20 November 2011

Perangai Baru Nenel nak dapat adik..

Airyl Danial atau Nenel seorang anak yang amat manjaaaa..dan mengada-ngada.. ( jahat tul aku kata anak sdiri ngengada, tp mmg betul pun..hik hik hikkk..)...skng ni bila dpt tau aku peknen, dia lg ngengada..jadik baby la, wat suara gedik2 la, nak berkepit memanjang..dan dah pandai merajuk..tp tetap COMEIII>>


DAN PAKSA AKU AMIK GAMBAR DIA DENGAN KOLEKSI HAIWAN2 KESAYANGAN NYA..adoiil laa nenel ..


si monyet yang sentiasa di bawa wlupun hanya g kedai..





si MEOW yang menjadi teman tido nenel..klu xde meow, xblh tido yerrr dan terpaksa la satu umah bertungkus lumus mencari si meow smpi jumpa..



si ikan teman gusti nenel..dah berapa kali kena jahit daa...




ultraman kesayangan nenel..xleh wat gusti nanti meletopppp..kena beli baru..xkuasa ibu nak layan..




kerusi komputer yg jadi hak milik nenel..hu huuu!!!>...







17 November 2011

Tutorial share blog di FB

Dari pagi tadi aku duk membaca tutorial nak share kan blog ke FB....copy paste sana, copy paste sini..hampeh x jadi...last2 blog xblh nak sign in kat opis ptg td..sakit nyerrr hatiiiii...

malam ni aku usahakan lagi..mak aiii sonang je ruponyaaaa..xyah nak bertutorial bertutorial..kejap jerk aku wat, save terus jadikkk..a haaa!!!..tenteram dan aman aku rasa, klu x bergelodak je isi perut aku ni..kowang leh la baca blog aku yg xseberapa ..xde mendapun, merapu je dr awal shingga ke harri ini..he he heeee..
saja suka2 nak berdairi...nak mengisi masa terluang..ecehhh!!!! ada ke aku ni masa terluang?? curi2 masa time keje ada lah...ohooo!!!!..
tapi jgn suh aku ajar nak share blog ualls kat fb erk, mampos aku xingat dah..PASAL tadi aku pakai tekan2 je..last2 menjadik lak..kowang g tanya kat geng2 blogger yg lain tau...hu huuu!!!!..

  • ‎6 minggu..
    villa-linnanayus.blogspot.com
    Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala la...




16 November 2011

6 minggu

Alhamdulillah hari ni 17 November aku g Klinik Kesihatan ..dah seperti yg diketahui aku positive peknen 6 minggu...syonok sgt2...balik jerk opis terus search kat ternet perkembangan kandungan 1-6 minggu..meh baca reramai..




Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).





Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

15 November 2011

yang ke -2

Mukadimah setelah sekian lama x mengupdate blog..hu huu!!..menjak anak dah membesar ni, susah tul nak bukak ternet..asal bukak l/top je, dia dulu yg duk depan..nak backkom la, nk mr. bean la..terpaksa la ibu mithali ni mengalah..hii...mithali kah??..

Rasa sungguh berkobar2 hari ni nak bukak blog..x sabar nak citer ..x sabar nak g tau..syonok bila baca blog kawan2 ..lagi2 yg duk citer pasal family memasing..aku paling suka menggodam blog http://babydhiea.blogspot.com/2011/11/kasyah-no1.html dan http://c33ram00n.blogspot.com/

Bercerita tentang anak2, bercerita ttg diri sendiri dan suami..bahgia nyerk dorangggg..jeles ni jelesss..he heee!!!..

Ari tu anak pertama x tahu pasal blogger ni..so x sempat nak citer latar belakang si kacak bernama Airyl Danial..bila dah besar cikit, baru aku sibuk2 nak tau pasal blog..

aku nak gtau ni..nak gtau jugakkkkkk....12 November ri tu beddei Hubby...Hubby awal2 dah gtau jgn beli dia adiah sbb dia nak adiah besau 11 januari 2012 nnti ( aniversary kami yg ke 4)..elehhh, ingat dah selamat la kan..hiiii..aku pun mmg x beli la dia adiah, dah dia kata camtu..beli dia coklat jerk yg tomeeeiii..tp wlupun dia x dpt adiah berupa barangan, tapi AKU TELAH HADIAHKAN SESUATU YANG BERHARGA untuk dia..3 kali test, punyalah nak konferm kan..dan AKHIRNYA aku adiahkan dia cahaya mata yang ke 2..aku PEKNEN!!!..hu huu!!!..punyer la gumbira hubby, xsangka sgt2..alhamdulillah Allah beri kami rezeki time beddei hubby..tu la hadiah yg paling istimewa untuk kami..x terhingga rahmat yang Allah beri..Anak aku yg fisrt dah 2 tahun 10 bln, dah tiba masanya dia nak beradik..tp manja yang amattt, bila aku ckp je dlm perut ibu ada baby, terus dia lak jd baby..wat suara ngengada..x paham tul budak tuHH..

dan yang paling penting sehingga hari ni aku belum mabuk2 lg, belum muntah2 lagi..arap2 aku x mabuk teruk cam anak pertama dulu..ngeri bila diingatkan...hu huu...semoga aku n kandungan selamat..smoga bie sentiasa gembira bersama syg tau..luv u so much..luv my familyy..










Dan opkos la aku Positive...hu huuu!!!!...







Eppi beddei Bie...luv u ...coklat for u..

12 June 2011

MY NEW HAIR

akhirnyer..kerana x tertahan dek hati menengok rambut kerinting org yg lalu lalang dpn mata aku..aku nekadkan hati pergi ke saloon pada khamis lepas yang terletak blkng umah aku je..hu huu!!..mula2 g kul 2.30 ptg, tp ramai lak org..aku balik umah jap..pastu kul 3.30 aku g semula, belek nyer belek katalog rambut, aku jd rambang mata..x tau mana satu style yg sesuai..aku mntk pndpat tokey saloon tu..tokey tu kata " you rambut depan x mau kelinting punyer, kasi potong sikit..bkng rambut kiter kasi kerinting byk halus, baru nyantek maa.."..he he heee...


akhirnyerrr, ni la hasil nyerr..sila see..hu huu!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------



ngantuk beb tunggu 3 jam rambut baru aku baru siap..
-----------------------------------------------------------------------------------------------





waaahhh!!!!..suka suka sukaaanyerrr....
------------------------------------------------------------------------------------------------





aku rimas rambut bila nyibuk kena mata, kuak ke blkng...i likeee..
-------------------------------------------------------------------------------------------------





bersiap-siap utk berdating ngan Bie..hu huu!!..





-------------------------------------------------------------------------------------------------




pic ni aku pakai skarf sebenarnyer..tp xnmpk lak..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

08 June 2011

kerinting rambut

saya ni teringin sangat nak berambut kerinting..ala2 jepun tu..depan rambut belah tepi lurus..belakang kerinting..agak2 comel ke muka sy buat mcm tu erk..berdebar2 lak rasa menunggu petang, sbb petang ni sy nk pergi SALON..hu huuu!!!..dah mintak izin Bie, bie ckp buat la..klu x cantek siap awk..heee...




JANGAN RAMBUT AKU JADI MACAM NI DAH LA!!!!...ha ha haaaaaa....tak moooooo!!!!

02 June 2011

SAMPAI BILA??..

Susah untuk saya nak percaya dengan apa yang terjadi..nak ikut kata hati pun x pasti betul ke tidak..kadang-kadang bila selalu sangat terjadi, saya sampai malas dah nak bersuara..dah xde guna..xde kesudahan pun..
Kenapa setiap kali berlaku. ada saja alasan ataupun cerita lain yang anda cuba rekakan..dan kenapa setiap kali timbul kesalahan anda, anda cari kesalahan saya pulak..sampai bila ??

18 April 2011

setelah sekian lamanyerrr...

waaahhhh!!!!!!...lama nyer x berentri kat cini...menjak kena tanggung kerja my fwen yg cuti bersalin 3 bulan ri tu, aku teramatla bz..sempat belek2 kejap je blog kawan2..nak tulis kat blog sdiri pun xde masa..skng my fwen dah balik bertugas, so blh la aku mengular jap..hu huu!!!.. pe nak citer erk, rasa kekok la plak..hi hiii!!!..ngengada tulll!!!... semalam baru pas gaduh ngan hamba Allah ni, ada ke sedap2 mulut dia je ngengata kami org kewangan ni x wat keje...pas tu nipu lak tu, kata anta claim sblm 10hb, padahal nyer baru jummat lepas (15hb) aku nmpk kat meja kawan aku tu..SO mana la sempat nak wat lg kan..klu wat pun, xkan terus masuk bank ..gilo tull..!!!pastu x puas hati lg tu, nak cari gaduh..geram tul aku!!!....nasib bos panggil naik jumpa dia, klu x konferm perang nyer la..wlupun x setel lg masalah problem tu, aku wat do no jee..lantak ler kan..janji aku wat keje, keje aku siap..aku x nyusah kan U ALLLLLLSSSSS..U ALLLLLSSS nak memekak ke, nak mengata belakang ke, nak report ke ADA AKU KISAHHH!!!..kisah la jugak kan...hi hi hiiii..tp biarkan je la, mulut org bukan blh ditutup, kiter tutup mulut kiter sdiri..kiter tutup telinga kiter sdiri..klu dilayan, ngan kiter2 nnti jd GILERRR..

dasyatttttt klu dah marahhhh!!!..hijou aku jadik..ha hakkk!!!
hangat tul pembukaan citer aku setelah sekian lama menyepi ni..ha ha haaaa!!!!..

25 January 2011

KISAH CINTA KU

tajuk pun macam gempaq je kan..hu huu!!! dah lama x ber entri ..teringin rasanya nak menambah koleksi entri ku..ecehhh!!!..
kisah cinta ku opkos la dengan my hubby kan..nak mengembalikan memori indah masa becinta dulu..biar jadik sebahagian dari alkisah blog..mana tau anak dah besar nnti, terbukak blog ibu dia nih..leh la baca sejarah pengenalan ibu n ayah yg ter sohor ni kan kan kannn...
2004-2006 - time ni aku duk kat sentul..kerja kat Istana Budaya..tiap2 ari g keje naik teksi..( mcm org kaya kan, padahal bas ada jer...heee...)time balik keje kul 5.30 ptg, rutin harian ku akan menyinggah kat kedai runcit or kedai makan bawah flat tpt aku tinggal kat Taman Dato Senu nun..tak masak okeyy!!!..tak suka...aku x suka masak..so beli makan siap2 balik keje tuh..
untuk pegetahuan, time ni aku dah diikat dengan seorang jejaka tampan *** TAMPAN KE??****..Mie namanya, permulaan perhubungan amat baik sekali, tp diakhir2 nyer agak goyang..Mie pun sibuk ngan keje.jumpa pun x slalu ok..padahal masing2 duk di KL..makin lama makin x suka, makin menci..dengan kata mudahnyer hati ku telah kosong buatnyer..ahakkkss!!!..kenapa?? biarlah rahsia...x baik mengaibkan orang..heeee...baik nyerr hakuuuu....pas tu dik kerana hati ku tlah kosong, makanya berkenalan la lak nan sowang artis ni ( artis ko!!..tp namanya biarlah rahsia juaaa...heee..)..tp x lama putus gara2 org ketiga..aku pun x kisah time tu coz aku masih ada mie..( kira jahat la aku memperduakan dia yg setia..)..Mie, baik tp egoiss tinggi melangit...
di saat-saat aku tgk krisis dengan mie, muncul la sowang mamat ni..penjual burger kat bwh flat aku..slalu peewiiitt peewiit aku time balik keje..lalu kat kedai burger dia kan..ada aku kesah!!!..x layan ok..mmg aku x layan asalnya..g publix pon time tu tipon mie, ada lak mamat tu, sibuk ckp ngan negro tu " ladies first..ladies first.." konon suh bg laluan la kat aku kan..masih x layan ok....
aku ada member wan nama dia..slalu mlm kuar lepak makan ngan wan kat kedai mamak depan je ngan stor burger mamat tu..aku citer kat wan pasal mamat poyo tu..siap g stor burger tu lg beli cd cetak rompak..( oopsss!!! cetak rompak okeyy..hee..)..sekali wan kenal la plak budak tu, satu sekolah ngan wan..DAUD nama dia..agak kacak dan bergetah time tu..kurus, berkumis...hensem nyerr diaaa..( skng dah jd suami aku tau..hiii..)..mlm tu aku nk beli cd ..aku tanya DAUD berapa harga cd tu, dia wat x layan..hangin je aku..malu pun ada..sib ada RIZAL kawan seberniaga dia yg melayan kami..
Esoknyer aku dah x dgr dia pewit2 aku..dia dah x ngorat aku..agak pelik sungguh..aku pun rasa macam hari2 ku kurang bila dia x ngorat aku..aittt!!! pelikkan??..jatuh cintan ke..dulu menci..tp apsal lak aku gini ni..rasa cam x syok je bila dia x usha2 aku..tahap gaban dah ni...aku pun apa lagi la kan, atur strategi baik punyerr..suh budak selenga si ana anak jiran aku jd posmen..he hee..gatal gak aku kan..tau apa yg aku buat???..amik pen sarawak , aku kikis batang pen..pas tu aku lakarkan no hp aku kat pen tu..hi hi hikkkk!!! genius x aku..suh si ana g antar kat kedai burger, ada ke daud x mo terima pen tu..dia suh ana bg balik kat aku..berlagak tul budak ni kan!!..ana call aku, kasiktau daud xmo. aku paksa gak ana bagi wlu apa cara sekali pun..( TAK MALU KAN AKU!!!...)..last2 dia amik la jugak...
pastu apa jadi???? Daud call aku!!!!!..ha ha ha haaaa!!!...berjaya plan aku..!!!..tanya sapa aku..xde maknanya aku nak menyamar..aku terus terang je dengan muka tnpa topeng ni haa..pastu esoknyer daud ajak jumpa, KAT KENDURI KAWIN BAWAH FLAT..x syok langsung budak daud ni..g la jumpa,,jap je..pastu aku naik...x kuasa nak berpanas..selang 2 3 hari, daud ajak jln2..aku pun apa lagi la, x tolak daaa..giler ko nak tolak kan..
opsss!! sblm tu kisah aku ngan mie..aku dlm proses nak pulangkan cincin tanda kat mie..mie dah tau aku nak putus..tp dia xmo..merayu2 bagai..aku lak mmg dah xnak..satu punca dan penyebab yg kukuh aku tolak dia hidup2..dan biarlah ia jadik rahsia keluarga sahaja, xperlu la aku mengaibkan sapa2 kat sini kan..sedeii la lak..hee..
sambung citer dating aku ngan daud..aku smpai mintak ira my bf tlg teman aku g beli baju n handbag baru..semata2 nak dating ngan daud..aku beli blous lengan panjang warna putih..n handbag yg harganya mencecah RM150..rasa dah lawa sgt dah aku time tu..makeup tebal2 konon nak bg santek kan..daud tunggu kat busstop bwh flat..siap2 terus turun kat bwah.. ko tau apa daud ckp kat aku time tu..sampai2 je kat dia " kenapa awk mcm opera cina??" soalan kuang ajar dr daud hari pertama keluar..( bie, ni ikhlas dr hati tau..dulu nyer citer la..hee..)...aku rasa macam nak naik je balik atas..terus ilang mood nak g dating..pastu smpai kat KLCC..taman klcc. dia komen lak aku nyer handbag, dia ckp mcm ceti nak g mintak utang..lagi KURANG AJAR OK..aku terus ilang mood. masa tu mmg aku dah reject dia..dia langsung xpandai nak amik hati aku..telalu jujur..kamik terus balik..kejap je kuar..aku mmg dah tolak dia mentah2..menyampah aku tgk..yg dia tu pakai mcm bangla ada aku tegur!!!..xde okey..lantak dia la kan nk pakai mcm apa pun..dah la dating ngan aku naik LRT jer..ada aku komplen??
pastu aku nekad xmo dah nak layan dia..baju aku pun dia komplen tau..macam zaman 60 an dia kata..rupa2 nyer daud ni suka pompuan yg pakai sempoi je..tshirt body n jeans pun dah okey..mana aku tau..aku tgk dia mcm warak2 je, macam jantan yg berdedikasi..so aku pakai la yg bersesuaian kononnyer..rupa nya salah tema daa..hee..mula2 xmo layan..tp kan masa tu aku tgh frust ngan Mie..so daud lak wlupun komplen aku mcm2 tempoh hari tp ttp call aku tiap2 hari..tiap2 mlm naik atas flat lepak kat tangga ngan aku..daud pun rupanya time tu tgh frust ngan ZALEHA awek dia time keje kat the mall dulu..leha tu nak btunang ngan pakwe dia..aku pun x faham daud ni, dah tau org tu ada pakwe tp ttp nak gak kat budak tu..budak tu pun gatal mempermainkan daud..ada pakwe tp layan daud lebih2 lak kan..kami pn jadik akrab, tp xde apa2 lg time tu..sbb masing2 tgh layan perasaan sbb frust tertonggeng kan..heee...
tiap2 hari call, tiap2 hari jumpa okeyy..smpi melekat la terus..pas daud jual berger , daud dpt keje kat the mall balik..time tu la kami couple tp yg paling bestnyer ntah masa bila tarikhnyer termaktub kami jd couple pun xtau..tiba2 je masing2 mengaku jd pakwe makwe..aku pun mmg dah syok kat dia. on je la kan..heeheeheee..

Daud dpt keje kat Balai Seni Lukis NEgara sebelah je dgn IStana BUdaya tpt aku keje...yahoo!!! lagi dekat tau..lagi syok..time ni kami masih naik teksi g kerja..alhamdulilah wlupun slalu gak gaduh2 manja..tp hubungan kami ttp menten gitu..thn 2005 dah pakai keta okey..dah senang nak g dating jauh..lepas la g perak, g PD berdating..he he heee...

Daud di Balai Seni Lukis Negara...kacak time ni..



2006 - kami BERTUNANG..20.08.2006..tarikh bersejarah penuh indah dlm hidup aku...

syok nyer bila dah tunang...pamili pun x risau kan..g mana2 pun org x kata dah..hu huu!!

2008 - kami KAHWIN ..11.01.2008...amat indah sekali..heeee...




gambar kawin kami...yg terindah dr yg paling terindah...


2009 - kami dapat anak.. 5.01.2009..Airyl Danial Bin Mohd Daud...hidup kami lengkap dgn kehadiran chaya mata..pindah duk bentong..

cahaya mata ku...Airyl Danial...

sekarang genap 7 thn kami menyulam cinta..saya sayang awak sangat2...moga KEBAHAGIAN INI MILIK KITA SELAMANYA......aminnn....

masa beddei nenel, anak kami 5 jan 2011...i luv my pamili...muahhhh!!!


05 January 2011

KUKAH-KUKAH DANIAL 2 TAHUN

ahaaaa!!!!.. apa ada pada 5 JANUARI 2011????...of course la beddei si kukah-kukah yg comei tu..anak kami yg semakin byk membebel like father..ha haakkk!!!...

kami x plan pun nak wat parti beddei tuk danial coz paham2 la awal2 bln ni..n awal2 tahun..lubang poket ku selalu je bocoqq..he hee!!..masa time lunch 4hb ngan bie, ada la ckp nak bwk danial g mkn2 kat genting sempah je 5hb tu..pastu terpk lak better wat kat umah je, ajak budak2 yg mengaji ngan mak aku meraikan beddei danial sambil2 bersedekah..citer kat mak. mak pun stuju...

mlm tu jugak kami g beli barang2 tuk bedei nnti..alaaa xde paper pun..sikit2 je..gula2 2 jenis, sumi, kacang, nudget n snek..pastu beli bahan2 tuk masak bee hon goreng ( satu2nyer makanan panas yg aku pandai buat setakat ini..hiii...)..Kek n belon lak ptg 5hb tu baru g amik kat kedai maksedara aku JAH BAKERY..sepupu aku selaku pereka grafik tuk kek coklat nenel..allaaa comei nyer kek, ada patung badut 2 ekor, belon2 kecik n payung..pastu ingat nak tulis kat kek tu eppi beddei airyl danial tp spupu aku ckp x menarik arr..so pk nyer pk, maka tercipta lah "KUKAH KUKAH DANIAL 2 THN"..kukah kukah tu adalah perkataan yg slalu kuar kat mulut nenel bila dia menyanyi, bila dia pegang mikrofon n bila dia main gitar or tgk org main gitar..he he heee!!!..mmg klasik sungguh anak aku nih..

so nak jdkan cerita, pas mak aku ngajar ngaji, dlm kul 9 mlm gitu..kamik pun reramai meraikan ari jadi nenel yang ke 2 itu...wlupun alakadar je tp ttp meriah dgn riuh rendah bebudak..ooo!! lupa lak nak kasik tau, mlm tu nenel pakai jubah n kopiah yg mak aku beli kat mekah ri tu..comei sungguh ustaz cilek tu..anak je pakai jubah, ibu n ayah nenel pakai uniform catering..( he he heeee..jadi pelayan tetamu kami malam tu..so x sempat nak cari baju cantek tuk dipakai daa..)

syonok sungguh nenel, ramai kawan2 ..yg paling syok, ayah dia bakar lilin kek beddei, xsempat nyanyi eppi beddei , nenel dah sibuk2 tiup lilin..2-3 kali gak la ayah nenel nyalakan balik lilin tu..ha ha haaaa!!..anak ibu..anak ibu..

BUAT ANAK IBU YANG TERCINTA...:

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE 2 SAYANG..SEMOGA DANIAL MENJADI ANAK YANG BAIK DAN SOLEHAH...ibu sayang nenel sgt2, ayah syg nenel sgt2...muaaahhh!!!!

kek dari JAH BAKERY...


eppi beddei nenel anak ibu...lup u...


nenel ngan rakan2 mengaji nyer...ustazz..cayokkk!!!..


duniaku milik mereka selamanya....


potong kek time..abih hancur kek tu..nenel..nenell..

03 January 2011

NATIONAL ELEPHANT CONSERVATION CENTRE & DEERLAND, LANCHANG PAHANG.


apa program new year u all thn ni??..a hakkss musti syonok gilozz gilozz nyer kan...thn lepas x dpt sambut new year sbb xlarat nak bwk baby danial yg baru dpt kaki time tu..thn ni danial dah besar, dah pandai jalan sendiri, dah pandai bawak diri..so 1 JANUARI 2011 ri tu kami sekeluarga g jalan2 kat Kuala Gandah, Lancang, kat situ pe lagi klu bawak budak2 ni..g tgk animals lerrr..

pagi tu ujan daa sekali, ingat ujan xmo berenti..tghari tetiba jek panas..pe lagi aku tipon la along yg duk kat temerloh, ajak join g kuala gandah..dah pulak ajak tido umah dia..pe lagi kemas2 kain baju, pas zohor kami pun gerak la..

first kami g tgk gajah kat NATIONAL ELEPHANT CONSERVATION CENTRE..kami sampai dah petang so x byk la gajah yg kuar..pertunjukan gajah pun kami dah terlepas..so sempat amik gambar je la..danial sibuk nak " aik ajah"..tp duk peluk je manjang paklong dia..mulut je potpek potpek mcm berani..hi hi hii...pas tu g DEERLAND, best sesangat sangat..dpt main ngan rusa yang comeil dan jinak...dapat main ngan ular ( feberet aku tuh..)..yg paling x dpt lupa bila dpt main ngan BERUANG GENDUT..ha ha ha haaa!!..takut giler time masuk dlm kandang beruang tu, tp si beruang xpelik kat kami sbb tgk syok makan madu..pandai gak tuan dia . bg mentedarah madu bbyk..bau manusia kat sebelah dia ni pun dah x heran..

aku rasa dari pergi zoo yg kat KL tu, baik g kat sini coz tpt dia x lah panjang sgt..smua binatang tu jarak x jauh..kiter x penat nak jalan..pastu dapat main ngan rusa..mana ada tpt yg leh pegang2 cium2 rusa..ha hakkk!!..tp wlupun leh pegang2, aku ttp takut ngan tanduk rusa tu, buatnyer dia tanduk pinggul aku..ngeriss..pekerja2 kat situ pn smua sporting n ramah tamah..

so sapa2 yg x g lagi, better g la..mmg x rugi..mmg seronok sgt2..bie ajak g lagi, dia kata xpuas main ngan rusa n beruang..haaa!! rege dia pn x mahal tau..RM6 sahaja..jom2 memeriahkan lagi industri org2 melayu ( hii..terlebih sudaaa..)

ok ...dah letih duk citer, meh tgk pic kamik kat sana..

danial n bie , gajah ni mcm dah tua je aku tgk..

along n aku ..takut2 gak tp nak bergambar punye pasal aku redahkan je..


alo lo loo...comeinyer la rusa tu..


ular kesayanganku..hi hiii...yg ni aku x takut..


beruang gendut yang tgh makan madu sampai x peduli kat kami..kami je pelik kat dia, dia wat do no jee kat kami..ahaaakkkss..