la tanya2..

bak kata aku kat zaimah " badan dah x blh cantek, kiter cntek kan muka je la geng.."

Setelah konferm ngan Sue, n byr yuran RM100..kami pun pegi la....Dari bentong tu..( terkezut gak Sue bila tau aku dtg dr bentong semata2 nak blajar makeup)....

Sepanjang kelas berjalan, aku n zaimah mmg bg tumpuan habis..rugi rasa nya klu ilmu di sia-siakan..

Meh tgk pic2 sepanjang kelas..n pic aku sebelum n sesudah CANTEKK,...heeee...






NOTA DARI SUE HASHIM

Teknik Asas Solekan

Wajah yang berbedak tetapi nampak seperti tidak berbedak adalah satu gaya solekan yang amat digemari remaja kini. Ia tampak asli dan begitu semulajadi. Gunalah span bedak asas yang dilembapkan dengan sedikit air. Pedap sedikit bedak padat menggunakan hujung span lalu sapukan sedikit demi sedikit pada kulit wajah anda.
Untuk memudahkan diri bagi menambah lagi bedak pada wajah terutama sewaktu menghadiri majlis, bawa sahaja bedak padat di dalam beg tangan. Dengan cara ini kita dpt menghindari wajah yang tampak berkilat akibat berpeluh.
Terdapat 2 teknik yang boleh dipelajari untuk mendapatkan kesan yang hebat sewaktu menyapu bedak asas. Pertama, sapukan sedikit bedak pada bahagian tengah muka. Pastikan sapuan bedak ini dimulakan di kawasan hidung.
Jikalau wajah tampak lesu, sapuan bedak asas yang baik mampu mengembalikan kesegaran wajah.
Seandainya diri tidak cukup tidur di bawah mata ada bekas lebam atau lingkaran hitam, pastikan di bahagian itu disapu penyamar noda.
Akan tetapi jikalau di dalam beg alat solek tiada penyamar noda, bedak asas masih boleh dijadikan penyelamat. Bedak asas antara penyelesai masalah yang paling mudah jikalau anda tidak mempunyai penyamar noda. Sapukan bedak asas dengan lembut pada bahagian yang lebam pd mata. Ratakan dengan menggunakan span secara lembut kerana daerah mata amat sensitive kulitnya.

TIPS MENGGUNAKAN BEDAK DWI CARA
v Terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan dengan span kering atau lembap. Jika menggunakan span kering, ia bertindak seperti bedak berkrim. Untuk sapuan lembap basahkan span dan tekap pd bedak dan sapu pada wajah. Yang pasti, sapuan dengan span lembap lebih menyeluruh dan solekan lebih tahan lama berbanding sapuan kering.
v Gunakan sedikit saja bedak, kira-kira sepertiga daripada span
v Mulakan sapuan pd sebelah muka dahulu, ratakan bermula pada dasar hidung hingga ke telinga menghala keluar.
v Ulangi penekap bedak dengan kadar sama pada span dan sapu pada sebelah muka lagi
v Kemudian sapu rata keliling mulut, bibir dan dahi
v Perkemas sapuan dengan menyapu nipis bedak atas hidung.


BEDAK

Berbedak dengan betul adalah asas solekan yang paling utama. Solekan yang baik adalah solekan yang sederhana, sedap mata memandang sekaligus dapat menyembunyikan kekurangan pd wajah. Wajah masih kekal semulajadi biarpun ia disolek. Solekan yang sempurna mampu membangkitkan seri wajah.

JENIS ASAS SOLEKAN
JENIS CECAIR
Bedak asas ini paling popular dan versatile di kalangan pengguna. Bedak ini sesuai digunakan utk semua jenis kulit kecuali yg berminyak. Melalui penggunaan bedak asas cecair ini, pemakai akan memperoleh kesan sapuan sheer yang umpama selembut sutera. Malah melalui span bedak asas ini, wajah lebih tampak semulajadi.
Bedak asas bentuk cecair yang mudah hilang dan meresap ke kulit wajah adalah bedak asas yang serasi dengan kulit. Teksturnya lihat berkrimdan amat sesuai untuk menutup cela serta garis halus.
Sapu dengan hujung jari hantu bagi mendapatkan sapuan kemas dan rata. Sesetengah juru solek tidak suka menggunakan span segi tiga kerana ia menyerap cairan bedak asas, menyebabkan muka tampak kering.

JENIS KRIM
Memakai bedak asas jenis krim ini memang menyenangkan. Ia mudah disapu akan tetapi agak cepat kering. Keadaan yang kurang pelembap ini menjadikan bedak ini sukar utk dirata bagi menampakkan kesan yang kemas pd wajah. Oun begitu, kalau mahu bedak asas yang tampak mewah, tebal dan agak luas coverage pada wajah, bedak asas krim ini adalah pilihan terbaik.

JENIS PADAT
Bedak asas jenis padat ini disebut juga sebagai bedak compact atau compact powder. Is sesuai digunakan sepanjang hari di luar rumah bagi mengembalikan kesegaran pada wajah. Ia berupaya menyerap sisa minyak yang menjadi punca muka nampak berkilat dan tidak bermaya. Penggunaan bedak ini memang menyenangkan ramai wanita. Is sesuai juga digunakan untuk semua jenis kulit baik kering atau berminyak.

JENIS STIK
Bedak asas ini selalunya disediakan dalam kelongsong boleh putar seperti gincu. Ia juga mudah dibawa kemana-mana dan ringkas untuk memakainya. Bedak asas jenis stik ini dirumuskan dalam bentuk mewah krim dan amat sesuai bagi mereka yang mahu perlindungan wajah utk tempoh yang lama. Pemakai akan berasa kulit lebih gebu dengan memakai bedak asas jenis ini.
Cara memakainya mudah sahaja. Cuma larikkan bedak asas stik ini pd dahi, pipi dan dagu kemudian gunakan span untuk meratakannya. Lazimnya bedak asas jenis stik ini memberi kesan mewah pada kulit wajah. Ia amat sesuai untuk solekan malam hari.

BEDAK DEBU
Amat sesuai utk kegunaan di rumah. Selain itu, bedak debu juga digunakan umtuk menyempurnakan solekan asas. Selepas wajah disapu bedak asas sama ada daripada jenis cecair atau krim mahupun padat, retakan pula dengan bedak debu. Ia akan menyerlahkan lagi kelembutan tekstur pada kulit wajah. Gunakan span gebu bagi mendapatkan sapuan tipis dan rata. Manakala penggunaan berus besar memastikan sisa bedak dibersihkan sepenuhnya daripada wajah.

BEDAK ASAS DWI CARA (Two-way-cake)
Bedak ini juga umpama penyelamat waktu kecemasan, ia bertindak sebagai penyamar noda dan bedak asas. Ia bole bertahan lebih empat jam sebelum anda perlu pedap bedak padat kering atau tekap sahaja kertas penyerap minyak bagi mengembalikan kesegaran pada wajah. Malah untuk mendapatkan efek yang lebih gebu dan mewah, sapu bedak two way cake ini menggunakan span yang dibasahkan sedikit.
Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang mahu menghadiri majlis pada waktu malam. Ada yang menganggap bedak asas dwicara ini lebih praktikal. Ini kerana ia boleh digunakan untuk sapuan basah atau kering. Jikalau mahu ke majlis lebih glamour, penggunaan span basah boleh menyerlahkan lagi penampilan anda. Sekiranya anda mahukan perlindungan ringkas sepanjang hari seperti sewaktu di pejabat, bedak asas dwicara juga adalah pilihan tepat.

PENYAMAR NODA
Jangan risau jikalau kulit anda agak berbiji-biji gara-gara jerawat. Atau mungkin anda tidak selesa dengan wajah yang dipenuhi jeragat hitam. Penyamar noda mampu mengurangkan tanda cela pada wajah. Guna menyamar noda untuk menghilangkan tanda yang jelek itu. Sebelum menyapu bedak asas, penggunaan penyamar noda adalah langkah pertama agar kulit kelihatan lebih gebu. Ini lah keajaiban sebenar solekan moden ia mampu menutup sebarang cela dan garis halus. Ia juga digunakan dalam pigment kuning (kulit asia), merah jambu (kulit orang Eropah) dan hijau (semua jenis kulit).

-----------------------------------------------------------------------------------------------
10 TIPS MENYAPU BEDAK ASAS
- pastikan apabila memilih bedak asas , warna sepadan dengan warna kulit
- warna yang menghampiri warna kulit wajah, seharusnya tanpak lenyap pada kulit apabila disapukan
- apabila warna bedak asas sempurna dipilih, secara keseluruhan solekan akan tampak semulajadi
- sewaktu bersolek, jangan sesekali duduk dibawah cahaya yang suram atau malap. Sebaik-baiknya meja solek anda mempunyai cahaya yang mencukupi bagi memastikan solekan rata dan tidak keterlaluan.
- kalau kulit wajah anda cepat basah dan berpeluh, anda masih boleh menggunakan sedikit pelembap. Namun tunggu sehingga pelempap itu sebati pada kulit, sebelum disapu bedak asas.
- menggunakan bedak asas jenis cecair sebenarnya lebih mudah. Sapu pada empat penjuru wajah iaitu bahagian dahi, pipi kiri kanan serta pada dagu.
- sapuan bedak asas sebaik-baiknya dibuat dengan urutan dari atas ke bawah. Halakan urutan ke luar wajah.
- Langkah terakhir sapukan bedak asas menggunakan bedak debu untuk menjadikan wajah lebih gebu.
- Apabila menyapi bedak, tumpuan yang lebih diberikan kepada kawasan mudah berminyak seperti di kawasan T-Zone atau bahagian dahi dan hidung.

TIP MEMILIH WARNA BEDAK
Jikalau biasa bersolek, tidak salah jikalau kita menggabungkan dua rona bedak asas yang berbeza untuk sapuan di wajah. Ada ketikanya adunan dua rona mampu memberi hasil yang terbaik untuk kulit wajah. Pun begitu, kenal pasti dahulu rona kulit wajah. Ia cara terbaik untuk memastikan pilihan warna bedak asas tidak tersasar.

Warna Kulit


Kuning Pucat


Bedak Asas Warna Ivory mengembalikan seri
wajah dan memberi kesan semulajadi pada sapuan

Kuning Langsat


Warna soft beige mempu memberi
kelembutan pada keseluruhan wajah. Selain daripada warna beige, pilihan bedak yangada serakan kuning juga sesuai

Putih Kuning


Warna rona semulajadi amat sesuai kerana kulit yang putih kuning mempunyai sedikit cahaya kemerah-merahan. Bedak yang berasaskan warna cerah dengan serakan merah jambu boleh dijadikan pilihan.

Putih Merah


Pilihan warna bedak asas yang cerah dan mempunyai rona merah jambu lembut antara yang paling sesuai

Hitam Manis


Bedak asas berona coklat lembut mempunyai sentuhan warna tembaga antara yang amat sesuai untuk yang berkulit gelap.

TIP SEBELUM BERBEDAK
- Tidak kiralah apa jenama bedak asas yang dipilih, mahal atau murah, ia sebenarnya mampu mamberi kesan yang hebat selagi kita yakin dan pasti ianya memang serasi dengan kulit wajah. Perkara paling penting sebelum bersolek, bersihkan dahuku segala kekotoran yang terlekat pada wajah. Kulit akan tampak lebih berseri apabila ia sudah dibersihkan dengan betul sebelum disapu bedak.

TIP SHADING BENTUK WAJAH
Jurusolek yang mahir sering menggunakan teknik shading pada wajah bagi menyerlahkan bahagian-bahagian tertentu. Jikalau seseorang itu berwajah bulat, maka shading akan dilakukan pada bahagian pipi dan dagu bagi memberi ilusi wajahnya tampak sedikit panjang. Seandainya berhidung pesek, maka shading akan dilakukan pada batang hidung menggunakan warna yang cerah bagi membangkitkan efek tulang hidung tinggi.
Sesiapapun sebenarnya boleh melakukan shading pada wajah sendiri asalkan mengetahui dimana kelemahan dan kekurangan wajah. Untuk memahirkan tangan membuat shading, kekerapan melakukannya adalah perlu. Dalam melakukan shading, pilihan warna bedak, pembayang pipi dan highlight amat penting. Gabungan warna yang tepat akan menjadikan teknik shading lebih sempurna.

Beberapa jenis bedak asas di pasaran memang sesuai untuk teknik shading. Warna yang lebih gelap atau cerah daripada biasa, digunakan untuk tujuan ini. Penggunaan berus yang sesuai diperlukan untuk membuat teknik ini. Jikalau kesan shading itu amat ketara, maka sedikit bedak debu boleh disapu. Lazimnya jurusolek akan menggunakan teknik shading untuk mengurangkan kesan pipi berlapis terutama di bawah rahang, meninggikan tulang pipi atau mengecilkan hidung serta menampakkan lebih mancung.



KENALI BENTUK MATA


Mata Dalam
- Sapuan pembayang mata berwarna cerah atau pastel adalah pilihan terbaik. Ratakan pada seluruh kelopak mata. Pada sempadan bulu mata, boleh disapukan warna sama dengan lebih terang. Pun begitu jangan sesekali menggunakan warna yang gelap pada bahagian lipatan kelopak mata.

Mata Kuyu
- Pastikan apabila menyapu membayang mata, ia sekadar disapu pada bahagian luar tepi mata. Ini bagi mengelakkan mata tmpak lebih tirus ke dalam. Paling penting sewaktu membentuk celak pada hujung mata, ia haruslah dibentuk menaik dan tidak mengikut bentuk kelopak mata yang jatuh. Ini dapat memberi kesan ilusi agar mata tidak tampak sedih atau layu seperti asal.

Mata Galak
- Sapuan pembayang mata boleh dilakukan daripada bahagian tepi sehingga ke sebelah dalam mata. Jangan ratakan pembayang mata sehingga melepasi kelopak mata sebelah tepi. Ia untuk mengelakkan mata tampak terlalu besar dan tertonjol.

Mata Kecil dan Sepet

- Untuk mata yang kecil comel, pilih warna yang berkilau bagi menambah seri. Ini boleh memberi ilusi mata lebih besar sedikit. Jauhi celak yang berwarna hitam. Sapuan celak hitam pada lipatan kelopak mata menjadikan mata terperosok ke dalam dan tampak semakin kecil. Untuk majlis yang lebih glamour, teknik smokey mampu menyerlahkan mata yang sepet.

Mata Besar
- Bentuk mata ini dikatakan seakan-akan bentuk badam. Penggunaan warna lembut dan hangat lebih sesuai agar mata tidak terlalu menguasai penampilan wajah. Gandingan pembayang mata yang gelap dan terang boleh dilarikkan pada penghujung kelopak mata.

PEMBAYANG MATA
Pastikan dulu warna yang mahu anda campur atau gabungkan. Ia sepatutnya mencetuskan satu gabungan warna yang harmoni. Solekan di mata mampu membangkitkan kesegaran mata dan tentunya untuk bergaya pada waktu siang dan kelihatan glamour pada waktu malam. Untuk mendapatkan impak warna yang lembut, sebaik-baiknya gunakan pembayang mata jenis krim atau gloss. Pembayang mata jenis bedak memberikan kesan matte dan warnanya juga lebih intense.

TIP DAN TRICKS
- Jika anda becadang memakai lebih dari satu warna pembayang mata, pastikan padanan warnanya serasi
- Sapuan 2 atau 3 warna pembayang mata juga mestilah kemas dan tidak nampak seperti ditampal-tampal.
- Warna kulit wajah juga turut mempengaruhi efek warna pembayang mata yang disapu
- Sebelum menyapu pembayang mata, kelopak mata mestilah dialas bedak agar warna lebih naik.
- Solekan pembayang mata akan lebih tahan lama dan cantik apabila bedak debu diratakan terlebih dahulu pada mata.
- Sebelum menyapu pembayang mata, pupuklah bedak debu terlebih dahulu pada bawah mata
- Ini penting bagi memastikan segala sisa pembayang mata atau kesan sememeh pembayang yang mungkin jatuh ke bawah mata tidak mencomotkan wajah.
- Selepas siap menyolek mata, jangan lupa rata dan kemaskan kembali bedak debu yang ada di bawah mata. Gunakan berus besar.

EYELINER


JENIS-JENIS EYELINER
CECAIR
- jenis ini adalah yang paling banyak digunakan. Malah ia dikatakan memberi garisan yang lebih halus dan cantik pada kelopak mata. Penggunaan eyeliner daripada jenis cecair ini juga lebih tahan lama. Namun ia memerlukan kemahiran untuk mengalitnya agar tidak sememeh.

PENSEL BERKRIM
- hujung matanya yang lembut berkrim antara kaedah termudah mengalit eyeliner atau digunakan sebagai pembayang mata.

PENSEL BERSERBUK
- bentuknya yang versatile boleh digunakan untuk mengalit eyeliner atau digunakan sebagai pembayang mata

MATA BEBOLA (felt tip eyeliner)
- penggunaannya lebih tahan lama, tetapi jangan sesekali digosok kerana akan menyebabkan sememeh. Untuk mereka yang sudah berusia, sapuan eyeliner daripada jenis ini tampak lebih rata dan agak kasar.


TIP DAN TRICK MEMAKAI EYELINER
- Eyeliner lazimnya dialitkan pada mata untuk memberi kesan yang lebih dramatic pada mata
- Selain daripada itu, eyeliner juga dialitkan pada sempadan bulu mata palsu untuk mengaburi kesan gam padanya
- Sebenarnya hanya latihan dan penggunaan eyeliner yang kerap mampu memberi hasil yang sempurna pada mata
- Untuk menggunakan eyeliner atau celak mata, ia memerlukan kemahiran tangan untuk mengalitnya pada kelopak mata.
- Jika eyeliner sering kelihatan comot pada mata lantaran meta cepat berpeluh, cara terbaik adalah pakai pada bahagian atas kelopak mata sahaja.
- Memilih eyeliner daripada jenis waterproof adalah cara terbaik mengelakkan eyeliner mudaj cair.
- Membeli eyeliner tidak semestinya yang mahal dan berjenama. Ada yang tidak serasi dengan kulit dan menyebabkan satal-gatal pada mata. Jadi usah takut mencuba barangan yang sederhana harganya. Ada ketika yang murah itu lebih serasi dipakai.

CARA MENGALIT EYELINER
- Sewaktu menghadap cermin, pastikan kepala tidak terlalu ke hadapan. Posisi biarlah selesa untuk memandang sermin secara rapat.
- Pegang dan tegangkan kelopak mata di penjuru kening. Anak mata memandang ke bawah. Alitkan eyeliner dari luar ke dalam kelopak mata.
- Sapuan eyeliner yang tidak memenuhi seluruh kelopak mata tampak lebih natural
- Biarkan 10 saat sebelum mengalit sekali lagi jika sapuan pertama tidak kemas
- Jikalau mahu yang lebih dramatic, lakukan sapuan yang lebih tebal
- Kesan yang sememeh boleh dikemaskan dengan menggunakan putik kapas
- Biarkan 10 saat agar eyeliner kering
- Untuk mencuci eyeliner, gunakan munyak zaitun atau minyak bayi bagi menanggalkannya.

MASKARA
BULU MATA PANJANG

Rata-rata wanita Malaysia memiliki bulu mata yang sederhana panjang. Melainkan mereka yang mempunyai darah campuran seperti Arab, Punjabi atau berdarah Hindustan, mungkin dilahirkan dengan bulu mata yang melentik, panjang dan lebat. Ada juga yang memiliki bulu mata yang agak jarang serta pendek-pendek. Namun ini bukan masalah untuk tidak tampil mempersona dengan mata yang galak. Tapi bagaimana? Jawapannya mudah. Maskara pasti boleh memberi efek bulu mata sempurna. Tidak cukup dengan mascara, pengetip bulu mata juga dicipta untuk melentikkan lagi bulu mata yang sudah dioles mascara.

PENGETIP BULU MATA
Cuba ikuti panduan ini jikalau ingin mencuba pengetip mata:
- Acukan pengetip bulu mata pada bulu mata atas
- Pastikan semua bulu mata masuk sempurna dalam lengkung tadahan pengetip
- Kedudukan pengetip bulu mata mestilah serapat yg boleh pada pangkal bulu mata
- Ketip perlahan-lahan selama 10 saat
- Selepas itu, oleskan mascara agar bulu mata bulu mata bertambah sempurna
- Setelah mascara dirasakan sudah kering, ketip sekali lagi, Hasilnya pasti menawan

TIPS BERMASKARA
- Jangan teragak-agak apabila menyapu mascara. Tangan yang tidak tetap hanya membuatkan sapuan mascara menjadi comot
- Selepas mengoles mascara pada bulu mata atas, jangan abaikan bulu mata bawah
- Sapuan mascara pada bulu mata bawah akan menjadikan mata tampak lebih galak dan terbuka
- Menyapu mascara pada bulu mata bawah mudah. Caranya pegang mascara selaras dengan aras hidung. Kedudukannya dalam bentuk vertical.
- Oleskan bulu mata bawah anda dengan hujung berus mascara

PEMERAH PIPI
Pemerah pipi sebenarnya bukan sekadar untuk menyerlahkan wajah menjadi lebih segar dan berseri malah ia mampu memberi kesan yang lebih sempurna pada wajah. Jika anda mempunyai dahi yang agak jendul dan luas, teknik sapuan pemerah pipi yang berona coklat mampu memberi kesan ilusi dahi sedikit kecil.
TIPS PAKAR
- Pembayang pipi jenis krim mempunyai pigment warna yang lebih kuat lagi menonjol berbanding pembayang jenis powder
- Pastikan apabila menyapu pemerah ia dilakukan selepas anda mengaplikasi bedak asas atau sebelum anda membalas dengan bedak debu atau bedak padat. Mulakan pada tulang pipi, kemudian bawalah ia menghala ke atas.
- Gerakan ke bawah hanya akan mencetus ilusi kulit wajah anda cepat kendur seterusnya menjadikan anda tampak lebih tua daripada usia sebenar.
- Adalah lebih bijak jika anda padankan pemerah pipi dengan gincu dari rona yang sama. Contohnya jika anda memakai gincu berona jingga, mungkin pemerah pipi juga daripada kumpulan yang sama.



YANG PERLU DIKETAHUI
- Bagi menyerlahkan imej seksi wajah, titik sedikit pemerah pipi yang ada elemen shimmer pada paras tertinggi tulang pipi anda.
- Pemerah pipi rona merah jambu mampu mengembalikan cahaya kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
- Tidak semua warna sesuai untuk kita. Pemerah pipi harus dibeli dengan mengambil kira warna kulit wajah
- Tidak salah kalau mengadunkan dua warna pada sekali sapuan. Maksudnya gandingkan dua warna berbeza untuk mendapatkan hasil yang menarik
- Jangan sesekali menyapu pemerah pipi sehingga pipi tampak seperti ditampar.
- Jangan biarkan sapuan menjadi tompokan bulat pada pipi
- Seandainya berkulit putih, adalah lebih manis jikalau memakai pemerah pipi bewarna merah jambu dan jingga lembut.
- Untuk yang berkulit hitam manis, gunakan pemerah pipi daripada rona coklat gelap kerana ia mampu memberi kesan shading pada wajah.
- Kalau sapu pemerah pipi, pastikan ia adalah antara yang terakhir sekali dilayangkan pada pipi tatkala anda bersolek.
- Seandainya anda melihat pipi anda agak tebal pemerah pipinya, anda boleh kurangkan sedikit warna yang terang itu dengan menyapu selapis bedak debu. Pastikan sapuan biar rata sekeliling wajah
- Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, pemerah pipi dalam bentuk debu adalah pilihan yang paling baik.

BIBIR
Gincu memang menjadi kegemaran atau alat solek wajib bagi perempuan. Biarpun bibirnya hanya seulas, namun keinginan membeli gincu aneka warna memang tidak pernah padam. Gincu paling mudah dibawa dan paling senang digunakan di mana jua kita berada.
Tidak payah menyapu bedak berlapis-lapis, tidak perlu berjam-jam menghadap cermin melayangkan pemerah pipi dan mencalit pembayang mata, wajah masih boleh tampil berseri dengan syarat jangan lupa memakai gincu.
Bagi yang memilih warna cili, dianggap berani. Malah warna pudar mampu tampak seksi menggoda apabila mencalitkan bibir dengan gincu merah cili. Gadis remaja mungkin selesa dengan gincu merah jambu. Kalau yang mahu tampil natural dan semula jadi rona bumi seperti warna gangsa dan coklat muda mungkin menjadi pilihan.
Tentunya petua asas memakai gincu adalah pilihan warna cerah dan lembut untuk hari siang manakala untuk gaya malam pula gincu warna garang dan terang.

ASAS TATKALA BERGINCU
- gunakan berus gincu
- jangan tinggalkan pelembap bibir
- pengilat bibir adalah alat solek yang amat berguna bagi mencerahkan rona gincu yang terang
- pensel bibir penting bagi mendapatkan bentuk bibir sempurna
- akhir sekali tentulah gincu yang sesuai dengan kulit

GINCU TAHAN LAMA
- Kalau mahu kesan yang tahan lama malah lebih cantik warnanya, apabila menyapu gincu pada bibir, campurkan sekurang-kurangnya dua warna yang berbeza rona. Percayalah, hasilnya lebih memukau mata yang memandang.
- Ada waktu apabila kita bergincu, kita masih lagi sapu dan terus sapu pada bibir menggunakan gincu yang sama. Kita seperti tidak puas hati. Diri berasa cuak kalau-kalau gincu yang dipakai akan mudah tanggal warnanya. Ambil tisu, tekapkan pada bibir dengan perlahan. Kemudian pedapkan dengan bedak debu. Gincu akan lebih lama di bibir dengan cara ini.
- Gincu yang bersememeh pada gigi atau yg tampak selekeh pada hujung bibir adalah sesuatu yang memalukan. Mudah saja. Selepas bergincu, masukkan jari ke dalam mulut dan tarik. Gayanya seperti menghisap lollipop. Lebihan gincu akan melekat pada jari.

MELUKIS BIBIR
Bibir Tebal atau Penuh
Tentu saja mereka yang berbibir tebal membayangkan ilusi bibir yang tipis dan lebih kecil. Lukiskan bibir dengan pensel pada bahagian bawah bibir dan di atas bibir tetapi jangan sampai melepasi garisan bibir.
Pilih gincu yang tidak berkilat. Efek gincu yang jernih dan berkilau hanya menambahkan kesan bibir yang tebal. Sapuan gincu yang biasa mampu memberi bayangan semulajadi. Seelok-eloknya oilih lah gincu daripada rona yang seakan-akan warna bibir. Jauhi warna yg terang dan garang.

Bibir Tipis
Lukiskan bibir dengan pensel pada bahagian liar garisan bibir atas dan bawah. Ini untuk menampakkan efek bibir lebih tebal. Ratakan gincu dengan berus agar kesan ilusi itu tampak semulajadi. Untuk bibir yang tipis, pilihlah warna gincu yang terang dan gemilang warnanya. Bibir akan menjadi lebih seksi.

Bibir Atas Yang Tipis
Bagi menampakkan bentuk yang lebih sempurna, larikkan pensel bibir pada garisan luar bibir sebelah atas sahaja. Lakukan dengan berhati-hati dan sapukan gincu dengan menggunakan berus. Sapuan biar rata agar bibir atas tidak kelihatan terlampau tebal. Pastikan sapuan gincu bibir atas seimbang dengan bibir bawah.

Bibir Bawah Yang Tipis
Lakar bentuk bibir bawah menggunakan pensel bibir mengikut garisan luar bibir bawah. Lukis dengan lembut agar lakaran tidak nmpak comot. Kemudian sapu gincu menggunakan berus gincu. Untuk memberi efek semulajadi, sapuan gincu pada bibir atas boleh dilakukan dengan lebih terang berbanding bibir bawah.


TIPS DAN TRICKS
- Jangan lupa untuk memiliki tiga warna gincu yang berbeza.
- Pilih satu warna natural yang sesuai dengan kulit. Pilihan kedua, biarlah warna sedikit garang dan dramatic. Ini akan membantu tatkala hendak bergaya pada waktu malam.
- Akhir sekali dan tidak kurang penting pastinya pengilat bibir yang jenis berkilau
- Tentunya pensel bibir juga perlu ada bagi menyerlahkan lagi solekan bibir
- Jangan mudah terpengaruh dengan warna gincu yang tampak cantik pada bibir model iklan gincu.
- Cuba dulu warna gincu yang mahu dibeli
- Ada warna yang cantik dilihat tapi tetapi tampak buruk apabila disapukan pada bibir yang tidak sesuai
- Selain daripada bedak debu, penyamar noda atau concealer juga boleh disapu pada bibir agar kita mendapat base yang sekata sebelum menyapu gincu


AKHIR KATA….

“SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA DAN TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK ANDA KECAPI SEKIRANYA ANDA BERUSAHA DENGAN TEKUN UNTUK MENJADIKAN CITA-CITA MENJADI SATU KENYATAAN DAN HIMPUNLAH PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN SEKIRANYA ANDA INGIN BERJAYA DI DALAM BIDANG INI..”


AKU, RAMADHAN DAN NYAMUK.........


Setelah sekian lama menyepikan diri dr entri ini, akhirnya aku kembali dengan membawa seribu sinar di bulan Ramadhan ini..ecehhh!!! ayat x ingat....

Dah lama x cot cet cot cet kat sini, dah lama x memenuhi ruang diari aku ni haa..bukan sebab apa, sebab terlupa akan diri bila syok sgt berfacebook..last2 bila fb kat opis ni kena BOMMMM!!!..hu huuu baru teringat ke menda lain..apa laaa bebudak opis ni dengki sgt kat kami, tau la kami ni lawa, anggun dan terkenal..heeee..:))...x gitu wahai sahabat2 ku..

Ermm, nak ngumpat kang dosa lak bulan2 posa ni..tapi hati sudah terguris dek memandang nyamuk bertaburan bergelak ketawa menghiburkan hati mereka..sedangkan yang berlonggok atas meja, bawah meja, tepi kiri kanan meja belum disiapkan lagi..asyik tertunda je kerja2 yang amat2 penting..pelik betul melihat nyamuk2 ni..nama pun nyamuk xreti duduk diamm..ni pun 2 ekor nyamuk x masuk2 lagi..pergi mencari mangsa kot, atau pergi melelapkan mata..kan dua2 berpenyakit..heeee..

***lantak la bg sapa2 yg x faham..janji aku faham sendiri sudahh..***
bila la nyamuk2 ni nak pindah..x bosan ke isap darah org yg sama je..
g isap darah org lain lak...

arrhhhhhhh!!! masuk lak tetiba nyamukkkkkk niiii....nyesal aku seru2 korang...

syoohhh syooohhhhh!!! pergi..pergiii!!!...








27 June 2010

KL TOUR IN MEMORY - 26.06.2010

akibat bosan tahap gaban sabtu 16.06.2010 baru2 ni..aku ngan gembel nyer ke kolumpo ngan anak kecik aku..kebetulan along nak gerak ke Airport..so aku tumpang le sekaki kan..sampai2 kat kl, pakwe adik aku amik..g opis astro kat PJ amik dila (adik)..ngan sehelai sepinggang..n x plan nak g jalan2, ingat nak duk lepak umah dila jerr...tetiba dila ajak g KL tour..aku orait jerr..best gak jalan..
sampai kat KL tour rupa2nyer dah lain sgt dr yg aku g dolu2 kala tuhh..mmg best, ada mini zoo kat luar, leh naik kuda, leh main game keta..leh naik Kl tour..smua tu dlm 1 package jeww..setengah ari abih time kat situ..mmg x rugi..syiiokk gilerrss..lebih2 lagi aku xkuar ongkosnyer kan..hu huu!!!..smua disupport sepenuhnyerr..sambil2 tu sempat jugak la snape snape gambar..meh tgk reramai kat bwh nih..>>>>


pegang ular..ingat nak pegang hak besar tp cian lak kat danial..hak kecik ni pun dia tarik ekor..nasib x arwah aku ari tu..he heee



naik kereta kuda..kesian lak tgk kuda sekor tu bwk kamik yg gemok2 ni..nak je aku suh bangla yg bwk keta kuda gantikan tpt kuda tu..biar dia jd kuda..ha haaa!!!

takut sbnrnyer nih..wat2 berani je..dlm hati ada gunung berapi maa..


Danial pun takut kat kuda ni..xmo senyum2 dia..



tgk kura2..suka danial..



kat atas KL Tour..


16 June 2010

SEHARI DALAM HIDUP HAKU!!!

16.06.2010 aku exam BITK di PICC Putrajaya..terlanjur dah kesana, aku amik kesempatan bersuka ria at Alamanda..g tgk wayang citer Lagenda Budak Setan, ala haii x pepasal aku nangis teresak esak time ending citer tu kan..hu huu huu..malunyer kat Bie, tp Bie sempat gak tlg kesatkan air mata yg tertumpah kat pipi Gebu nih..romantik lak rasa...tp xleh tahan nyer bila budak2 sebelah aku duk pakat gelak kat haku!!..aduiiss malu tahap gaban lerr kejap..tak abih nangis dlm panggung, sambung lak kat luar panggung kan..he hee..pe la wat citer sedih2 camtu..cian kat aku..
Pas tgk wayang, aku ada janji temu ngan my best fwen..sambil jumpa sambil main bowling..best nyerr..bergelak ketawa..
sapa juara ?? aku laa coz dpt strike free, pin x jatuh pun, tetiba je strike kann..he hee..rezeki tuhh...fight ngan bie..sapa kalah dia kena drive keta..haku le menang..pe lagih dlm keta tidoo la jadik bos kejap..he hee
pa per pun..sehari yg seronok..

Luv u bie

Luv u zaimah..my 4ever fwen..




09 June 2010

BAJU RAYA AIRYL DANIAL

Minggu lepas belek2 blog yg bf ku bg...sekali terpesona lak tgk produk2 yg beliau jual..terus tergoda..pilih nyer pilih..dah x tau nak amik yg mana satu...terpk xlama lg nak raya, org dah sibuk2 beli baju raya..so tanpa berlengah, sebelum menda yg aku nak ni di COP orang lain..maka aku terus la submit borang kan..bila beliau dah reply, hati aku berbelah bagi..xkan nak amik 1 set je..sedangkan ada 1 set lg yg pekenan sgt2 ni...xpe la demi anak aku yg comel tu, apa salah nyer aku order terus 2 set..danial skng dah 1 tahun 5 bulan..amik saiz 18m..
Ari ni sampai dah 1 set CK n 1 set POLO..mmg cantekkk dan puas ati sgt2..kain dia mmg sedap dan sejuk..sesuai utk anak aku yg kuat berpeluh tu..n bila dah sampai, rasa x sabar nak tgk danial pakai g jalan2...alamak!!! sempat ke raya ni..he he heee...

jom tgk pilihan aku untuk sikecil :


06 June 2010

OPIS LAMA SAYA BUAT MACAM NI?????????

korang pernah tak alami perkara diatas??..bila kakitangan pejabat korang yang bertukar dari jabatan lain ke tempat korang kerja..bila slalu sgt rujuk pejabat lama dia, sikit2 refer pejabat lama..yang kadang2 korang rasa menda tu x lojik langsung...menda yang boleh kata xboleh, menda yang xblh dia kata blh lak..kesudahannyerr timbul rasa xpuas hati antara kiter2 kan..???
dan bila xpuas hati, dah tentu kiter akan refer pada orang atasan atau senang2 terus refer kementerian..klu melibatkan pekeliling, bukak je ternet download pekeliling..tp selalu kiter dipihak yang betul, apatah lagi kiter ni blh la dikategori kan ORANG LAMA..sedangkan dia tu ORANG BARU..yang masih mentah..tp terbawak2 cara kerja di tpt lama sedangkan apa yg jabatan lama dia wat tu adalah terang2 salah..SO APA PATUT KITER BUAT BILA KITER DIDALAM SITUASI INI????

- PATUT KE KITER MELENTING?? marah2 tak akan dpt menyelesaikan masalah..

- PATUT KE KITER MENSABOTAJ BELIAU?? jangan, kiter masih ada hati perut..!!!

-PATUTKE KITER MEMULAU KAN BELIAU?? emm x boleh, coz beliau masih ada lg yg sayang..hiii...kuncu-kuncunya..kelak kiter yg terkena balik..!!

- PATUTKE KITER MEREPORT KE PIHAK ATASAN?? emm perkara ni seelok2 nya diselesaikan dlm dalaman sahaja, sekiranya tidak dpt dikawal, sila la report kat BOS BESAQQQ..

-PATUTKE KITER REFER KE PIHAK YANG LEBIH TAHU?? yang ni adalah perkara yang amat2 betul untuk dilakukan..bagi memastikan menda tu betul atau salah, adalah HARUS kiter bertanya kepada yg lebih mengetahui..sekiranya ada bukti atau pekeliling yg berkaitan, buatlah salinan dan bg la kepada kakitangan yang membuat ONAR tu td..sekiranya beliau masih nak cakap yg pejabat lama dia tu BETUL, suruhla dia telefon sendiri ..tanya lah sendiri kalau nak memalukan diri sendiri...hiiiii....

SO SENDIRI MAU INGAT LA KANNNN!!!!!!!!!...

04 June 2010

cuti-cuti malaysia...

sok cuti..sok cuti..!!!!!


nampaknya minggu ni aku x kemana-mana..coz sibuk dengan kain-kain dari bandung yang akan sampai malam ini...kerja pertama adalah meletakkan tanda harga pada setiap bungkusan kain...hu huu...keje yg leceh ni..60 pasang kain utk di tag..n pas tu mengambil gambar smua2 kain ..bukan sekadar amik gambar tp kena pakaikan kain kat patung..ermm boleh siap ke malam ni..xpe2, sok ada lg..

macam biasa setelah siap kain2 di ambik gambarnya, ia nya harus la diupload dalam blog ni http://linnanayus.blogspot.com/.

blog yang ni mmg aku khaskan untuk jualan kain2 bandung adik aku..dimana aku ada la kongsi sikit2..hi hiii..sikit je..modal ciput kan..


So...

BAGI PENGGEMAR PENGGEMAR KAIN BANDUNG YANG TERKENAL DENGAN SULAMAN DAN JAHITAN MANIK, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI..KHAS UNTUK EDISI RAYA ...PIC AKAN DIUPLOAD SELEWAT-LEWATNYA AHAD INI..KAWAN2 LEH LA BERSHOPPING SAKAN MINGGU DEPAN DI TERATAK KAMI...


sila singgah kat :


01 June 2010

BILA AKU KENA JUMPA DOKTOR PAKAR...


pagi tadi aku ke spital..kul 9.30 a.m...saja g x-ray tangan aku yg bengkak cam bola ni...dah sebulan ngidap tp minggu ni lak tetiba rasa sakit n sengal2 kat tpt bengkak tu..takut jadik cam lutut aku yg dah expired ni...hi hii..asyik opret je..puncanya jatuh, x g spital..tgk2 dah bernanah..ingat pas opret lutut ri tu elok la..tp rupa2 nyer x elok2..skng ni aku dah ngidap penyakit lutut berlendir..ermm apa nak dikata, sedut je la di doktor kann..
aku ingat yg kat tangan ni x la seteruk kat lutut..tapi rupanya lg dangerous bila doktor bentong suh jumpa pakar kat spital temerloh..kena OPRET lagi leeerr aku...kat bentong x leh wat opretion coz tpt bengkak tu betul2 kat urat2 tangan aku..alahaii..nak sedut pun dah x blh..
ermm ngeri lak rasa lebih2 lagi bila auntie yg duk kat sblh aku masa di spital td bgtau klu biarkan blh jd kanser..misi pun ckp cenggitu..lg la aku ngeriiii tahap gaban..

aku tanya doktor " klu x opret blh x?"..

doktor ngan muka selambernyer jawab " klu xopret, you kena ngidap la sakit sampai bila2.." alahaii lemah nyyerr aku..

xpo la demi kesihatan aku, aku redhakan je la nnti bila time kena opret tu...

doa2kan la aku selamat..(cehh macam kronik la aku ni..heeee....)

30 May 2010

SELAMAT HARI JADI...ayah n yana



EPPI BEDDEI TO YOU...
EPPI BEDDEI TO YOU..
EPPI BEDDEI TO AYAH N YANA ...
EPPI BEDDEI TO YOU..


ari ni di rumah mentuaku, meriah dengan suasana warna-warni belon...meriah dengan beraneka hidangan..xketinggalan roti jala dari aku..
Sambutan hari jadi anjuran Syana adik ipar aku sempena beddei ayah mentua dan anak kepada syana iaitu Raja Nuradriana Raja Endri..amat meriah sekali..

Hadiah buat ayah, sehelai t-shirt John Master yang dipilih oleh Bie..ayah, kau la pengganti kepada abah ku yang telah tiada..rutin tahunan yg x pernah aku tinggalkan iaitu memberi hadiah hari jadi kepada abah n mak..tp abah telah pergi buat selama-lamanya...hanya ayah mentua tempat aku bermanja..(hu huuu...sodeehhh lak edenn..hiii..)

Hadiah wat Yana, acik lin pilih sehelai tshirt dan sluar jeans color pink..adiah yana kali ni smua pink..auntie long belikan 1 set peralatan dapur mainan warna pink..auntie dayah belikan 1 set rumah comeii pun warna pink gak..uhuuu pink ladies ..

danial pun dpt adiah gak, dr auntie long..pistol ultraman..syonok nyerr anak ibu..



CABUTAN BERTUAH : Surprise dari syana..ada cabutan bertuah lak..
hii hiii..akudpt..yi haaa!!!!


Puzzle 3D...eden nak lotak kat opis..eden punyorr tuu..hee...

28 May 2010

LAGENDA BUDAK SETAN


JOM PI RAMAI2 TGK FILEM LBS NI...

sapa2 yg ada or nak jual buku LAgenda Budak Setan, meh bgtau kat aku, aku nak beli..
buku aku org pinjam xpulang2..carik kt kedai berdekatan xde lak.

27 May 2010

CONTEST BY MYSELF - SO CLOSE 2213

NAK JOIN CONTEST SO CLOSE 2213 NI..HU HUUU...NAKK ADIAHHH....!!!!



http://soclose2213.blogspot.com/2010/05/contest-by-myself.html

SAMBUNGAN NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID

setelah puas aku menggodam ternet utk mencari saki baki buku novel RAM.akhirnya aku berjaya memiliki nyer..timer kasih wat http://rinoa-loveless.blogspot.com kerana telah bersusah payah mencarikan aku kedai buku ALAF21 di Bentong, Pahang..ermm..4 buah buku aku dapat miliki..kecuali sebuah buku bertajuk "Mikhail" kerana kehabisan stok..tp xper akak kedai tu dah amik no pon aku, dlm minggu dpn adalah buku tu..so koleksi novel RAM aku akhirnyer FULL..hi hii..masa utk aku penuhi masa terluang tuk menelaah buku2 beliau..syiook nyerrr..skng ni aku tgh baca sambungan dari novel Bagaikan Puteri n CInta Sang Ratu..iaitu Hijab Sang Pencinta..pas abis buku ni,,sambunglak citer Cinta Sufi..empat novel ni adalah citer yg sama..bersambung2..mmg best..aku suka watak laksamana sunan tu..nak tgk novel2 yg aku beli td..nengok kat bwh ni erk..







novel RAM yang belum dpt aku miliki..arap2 minggu depan stok ada la..

25 May 2010

belajar wat frame kat ternet..

semalam aku main fb...jenguk kat fb member aku ni..suraya budak IB..bukak pic2 dia, cantek-cantek wooo..siap edit2 kat tepi laut la, ada kartun2 bunga2 laaa..aku pun dgn muka xmalu tanya kat dia camner wat sampai cantek cenggitu sekali..dia pun msg la kat aku " ko masuk kat frametoy.com..."..sonang jer lin..apa lagi, tanpa berlengah aku terus la wat keje edit mengedit ni..

ni la hasilnyer setelah diberi tunjuk ajar oleh otai suraya..timer kaseh sue sudi bg ilmu ni kat aku yg serba xtahu..hee....jom tengok :