19 May 2010

HANYA DIA...BAB 2


BAB 2 – (BUDAK PUNK PUTUS CINTA)

Sudah 2 minggu aku di Kolej Ellip, semuanya berjalan lancar..kos-kos yang agak rumit jugak bagi org yang macam aku..hii…aku semakin akrab dengan Eka, Yanie, Ieti dan Kuza..dan aku juga sudah pandai bergaya. Mana tak nya, budak 4 orang ni telah menjadi penasihat imej tanpa gaji aku..segalanya berubah, sekelip mata..aku semakin lupa suasana kampong, lupa basikal tua Arwah Nenek Mah, lupa motor capok Epul..lupa selipar jepun rm2.70 yang dibeli kat kedai runcit Ah Peng…ermm, kota metropolitan ini telah menarik aku begitu jauh..tapi aku xpernah lupa asal usul aku..Ya Allah, kau lindungi lah aku dari perkara-pekara yang tidak baik..

“ Nia, macammana ngan Ellip…U suka ke kat sana..Mama tengok sekarang ni U dah semakin bergaya..kawan-kawan pun dah ada, cantek-cantek…pandai u kan..macam ni la anak mama..jangan bercampur ngan orang-orang biasa..tu bukan standard kiter”, Ya Ampun ma..tak baik kau ckp macam tu ma..jgn lupa kiter pun dari org2 biasa dulu jugak maa..dari keluarga yang susah..aku hanya senyum mendengar kata-kata mama..malas nak menjawab..xde gunanya..xde kesudahan.aku terus mencapai beg, jam dah menunjukkan kul 7.00 pagi..aku dah lewat untuk ke Ellip..

Macam biasa, setibanya aku di pintu gerbang Ellip..Budak2 Punk pasti akan merenung aku dengan series giler nyer..aku dah lali dengan suasana ni,tiap-tiap hari..n macam biasa juga aku wat do no je la..ermm, teringat kat Michelle n Karen, sekejap je aku dapat mengenali mereka..Mereka dah berpindah ke Perancis, mengikut ahli keluarga mengembangkan bisnes..kenapa orang-orang baik selalu tinggalkan aku..sib la ada 4 PINK LADIES..hii..gelaran yang aku bagi kat 4 org member aku tu, suka sgt warna pink..berbeza dari aku, aku lebih suka warna-warna gelap..

“ Woiiii!!! Nak mampos ker!!!!!” arghh sipi-sipi lagi aku nak kena langgar ngan mat rempit ni..salah aku, sapa suh berangan kan..hii…aku Nampak Rizz bangun, memandang aku..seolah-olah terkejut melihat aku hampir-hampir dilanggar..aku angkat tangan menunjukkan aku tiada apa2..

“ lain kali duk tengah jalan tu!!! Tunggu je lori ke bas ke..biar mampos macam cicak kena lenyek ngan gua, apa punyer pompuan la luu!!! “, kata salah seorang dari budak-budak punk..aku hanya tersenyum malu..sambil menunjukkan tangan tanda sori kat diaorang.

Budak mat rempit meletak kan motor di parking..aku sengaja menunggu di pintu gebang, ingin meminta maaf secara baik dgn dia.Mat rempit menanggalkan helmetnyer, Ya Ampun…kacak nyer dia..terkesima aku sekejap…heee…

Berjalan ke arah aku dengan muka poyo nyer..lalu berhenti tepat kat depan muka aku..berdebar gak rasa..” ermm, kenapa?? tunggu aku ker? Nak minta maaf??”, mak aiii berlagak nyer mamat ni.

“ A ah, Nia nak minta maaf td tak perasan ada motor”, sambil tersenyum-senyum macam kerang busuk.

“ lain kali klu nak melintas jalan tgk dulu kiri kanan, nasib aku sempat brekk..klu x rugi awek lawa macam ko ni mati cepat, x sempat aku nak berkenalan”, laaaa..pulak dah..tiba-tiba muka mamat td dari muka macam nak marah berubah tersenyum-senyum..sah laaa…

Aku hanya tersenyum, terkedu..x tau nak kata apa..dia menghulurkan tangan “ Aku Danial, budak IT semester 3..ko budak baru kan?”, sambil menyambut huluran salaman darinya, “ ermm, Nia budak baru..Dania Danueis..Business”, jawab aku bersahaja.

“ Dania dan Danial, macam ada jodohkan..nama pun nak sama dah ni” kata dia berseloroh sambil ketawa..aku hanya membalas dengan senyum pelik je kat dia..Tadi macam nak telan aku, ni macam jantan gatal lak aku tgk..

Tetiba bahu aku dilanggar, aku menoleh ke sebelah..Airis dengan senyum sinis mengangkat kening kat aku..Rizz pulak merenung tajam ke arah Danial sambil menunjuk isyarat &^&**()..tanda berhati-hati..tak sah klu x kacau orang kan..aku baru nak feeling ngan mamat kacak ni..kacau daun tul la..

“ ok la Danial, Nia pergi dulu ye dah lambat ni..” kata aku sambil kaki melangkah nak blaa..” Nia, salam berkenalan, hope Nia sudi kenal ngan Dany”..Aitt dia bahasakan diri Dany lak..tadi ter aku aku..hik hik hikk..memang sah la ni..aku balas dengan senyum tanda setuju berkenalan..gatal jugak aku kan..

Aku melangkah laju ke kelas, dah lambat.. budak-budak punk tadi dah ilang…laju nyer diaorang jalan..lari ke pecut ni..

“ Dania Danueil….!” Terperanjat beruk aku, tiba –tiba suara garau dari celah bangunan antara tandas dan makmal bergema menyebut nama aku..aku menoleh, mencari-cari..separuh badan je aku Nampak..Rizz??..kaki aku melangkah ke arahnyer..Rizz seolah-olah bagi laluan untuk aku masuk di celah-celah bangunan itu..napa ntah tiba2 aku menjadi berani mendekatinyer..sedangkan sebelum ini, Rizz la lelaki yang paling aku geruni.

“ Ye, Rizz panggil Nia ke?” Tanya aku sambil berkerut-kerut dahi..Rizz tidak memandang aku seperti selalu yg dia lakukan, merenung tajam..Dia pandang ke bawah..

” hati-hati dengan budak lelaki tadi, awak tak kenal dia”, aitt ,ko sapa nak nasihatkan aku..aku tgk Dany lagi semenggah pada ko RIzz..” Nia, awak baru di sini, banyak yang awak tak tahu, jauhkan diri dari dia” sambung Rizz..

“ Nia tak faham maksud awak, kenapa awak nak nasihatkan Nia? Lagipun Nia x kenal awak, kiter x penah berkawan kan”, kata aku dengan berani. Tiba-tiba Rizz merenung tajam ke arah aku, muka merah padam, marah betul dia.aku pulak yang pandang bawah, takut lak rasa.

Rizz terus tinggalkan aku terpinga-pinga..Dia berjalan laju menuju ke kelas…aku cuba mengejar, langkah aku mati tiba-tiba..aku melihat Airis menunggu Rizz di pintu kelas..Aku pelahan kan gerak kaki ku..Mereka seolah bertengkar..Aku luaskan telingaku..Untuk mendengar butir bicara mereka..

“ KITA PUTUSSS!!!!..Aku dah tak tahan dengan ko, pompuan gatal!!! Tak cukup dengan satu..!!!” Rizz menjerit, terkejut aku.Aku tgk Airis ,tgk Rizz..tiba-tiba Airis menampar muka Rizz..dan berlalu meninggalkan kelas. Apa dah jadi?? Mereka putus?? pasangan yang begitu padan dan glamer..berita paling hot..tentu menjadi perbualan..

Aku lalu di hadapan Rizz menuju masuk ke kelas..aku tidak memandangnyer...Kelas menjadi sunyi..mereka saling berpandangan..Aku yakin mereka dengar jeritan Rizz tadi..Aku duduk di tempat ku..aku jelling ke arah Pink Ladies, mereka mengangkat kening..tak berani nak bersuara..Rizz masuk kelas, terus duduk disebelahku..aku terkedu..napa lak mamat ni duk sebelah aku..cool !! cool!!..wat cam xde apa apa..

Kelas berlalu begitu pantas, Rizz disebelah langsung x bersuara.Aku lihat ada garis sedih di wajahnya, seolah menyesal dengan herdikannya pada Airis..Airis langsung xnampak batang hidung, mungkin sedang menangis tersesak-esak bila kekasih hati memutuskan perhubungan yang sudah terjalin lama..Aku lak tak berani nak menegurnya sehinggalah tiba-tiba Rizz bersuara, “ Nia, saya minta maaf tinggalkan awak macam tu je td, sy bingung.”.aku gugup..nak kata apa..lama aku diam, mengatur kata-kata agar hatinya tidak tersinggung.

“ Nia pun salah pada Rizz, tak patut Nia ckp macam tu td…sepatutnya Nia berterima kasih kerana Rizz ambil berat pasal Nia.” ia ke ayat aku ni..tibai laa..

“ Nia budak baik, Rizz xnak budak-budak baik di Ellip ni menjadi mangsa Danial”..Rizz berkata-kata sambil memutar-mutarkan pen di tangannya..langsung tidak memandang aku. Ada perasaan jugak budak punk ni kan..aku ingat dia hati kering..

Kelas tamat, Rizz terus bangun meninggalkan aku..pelik la budak ni..suka main tinggal-tinggal mcm tu je..tergantung…

“heii…” kerusi aku kena gegaran..pink ladies tercegat kat belakang aku rupanya..wat suspen jee..
“ amboi Nia, Rizz baru putus cinta.. U dah nak masuk jarum yer” kata Eka…

“ eeiii, tak kuasa erk..dia yang duk sebelah Nia tadi, bukan Nia yang carik dia, apalah u all ni..mbe Rizz tu xnak duk kat kawan2 dia..dia nak tenangkan fikiran, dah kebetulan sebelah Nia ni kosong..dia duduk la”. Terang aku panjang lebar..tak terfikir pun aku nak mengayat Rizz tu, bukan test aku laa..

“ ye la ..ye la Cik Dania Danuiel..i just jooking”..banyak la ko nyer lawak Eka..

“ Nia, jom ikut kami g KLCC..lepak-lepak sana”. Erm ok gak idea budak2 ni..

“ ok, jom…Mama pun xde minggu ni,,bosan Nia kat umah”. Mama ke Terengganu bersama Uncle Johan, kekasih hati mama… malas nak cerita..

Kami berjalan menuju ke kereta masing-masing..ni la masalahnye, smua ada kereta..so klu nak kemana-mana, smua nak bawak kereta ..aku lak mama dah pesan awal-awal, jangan tinggalkan kereta sport dia tu kat mana-mana, klu ilang sapa yang susah ...mama jugak coz dia kena belikan kereta baru tuk aku..hii…

“ Nia…awak nak kemana?”..tiba-tiba Danial muncul..

“ Ishh Dany ni, wat Nia terkejut je..Nia nak ke KLCC ngan kawan-kawan..kenapa?”Tanya aku…kacak nyerrr dia..

“ boleh Dany ikut, bosanlah sorang-sorang..” aitt baru kenal tadi dah nak ikut aku..sewel dia ni..

“ opss, tak boleh!!..Nia nak tgk wayang dengan aku di KLCC..lain kali ok..” Rizz tiba-tiba ada kat sebelah aku..terus mengambil kunci keta dari tangan aku..aku terpinga-pinga..Rizz menarik aku ke sebelah, membuka pintu suh aku masuk keta..aku lak mcm kena pukau terus je masuk..Rizz start Kereta sambil menekan nekan pedal minyak..mengaum-ngaum bunyi nyer..Dany mengetuk cermin kereta sebelah Rizz, Rizz Bukak Cermin..

“ ko nak apa lagi ni!!”..jerkah Rizz..mak aii..sah sah diaorg ni bermusuh..

“ Rizz,please..Dany, Nia pergi dulu yer..Esok jumpa k..” kata aku meredakan keadaan..aku lihat Dany tajam merenung Rizz..Dany berundur sambil meunjukkan isyarat #^@&$^@ pada Rizz.

Rizz terus memecut kereta..tapi bukan ke arah KLCC..Rizz menuju keluar dari KL..kemana??

Bersambung…Bab 3 ( AKU DAN RIZZ….??)

No comments: