19 August 2010

Kelas Make up bersama Sue Hashim..

Kat sini aku nak berkongsi ngan kawan2 ilmu yang aku dah pelajari setelah mengikuti kelas makeup asas bersama Sue Hashim ( facebook ) di Cheras Utama..Aku join kelas ni sebab aku nak CANTEK laaa..hee..bila dah kawin, badan dah tentu berubah..byk sgt belon2 di serata anggota badan..diet punyer diet tapi hasil nyer kurang jugak menarik..ada jugak tempat2 yg lemak x mo cairr..

Aku jadik riso lebih2 lagi setelah bersuami..aku borak2 ngan member zaimah di fb.masing2 mengalami masalah yg sama..gemuk stlh kawin..pk punyer pk, tetiba terbukak lak wall Sue Hashim di fb, tgk dia ada wat kelas maku up asas..aku n zaimah pun try la tanya2..

bak kata aku kat zaimah " badan dah x blh cantek, kiter cntek kan muka je la geng.."

Setelah konferm ngan Sue, n byr yuran RM100..kami pun pegi la....Dari bentong tu..( terkezut gak Sue bila tau aku dtg dr bentong semata2 nak blajar makeup)....

Sepanjang kelas berjalan, aku n zaimah mmg bg tumpuan habis..rugi rasa nya klu ilmu di sia-siakan..

Meh tgk pic2 sepanjang kelas..n pic aku sebelum n sesudah CANTEKK,...heeee...






NOTA DARI SUE HASHIM

Teknik Asas Solekan

Wajah yang berbedak tetapi nampak seperti tidak berbedak adalah satu gaya solekan yang amat digemari remaja kini. Ia tampak asli dan begitu semulajadi. Gunalah span bedak asas yang dilembapkan dengan sedikit air. Pedap sedikit bedak padat menggunakan hujung span lalu sapukan sedikit demi sedikit pada kulit wajah anda.
Untuk memudahkan diri bagi menambah lagi bedak pada wajah terutama sewaktu menghadiri majlis, bawa sahaja bedak padat di dalam beg tangan. Dengan cara ini kita dpt menghindari wajah yang tampak berkilat akibat berpeluh.
Terdapat 2 teknik yang boleh dipelajari untuk mendapatkan kesan yang hebat sewaktu menyapu bedak asas. Pertama, sapukan sedikit bedak pada bahagian tengah muka. Pastikan sapuan bedak ini dimulakan di kawasan hidung.
Jikalau wajah tampak lesu, sapuan bedak asas yang baik mampu mengembalikan kesegaran wajah.
Seandainya diri tidak cukup tidur di bawah mata ada bekas lebam atau lingkaran hitam, pastikan di bahagian itu disapu penyamar noda.
Akan tetapi jikalau di dalam beg alat solek tiada penyamar noda, bedak asas masih boleh dijadikan penyelamat. Bedak asas antara penyelesai masalah yang paling mudah jikalau anda tidak mempunyai penyamar noda. Sapukan bedak asas dengan lembut pada bahagian yang lebam pd mata. Ratakan dengan menggunakan span secara lembut kerana daerah mata amat sensitive kulitnya.

TIPS MENGGUNAKAN BEDAK DWI CARA
v Terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan dengan span kering atau lembap. Jika menggunakan span kering, ia bertindak seperti bedak berkrim. Untuk sapuan lembap basahkan span dan tekap pd bedak dan sapu pada wajah. Yang pasti, sapuan dengan span lembap lebih menyeluruh dan solekan lebih tahan lama berbanding sapuan kering.
v Gunakan sedikit saja bedak, kira-kira sepertiga daripada span
v Mulakan sapuan pd sebelah muka dahulu, ratakan bermula pada dasar hidung hingga ke telinga menghala keluar.
v Ulangi penekap bedak dengan kadar sama pada span dan sapu pada sebelah muka lagi
v Kemudian sapu rata keliling mulut, bibir dan dahi
v Perkemas sapuan dengan menyapu nipis bedak atas hidung.


BEDAK

Berbedak dengan betul adalah asas solekan yang paling utama. Solekan yang baik adalah solekan yang sederhana, sedap mata memandang sekaligus dapat menyembunyikan kekurangan pd wajah. Wajah masih kekal semulajadi biarpun ia disolek. Solekan yang sempurna mampu membangkitkan seri wajah.

JENIS ASAS SOLEKAN
JENIS CECAIR
Bedak asas ini paling popular dan versatile di kalangan pengguna. Bedak ini sesuai digunakan utk semua jenis kulit kecuali yg berminyak. Melalui penggunaan bedak asas cecair ini, pemakai akan memperoleh kesan sapuan sheer yang umpama selembut sutera. Malah melalui span bedak asas ini, wajah lebih tampak semulajadi.
Bedak asas bentuk cecair yang mudah hilang dan meresap ke kulit wajah adalah bedak asas yang serasi dengan kulit. Teksturnya lihat berkrimdan amat sesuai untuk menutup cela serta garis halus.
Sapu dengan hujung jari hantu bagi mendapatkan sapuan kemas dan rata. Sesetengah juru solek tidak suka menggunakan span segi tiga kerana ia menyerap cairan bedak asas, menyebabkan muka tampak kering.

JENIS KRIM
Memakai bedak asas jenis krim ini memang menyenangkan. Ia mudah disapu akan tetapi agak cepat kering. Keadaan yang kurang pelembap ini menjadikan bedak ini sukar utk dirata bagi menampakkan kesan yang kemas pd wajah. Oun begitu, kalau mahu bedak asas yang tampak mewah, tebal dan agak luas coverage pada wajah, bedak asas krim ini adalah pilihan terbaik.

JENIS PADAT
Bedak asas jenis padat ini disebut juga sebagai bedak compact atau compact powder. Is sesuai digunakan sepanjang hari di luar rumah bagi mengembalikan kesegaran pada wajah. Ia berupaya menyerap sisa minyak yang menjadi punca muka nampak berkilat dan tidak bermaya. Penggunaan bedak ini memang menyenangkan ramai wanita. Is sesuai juga digunakan untuk semua jenis kulit baik kering atau berminyak.

JENIS STIK
Bedak asas ini selalunya disediakan dalam kelongsong boleh putar seperti gincu. Ia juga mudah dibawa kemana-mana dan ringkas untuk memakainya. Bedak asas jenis stik ini dirumuskan dalam bentuk mewah krim dan amat sesuai bagi mereka yang mahu perlindungan wajah utk tempoh yang lama. Pemakai akan berasa kulit lebih gebu dengan memakai bedak asas jenis ini.
Cara memakainya mudah sahaja. Cuma larikkan bedak asas stik ini pd dahi, pipi dan dagu kemudian gunakan span untuk meratakannya. Lazimnya bedak asas jenis stik ini memberi kesan mewah pada kulit wajah. Ia amat sesuai untuk solekan malam hari.

BEDAK DEBU
Amat sesuai utk kegunaan di rumah. Selain itu, bedak debu juga digunakan umtuk menyempurnakan solekan asas. Selepas wajah disapu bedak asas sama ada daripada jenis cecair atau krim mahupun padat, retakan pula dengan bedak debu. Ia akan menyerlahkan lagi kelembutan tekstur pada kulit wajah. Gunakan span gebu bagi mendapatkan sapuan tipis dan rata. Manakala penggunaan berus besar memastikan sisa bedak dibersihkan sepenuhnya daripada wajah.

BEDAK ASAS DWI CARA (Two-way-cake)
Bedak ini juga umpama penyelamat waktu kecemasan, ia bertindak sebagai penyamar noda dan bedak asas. Ia bole bertahan lebih empat jam sebelum anda perlu pedap bedak padat kering atau tekap sahaja kertas penyerap minyak bagi mengembalikan kesegaran pada wajah. Malah untuk mendapatkan efek yang lebih gebu dan mewah, sapu bedak two way cake ini menggunakan span yang dibasahkan sedikit.
Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang mahu menghadiri majlis pada waktu malam. Ada yang menganggap bedak asas dwicara ini lebih praktikal. Ini kerana ia boleh digunakan untuk sapuan basah atau kering. Jikalau mahu ke majlis lebih glamour, penggunaan span basah boleh menyerlahkan lagi penampilan anda. Sekiranya anda mahukan perlindungan ringkas sepanjang hari seperti sewaktu di pejabat, bedak asas dwicara juga adalah pilihan tepat.

PENYAMAR NODA
Jangan risau jikalau kulit anda agak berbiji-biji gara-gara jerawat. Atau mungkin anda tidak selesa dengan wajah yang dipenuhi jeragat hitam. Penyamar noda mampu mengurangkan tanda cela pada wajah. Guna menyamar noda untuk menghilangkan tanda yang jelek itu. Sebelum menyapu bedak asas, penggunaan penyamar noda adalah langkah pertama agar kulit kelihatan lebih gebu. Ini lah keajaiban sebenar solekan moden ia mampu menutup sebarang cela dan garis halus. Ia juga digunakan dalam pigment kuning (kulit asia), merah jambu (kulit orang Eropah) dan hijau (semua jenis kulit).

-----------------------------------------------------------------------------------------------
10 TIPS MENYAPU BEDAK ASAS
- pastikan apabila memilih bedak asas , warna sepadan dengan warna kulit
- warna yang menghampiri warna kulit wajah, seharusnya tanpak lenyap pada kulit apabila disapukan
- apabila warna bedak asas sempurna dipilih, secara keseluruhan solekan akan tampak semulajadi
- sewaktu bersolek, jangan sesekali duduk dibawah cahaya yang suram atau malap. Sebaik-baiknya meja solek anda mempunyai cahaya yang mencukupi bagi memastikan solekan rata dan tidak keterlaluan.
- kalau kulit wajah anda cepat basah dan berpeluh, anda masih boleh menggunakan sedikit pelembap. Namun tunggu sehingga pelempap itu sebati pada kulit, sebelum disapu bedak asas.
- menggunakan bedak asas jenis cecair sebenarnya lebih mudah. Sapu pada empat penjuru wajah iaitu bahagian dahi, pipi kiri kanan serta pada dagu.
- sapuan bedak asas sebaik-baiknya dibuat dengan urutan dari atas ke bawah. Halakan urutan ke luar wajah.
- Langkah terakhir sapukan bedak asas menggunakan bedak debu untuk menjadikan wajah lebih gebu.
- Apabila menyapi bedak, tumpuan yang lebih diberikan kepada kawasan mudah berminyak seperti di kawasan T-Zone atau bahagian dahi dan hidung.

TIP MEMILIH WARNA BEDAK
Jikalau biasa bersolek, tidak salah jikalau kita menggabungkan dua rona bedak asas yang berbeza untuk sapuan di wajah. Ada ketikanya adunan dua rona mampu memberi hasil yang terbaik untuk kulit wajah. Pun begitu, kenal pasti dahulu rona kulit wajah. Ia cara terbaik untuk memastikan pilihan warna bedak asas tidak tersasar.

Warna Kulit


Kuning Pucat


Bedak Asas Warna Ivory mengembalikan seri
wajah dan memberi kesan semulajadi pada sapuan

Kuning Langsat


Warna soft beige mempu memberi
kelembutan pada keseluruhan wajah. Selain daripada warna beige, pilihan bedak yangada serakan kuning juga sesuai

Putih Kuning


Warna rona semulajadi amat sesuai kerana kulit yang putih kuning mempunyai sedikit cahaya kemerah-merahan. Bedak yang berasaskan warna cerah dengan serakan merah jambu boleh dijadikan pilihan.

Putih Merah


Pilihan warna bedak asas yang cerah dan mempunyai rona merah jambu lembut antara yang paling sesuai

Hitam Manis


Bedak asas berona coklat lembut mempunyai sentuhan warna tembaga antara yang amat sesuai untuk yang berkulit gelap.

TIP SEBELUM BERBEDAK
- Tidak kiralah apa jenama bedak asas yang dipilih, mahal atau murah, ia sebenarnya mampu mamberi kesan yang hebat selagi kita yakin dan pasti ianya memang serasi dengan kulit wajah. Perkara paling penting sebelum bersolek, bersihkan dahuku segala kekotoran yang terlekat pada wajah. Kulit akan tampak lebih berseri apabila ia sudah dibersihkan dengan betul sebelum disapu bedak.

TIP SHADING BENTUK WAJAH
Jurusolek yang mahir sering menggunakan teknik shading pada wajah bagi menyerlahkan bahagian-bahagian tertentu. Jikalau seseorang itu berwajah bulat, maka shading akan dilakukan pada bahagian pipi dan dagu bagi memberi ilusi wajahnya tampak sedikit panjang. Seandainya berhidung pesek, maka shading akan dilakukan pada batang hidung menggunakan warna yang cerah bagi membangkitkan efek tulang hidung tinggi.
Sesiapapun sebenarnya boleh melakukan shading pada wajah sendiri asalkan mengetahui dimana kelemahan dan kekurangan wajah. Untuk memahirkan tangan membuat shading, kekerapan melakukannya adalah perlu. Dalam melakukan shading, pilihan warna bedak, pembayang pipi dan highlight amat penting. Gabungan warna yang tepat akan menjadikan teknik shading lebih sempurna.

Beberapa jenis bedak asas di pasaran memang sesuai untuk teknik shading. Warna yang lebih gelap atau cerah daripada biasa, digunakan untuk tujuan ini. Penggunaan berus yang sesuai diperlukan untuk membuat teknik ini. Jikalau kesan shading itu amat ketara, maka sedikit bedak debu boleh disapu. Lazimnya jurusolek akan menggunakan teknik shading untuk mengurangkan kesan pipi berlapis terutama di bawah rahang, meninggikan tulang pipi atau mengecilkan hidung serta menampakkan lebih mancung.



KENALI BENTUK MATA


Mata Dalam
- Sapuan pembayang mata berwarna cerah atau pastel adalah pilihan terbaik. Ratakan pada seluruh kelopak mata. Pada sempadan bulu mata, boleh disapukan warna sama dengan lebih terang. Pun begitu jangan sesekali menggunakan warna yang gelap pada bahagian lipatan kelopak mata.

Mata Kuyu
- Pastikan apabila menyapu membayang mata, ia sekadar disapu pada bahagian luar tepi mata. Ini bagi mengelakkan mata tmpak lebih tirus ke dalam. Paling penting sewaktu membentuk celak pada hujung mata, ia haruslah dibentuk menaik dan tidak mengikut bentuk kelopak mata yang jatuh. Ini dapat memberi kesan ilusi agar mata tidak tampak sedih atau layu seperti asal.

Mata Galak
- Sapuan pembayang mata boleh dilakukan daripada bahagian tepi sehingga ke sebelah dalam mata. Jangan ratakan pembayang mata sehingga melepasi kelopak mata sebelah tepi. Ia untuk mengelakkan mata tampak terlalu besar dan tertonjol.

Mata Kecil dan Sepet

- Untuk mata yang kecil comel, pilih warna yang berkilau bagi menambah seri. Ini boleh memberi ilusi mata lebih besar sedikit. Jauhi celak yang berwarna hitam. Sapuan celak hitam pada lipatan kelopak mata menjadikan mata terperosok ke dalam dan tampak semakin kecil. Untuk majlis yang lebih glamour, teknik smokey mampu menyerlahkan mata yang sepet.

Mata Besar
- Bentuk mata ini dikatakan seakan-akan bentuk badam. Penggunaan warna lembut dan hangat lebih sesuai agar mata tidak terlalu menguasai penampilan wajah. Gandingan pembayang mata yang gelap dan terang boleh dilarikkan pada penghujung kelopak mata.

PEMBAYANG MATA
Pastikan dulu warna yang mahu anda campur atau gabungkan. Ia sepatutnya mencetuskan satu gabungan warna yang harmoni. Solekan di mata mampu membangkitkan kesegaran mata dan tentunya untuk bergaya pada waktu siang dan kelihatan glamour pada waktu malam. Untuk mendapatkan impak warna yang lembut, sebaik-baiknya gunakan pembayang mata jenis krim atau gloss. Pembayang mata jenis bedak memberikan kesan matte dan warnanya juga lebih intense.

TIP DAN TRICKS
- Jika anda becadang memakai lebih dari satu warna pembayang mata, pastikan padanan warnanya serasi
- Sapuan 2 atau 3 warna pembayang mata juga mestilah kemas dan tidak nampak seperti ditampal-tampal.
- Warna kulit wajah juga turut mempengaruhi efek warna pembayang mata yang disapu
- Sebelum menyapu pembayang mata, kelopak mata mestilah dialas bedak agar warna lebih naik.
- Solekan pembayang mata akan lebih tahan lama dan cantik apabila bedak debu diratakan terlebih dahulu pada mata.
- Sebelum menyapu pembayang mata, pupuklah bedak debu terlebih dahulu pada bawah mata
- Ini penting bagi memastikan segala sisa pembayang mata atau kesan sememeh pembayang yang mungkin jatuh ke bawah mata tidak mencomotkan wajah.
- Selepas siap menyolek mata, jangan lupa rata dan kemaskan kembali bedak debu yang ada di bawah mata. Gunakan berus besar.

EYELINER


JENIS-JENIS EYELINER
CECAIR
- jenis ini adalah yang paling banyak digunakan. Malah ia dikatakan memberi garisan yang lebih halus dan cantik pada kelopak mata. Penggunaan eyeliner daripada jenis cecair ini juga lebih tahan lama. Namun ia memerlukan kemahiran untuk mengalitnya agar tidak sememeh.

PENSEL BERKRIM
- hujung matanya yang lembut berkrim antara kaedah termudah mengalit eyeliner atau digunakan sebagai pembayang mata.

PENSEL BERSERBUK
- bentuknya yang versatile boleh digunakan untuk mengalit eyeliner atau digunakan sebagai pembayang mata

MATA BEBOLA (felt tip eyeliner)
- penggunaannya lebih tahan lama, tetapi jangan sesekali digosok kerana akan menyebabkan sememeh. Untuk mereka yang sudah berusia, sapuan eyeliner daripada jenis ini tampak lebih rata dan agak kasar.


TIP DAN TRICK MEMAKAI EYELINER
- Eyeliner lazimnya dialitkan pada mata untuk memberi kesan yang lebih dramatic pada mata
- Selain daripada itu, eyeliner juga dialitkan pada sempadan bulu mata palsu untuk mengaburi kesan gam padanya
- Sebenarnya hanya latihan dan penggunaan eyeliner yang kerap mampu memberi hasil yang sempurna pada mata
- Untuk menggunakan eyeliner atau celak mata, ia memerlukan kemahiran tangan untuk mengalitnya pada kelopak mata.
- Jika eyeliner sering kelihatan comot pada mata lantaran meta cepat berpeluh, cara terbaik adalah pakai pada bahagian atas kelopak mata sahaja.
- Memilih eyeliner daripada jenis waterproof adalah cara terbaik mengelakkan eyeliner mudaj cair.
- Membeli eyeliner tidak semestinya yang mahal dan berjenama. Ada yang tidak serasi dengan kulit dan menyebabkan satal-gatal pada mata. Jadi usah takut mencuba barangan yang sederhana harganya. Ada ketika yang murah itu lebih serasi dipakai.

CARA MENGALIT EYELINER
- Sewaktu menghadap cermin, pastikan kepala tidak terlalu ke hadapan. Posisi biarlah selesa untuk memandang sermin secara rapat.
- Pegang dan tegangkan kelopak mata di penjuru kening. Anak mata memandang ke bawah. Alitkan eyeliner dari luar ke dalam kelopak mata.
- Sapuan eyeliner yang tidak memenuhi seluruh kelopak mata tampak lebih natural
- Biarkan 10 saat sebelum mengalit sekali lagi jika sapuan pertama tidak kemas
- Jikalau mahu yang lebih dramatic, lakukan sapuan yang lebih tebal
- Kesan yang sememeh boleh dikemaskan dengan menggunakan putik kapas
- Biarkan 10 saat agar eyeliner kering
- Untuk mencuci eyeliner, gunakan munyak zaitun atau minyak bayi bagi menanggalkannya.

MASKARA
BULU MATA PANJANG

Rata-rata wanita Malaysia memiliki bulu mata yang sederhana panjang. Melainkan mereka yang mempunyai darah campuran seperti Arab, Punjabi atau berdarah Hindustan, mungkin dilahirkan dengan bulu mata yang melentik, panjang dan lebat. Ada juga yang memiliki bulu mata yang agak jarang serta pendek-pendek. Namun ini bukan masalah untuk tidak tampil mempersona dengan mata yang galak. Tapi bagaimana? Jawapannya mudah. Maskara pasti boleh memberi efek bulu mata sempurna. Tidak cukup dengan mascara, pengetip bulu mata juga dicipta untuk melentikkan lagi bulu mata yang sudah dioles mascara.

PENGETIP BULU MATA
Cuba ikuti panduan ini jikalau ingin mencuba pengetip mata:
- Acukan pengetip bulu mata pada bulu mata atas
- Pastikan semua bulu mata masuk sempurna dalam lengkung tadahan pengetip
- Kedudukan pengetip bulu mata mestilah serapat yg boleh pada pangkal bulu mata
- Ketip perlahan-lahan selama 10 saat
- Selepas itu, oleskan mascara agar bulu mata bulu mata bertambah sempurna
- Setelah mascara dirasakan sudah kering, ketip sekali lagi, Hasilnya pasti menawan

TIPS BERMASKARA
- Jangan teragak-agak apabila menyapu mascara. Tangan yang tidak tetap hanya membuatkan sapuan mascara menjadi comot
- Selepas mengoles mascara pada bulu mata atas, jangan abaikan bulu mata bawah
- Sapuan mascara pada bulu mata bawah akan menjadikan mata tampak lebih galak dan terbuka
- Menyapu mascara pada bulu mata bawah mudah. Caranya pegang mascara selaras dengan aras hidung. Kedudukannya dalam bentuk vertical.
- Oleskan bulu mata bawah anda dengan hujung berus mascara

PEMERAH PIPI
Pemerah pipi sebenarnya bukan sekadar untuk menyerlahkan wajah menjadi lebih segar dan berseri malah ia mampu memberi kesan yang lebih sempurna pada wajah. Jika anda mempunyai dahi yang agak jendul dan luas, teknik sapuan pemerah pipi yang berona coklat mampu memberi kesan ilusi dahi sedikit kecil.
TIPS PAKAR
- Pembayang pipi jenis krim mempunyai pigment warna yang lebih kuat lagi menonjol berbanding pembayang jenis powder
- Pastikan apabila menyapu pemerah ia dilakukan selepas anda mengaplikasi bedak asas atau sebelum anda membalas dengan bedak debu atau bedak padat. Mulakan pada tulang pipi, kemudian bawalah ia menghala ke atas.
- Gerakan ke bawah hanya akan mencetus ilusi kulit wajah anda cepat kendur seterusnya menjadikan anda tampak lebih tua daripada usia sebenar.
- Adalah lebih bijak jika anda padankan pemerah pipi dengan gincu dari rona yang sama. Contohnya jika anda memakai gincu berona jingga, mungkin pemerah pipi juga daripada kumpulan yang sama.



YANG PERLU DIKETAHUI
- Bagi menyerlahkan imej seksi wajah, titik sedikit pemerah pipi yang ada elemen shimmer pada paras tertinggi tulang pipi anda.
- Pemerah pipi rona merah jambu mampu mengembalikan cahaya kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
- Tidak semua warna sesuai untuk kita. Pemerah pipi harus dibeli dengan mengambil kira warna kulit wajah
- Tidak salah kalau mengadunkan dua warna pada sekali sapuan. Maksudnya gandingkan dua warna berbeza untuk mendapatkan hasil yang menarik
- Jangan sesekali menyapu pemerah pipi sehingga pipi tampak seperti ditampar.
- Jangan biarkan sapuan menjadi tompokan bulat pada pipi
- Seandainya berkulit putih, adalah lebih manis jikalau memakai pemerah pipi bewarna merah jambu dan jingga lembut.
- Untuk yang berkulit hitam manis, gunakan pemerah pipi daripada rona coklat gelap kerana ia mampu memberi kesan shading pada wajah.
- Kalau sapu pemerah pipi, pastikan ia adalah antara yang terakhir sekali dilayangkan pada pipi tatkala anda bersolek.
- Seandainya anda melihat pipi anda agak tebal pemerah pipinya, anda boleh kurangkan sedikit warna yang terang itu dengan menyapu selapis bedak debu. Pastikan sapuan biar rata sekeliling wajah
- Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, pemerah pipi dalam bentuk debu adalah pilihan yang paling baik.

BIBIR
Gincu memang menjadi kegemaran atau alat solek wajib bagi perempuan. Biarpun bibirnya hanya seulas, namun keinginan membeli gincu aneka warna memang tidak pernah padam. Gincu paling mudah dibawa dan paling senang digunakan di mana jua kita berada.
Tidak payah menyapu bedak berlapis-lapis, tidak perlu berjam-jam menghadap cermin melayangkan pemerah pipi dan mencalit pembayang mata, wajah masih boleh tampil berseri dengan syarat jangan lupa memakai gincu.
Bagi yang memilih warna cili, dianggap berani. Malah warna pudar mampu tampak seksi menggoda apabila mencalitkan bibir dengan gincu merah cili. Gadis remaja mungkin selesa dengan gincu merah jambu. Kalau yang mahu tampil natural dan semula jadi rona bumi seperti warna gangsa dan coklat muda mungkin menjadi pilihan.
Tentunya petua asas memakai gincu adalah pilihan warna cerah dan lembut untuk hari siang manakala untuk gaya malam pula gincu warna garang dan terang.

ASAS TATKALA BERGINCU
- gunakan berus gincu
- jangan tinggalkan pelembap bibir
- pengilat bibir adalah alat solek yang amat berguna bagi mencerahkan rona gincu yang terang
- pensel bibir penting bagi mendapatkan bentuk bibir sempurna
- akhir sekali tentulah gincu yang sesuai dengan kulit

GINCU TAHAN LAMA
- Kalau mahu kesan yang tahan lama malah lebih cantik warnanya, apabila menyapu gincu pada bibir, campurkan sekurang-kurangnya dua warna yang berbeza rona. Percayalah, hasilnya lebih memukau mata yang memandang.
- Ada waktu apabila kita bergincu, kita masih lagi sapu dan terus sapu pada bibir menggunakan gincu yang sama. Kita seperti tidak puas hati. Diri berasa cuak kalau-kalau gincu yang dipakai akan mudah tanggal warnanya. Ambil tisu, tekapkan pada bibir dengan perlahan. Kemudian pedapkan dengan bedak debu. Gincu akan lebih lama di bibir dengan cara ini.
- Gincu yang bersememeh pada gigi atau yg tampak selekeh pada hujung bibir adalah sesuatu yang memalukan. Mudah saja. Selepas bergincu, masukkan jari ke dalam mulut dan tarik. Gayanya seperti menghisap lollipop. Lebihan gincu akan melekat pada jari.

MELUKIS BIBIR
Bibir Tebal atau Penuh
Tentu saja mereka yang berbibir tebal membayangkan ilusi bibir yang tipis dan lebih kecil. Lukiskan bibir dengan pensel pada bahagian bawah bibir dan di atas bibir tetapi jangan sampai melepasi garisan bibir.
Pilih gincu yang tidak berkilat. Efek gincu yang jernih dan berkilau hanya menambahkan kesan bibir yang tebal. Sapuan gincu yang biasa mampu memberi bayangan semulajadi. Seelok-eloknya oilih lah gincu daripada rona yang seakan-akan warna bibir. Jauhi warna yg terang dan garang.

Bibir Tipis
Lukiskan bibir dengan pensel pada bahagian liar garisan bibir atas dan bawah. Ini untuk menampakkan efek bibir lebih tebal. Ratakan gincu dengan berus agar kesan ilusi itu tampak semulajadi. Untuk bibir yang tipis, pilihlah warna gincu yang terang dan gemilang warnanya. Bibir akan menjadi lebih seksi.

Bibir Atas Yang Tipis
Bagi menampakkan bentuk yang lebih sempurna, larikkan pensel bibir pada garisan luar bibir sebelah atas sahaja. Lakukan dengan berhati-hati dan sapukan gincu dengan menggunakan berus. Sapuan biar rata agar bibir atas tidak kelihatan terlampau tebal. Pastikan sapuan gincu bibir atas seimbang dengan bibir bawah.

Bibir Bawah Yang Tipis
Lakar bentuk bibir bawah menggunakan pensel bibir mengikut garisan luar bibir bawah. Lukis dengan lembut agar lakaran tidak nmpak comot. Kemudian sapu gincu menggunakan berus gincu. Untuk memberi efek semulajadi, sapuan gincu pada bibir atas boleh dilakukan dengan lebih terang berbanding bibir bawah.


TIPS DAN TRICKS
- Jangan lupa untuk memiliki tiga warna gincu yang berbeza.
- Pilih satu warna natural yang sesuai dengan kulit. Pilihan kedua, biarlah warna sedikit garang dan dramatic. Ini akan membantu tatkala hendak bergaya pada waktu malam.
- Akhir sekali dan tidak kurang penting pastinya pengilat bibir yang jenis berkilau
- Tentunya pensel bibir juga perlu ada bagi menyerlahkan lagi solekan bibir
- Jangan mudah terpengaruh dengan warna gincu yang tampak cantik pada bibir model iklan gincu.
- Cuba dulu warna gincu yang mahu dibeli
- Ada warna yang cantik dilihat tapi tetapi tampak buruk apabila disapukan pada bibir yang tidak sesuai
- Selain daripada bedak debu, penyamar noda atau concealer juga boleh disapu pada bibir agar kita mendapat base yang sekata sebelum menyapu gincu


AKHIR KATA….

“SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA DAN TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK ANDA KECAPI SEKIRANYA ANDA BERUSAHA DENGAN TEKUN UNTUK MENJADIKAN CITA-CITA MENJADI SATU KENYATAAN DAN HIMPUNLAH PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN SEKIRANYA ANDA INGIN BERJAYA DI DALAM BIDANG INI..”


No comments: