19 May 2010

HANYA DIA..( KARYA KU DI SINI...) BAB 1


Sinopsis

Perpindahan Dania Danueil ke Ibu Kota tidak menjanjikan kebahagian buatnyer. Dia lebih suka tinggal di daerah kecil, tiada hinguk binguk kota yang membosankan.Jiwanya bagai runtuh tatkala ibu kandungnya datang membawa dia pergi dari kehidupan selama 17 tahun di sebuah pondok usang milik nenek mah yang telah sebulan ke rahmatullah.

BAB 1 ( AKU DAN KOLEJ ELLIP)

Sunyi menggamit diri tatkala kaki melangkah jauh meninggalkan kampong halaman. Mama disebelah tidak dihiraukan, kata-kata mama buatkan aku rasa menyampah yang teramat sangat..Macam dah tak pandai berbahasa melayu..ter U ter I.. ..” Nia, u tak boleh macam ni, tak kesian kat mama ke? Sampai bila Nia nak duk kat kampong tu..xde sapa nak jaga u..kat KL mama ada, U pun blh sambung study..xkan nak harapkan SPM u tu jer”..memang aku x harapkan kau mama untuk jaga aku..diri kau sendiri pun terumbang ambing, patutlah ayah ceraikan mama. Pentingkan diri sendiri, langsung xnak memahami hati aku..aku ada segalanya di kampong.. emi, nana, mia dan epul..arghhhh!!! kerana mama aku kehilangan kawan-kawanku..

Sudah seminggu berlalu, duduk di rumah batu milik mama, macam duk di dalam gua tanah merah. Sunyi, sepi..hanya bibik peneman setia..nasib bibik ada, x lah aku rasa mcm nak lari je kan..mama sibuk dengan kerja, katanya untuk masa depan aku.. kepulangan mama mlm tu membawa berita untuk aku, “ Nia, mama dah dapatkan U kolej untuk u sambung study. Anyway, kolej ni yang paling bagus mama pilih tau, smua ada..n yang penting hanya anak2 orang kaya je yang mampu ke kolej Ellip ni, lusa u dah boleh daftar”, Orang kaya? Aku tak kaya mama, ko yang kaya!!!

“ Mama, Nia belum bersedia lagi untuk study..Nia ingat Nia nak duk umah je.lagipun Nia x biasa lagi di KL ni..tahun depan la mama ye”,aku mengharapkan sedikit masa untuk aku berasa selesa di kota ini.

“ No!!! mama xnak Nia terperuk je dalam rumah ni. U kena bercampur dengan orang..mama nak anak mama dikenali..U cantek Nia, orang cantik macam kiter ni perlu menonjolkan diri, baru ada peluang untuk Berjaya,jangan jadi KATAK”, pedas ayat mama, aku bukan nak jadi katak mama..aku Cuma perlukan masa, kehilangan Nenek Mah masih aku terasa, macammana aku nak study klu aku masih bersedih..Ah!! tak de maknanya melawan kata-kata mama, mama xpernah dan x akan mengaku kalah bila bercakap. Lusa?? Erm dua hari lagi..aku belum bersediaaaaaa…

Tringgg..tringg..tringggg. Jam loceng berbunyi..arrhh, dah pagi. Hari pertama aku akan melangkah kaki ke SEKOLAH ORANG KAYA..malasnyer nak bangun. Melihat Baju Kurung yang bersangkut di tingkap bilik membuatkan aku tersenyum. Hadiah dari Epul..lelaki dambaan awek2 di kampong ku.apa khabar kau Epul, kekasih hati Nana.bertuah kau Nana dapat berdamping dengan lelaki idama Malaya ni..aku jugak yang melepas, jual mahal kan..konon xnak bercinta selagi masih bersekolah.dalam hati mau, tapi ermm..dia bukan milik aku..aku redha. Selesai bersiap, aku rasa cukup ayu dengan berbaju kurung, bergincu nipis. Ketukan pintu bilik membuatkan aku tersedar dari lamunan, “ ye, masuklah..pintu x kunci tu”..pintu dibuka, mama rupanya, “ Nia, why u pakai macam ni, U bukan nak pergi kenduri kawin..U nak pergi Kolej tau..tukar baju tu..pakai macam orang Bandar sikit”,ermm dah agak dah, lupa lak mama aku LAHIR KAT BANDAR, konon nyer..mama, u pun dulu org kampong macam aku gak ma..Cuma kau yang lupa diri.

“ Nia x ada baju elok la ma..jeans Nia pun dah lusuh, baju pun Cuma ada t-shirt biasa je..” jawab aku dengan harapan mama lepaskan aku pergi dengan berbaju kurung ni..sebenarnya aku lebih selesa dengan baju tradisional ..rasa ayu..hii..Aku memang x ada baju yang elok pun..sekadar tshirt n 2 helai seluar jeans yang dah koyak kat ujung kaki.Duit yang mama bagi tiap-tiap bulan aku buat untuk bantu Nenek Mah. Arwah Nenek Mah lumpuh, dan xde punca pendapatan. Arwah adalah Mak tiri mama.

“ Ermm, nanti mama tengok baju2 mama yang Nia boleh pakai..tunggu jangan pergi lagi”..laa..pulak dah. Pakaian mama memang macam orang muda..Mama suka pakai jeans dan tshirt body.bentuk badan mama macam anak dara. So x heranlah kalu aku boleh pakai baju2 mama.

“ ha..amik ni..Nia amik je smua baju2 mama ni,..mama dah x pakai lagi..jeans ni, rasanya sama je saiz kiter, pakai yang ni dulu..nampak standard sikit”. Ok la mama, saya yang menurut perintah, bak kata Bibik kat aku malam tadi..hee..

Orait, akhirnya mama setuju dengan pakaian aku ari ni, kemeja lengan panjang dan jeans ketat mengepat , sungguh tak selesa.Memandangkan petang semalam mama dah bawa aku ke kolej Ellip tu, tunjuk jalan n tempat parking. Maka ari ni mama suh aku bawa kereta sendiri, katanya belajar..sesat mula2 xper, macam tu la duk Bandar besar..klu sesat, berhenti Tanya orang.ramahkan diri tu. Itu kata mama..Rasa berdebar sangat, klu di kampong aku lah jaguh lumba keta kat tepi pantai tapi ni Bandar..jalan sesak, bawa keta macam naik siput.lembab.

Akhirnya setelah setengah jam menapak sampai jua kat tempat parking betul-betul depan pintu masuk Ellip. Mak aiii debaran semakin memuncak ni..rasa beku dah satu badan, melihat mata2 memandang kearah kereta aku..No, bukan kereta aku, kereta sport mama.Mama x nak kalah, katanya biar aku pakai keta sport , biar terbeliak mata2 budak kolej Ellip tgk ada yg lebih kaya dari mereka. Tu kata mama la..

Aku baca Al- Fatihah , tunggang langgang jadinyer..stop enjin kereta. Amik beg kat sebelah.nak bukak pintu, tp kaki rasa macam melekat je ni..tuk!! tuk!! Tuk!!, tetiba pintu keta aku diketuk..terperanjat beruk aku, 2 orang pompuan cantek tersenyum kat aku..aku bukak tingkap,

“ Hi, u Dania Danueil anak Auntie Rozie kan? “ aitt!! Pelik macam mana tau ni. “ Ermm ye, macam mana u all tau?”sambil aku tersenyum sipu.

“ klu ye pun turun la dulu, xkan u nak terjun ikut tingkap ni” ehhh. A ah.. apa la aku ni..biadap lak..dah macam mama..hii..
Sambil membuka pintu “ erm sori ye, Nia berdebar sikit, first kan kat sini..tu yg x tentu arah ni”..kata aku mengaku . “ its ok , xpe..biasa la mula2 msuk kolej , I pun macam tu gak dulu” kata sorang dri mereka.sambil bersalaman..rupanya ada gak anak orang kaya yang bersopan kat sini.

“ Aunti Rozie kawan ngan my mum. Semalam ada dia call bgtau I suruh tunggu u kat pintu masuk..takut u sesat ..Auntie kata dia xdapat nak anta u kan. Opss lupa nak kenal diri, I Michelle..ni Karen my cousin.” Oooo.. itu citernyer..napa mama x ckp kat aku..klu x , xde lah aku mcm beruk kena belacan je kat parking ni..” thanks yer sudi tunggu Nia, memang Nia tak tau apa nak wat ni, sib u all ada”.

Kami jalan beriringan sambil berbual-bual mempekenalkan diri masing-masing. Tiba-tiba mata aku melekat kat satu group ni, semua memandang tepat ke arah aku tanpa bersuara, tanpa senyum..muka serious giler. Macam citer antu lak aku rasa..pakaian diaorang mcam budak2 punk, rasanya bercouple-couple..coz mereka duk berpasang-pasangan sambil berpegang tangan kat tepi tembok sebelah tandas..mata aku melekat lak kat pasangan yang duk depan sekali..hebat!! sama padan, macam hero dan heroin filem orang puteh…muka pun dah macam orang puteh..yang pompuan seksi Nampak epal..ada tatu lak tu..tiba-tiba balak awek tatu tu membuntangkan mata memandang aku macam marah lak aku tgk2 awek dia..weii aku bukan LEsb arr..aku terus pandang depan, n buat dono je lalu kat depan group tu..giler la kolej ni, pakai ikut suka je..tapi yang pasti aku tgk kebanyakan gurl pakaian nyer separuh bogel termasuk la michelle n Karen..dia orang bukan muslim so xpe la kan..

Aku je bersopan..mungkin sebab tu aku jd perhatian..pakai pelik dr orang lain..yg kelakarnyer aku pakai selipar jer..orang lain dengan kasut tumit tinggi. Makeup tebal..hiii..mmg kampong aku ni..Michelle bawak aku pergi lapor diri kat admin Ellip, Karen lak tiba-tiba je ilang, ntah ke mana.pas melapor, Michelle anta aku ke bilik kuliah yg pertama.Aku x sama kos ngan Michelle, lagi pun Michelle dah semester ke tiga..Aku duk sorang2 dalam bilik kuliah, org lain masih berbual-bual di luar.ermm bosannyer.putar-putar pen..teringat kata puan mariam tadi, kelas aku ramai student yang repeat..Business kos susah katanya..ni kos pilihan mama, aku redah jer..klu x blh bawak aku berenti la..aku nak jadi penari, klu x sambung study pun xpe.. tp aku x ckp kat mama, mama confem bantah punyer..ia la anak pengurus besar RAMINO HOLDINGS jadi penari..malu Puan Rozie nanti kan.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan riuk pekik di pintu depan dewan..budak-budak punk tadi, bergelak ketawa sambil menumbuk-numbuk muka sesame sendiri..terkedu aku, budak2 ni sekelas ngan aku ke?..mereka menuju ke arah aku, Ya Allah mana aku nak lari ni..buatnyer budak-budak punk tetiba je belasah aku..errmm..aku tunduk pandang selipar , tak pandang atas dah..rupanya diaorg ni lalu jerr..hee..selamat aku.duk betul2 kat belakang ..ishhh ngeri lak rasa..nak bangun pindah tpt duduk x terbangun dah rasa..seram sejuk je ni.ahh.. lantak la, bukan diaorg kacau aku pun.

Kelas bermula dengan lancar dan seronok..hari pertama aku sudah dapat kawan..Yanie, Eiti, Eka dan Kuza..time lunch kami lepak kat KFC jer, depan kolej..baru je nak suap ayam kat mulut, aku Nampak punk n the group betul2 duk kat meja depan kami..klu setakat duk makan2 aku x heran pun, ni duk pandang aku..mcm pagi td gak..pandang x berkelip..series jerr..aku jadi takut, terus x jadi nak makan.

Eka perasan perubahan air muka aku, dia menoleh ke belakang dan merengus, “ Nia, u hati-hati ngan budak-budak setan tu..jangan terpengaruh..mereka suka kenakan orang”, yanie, Eiti dan kuza serentak menoleh ke arah belakang, dan geleng-geleng kepala, aku makin heran..macam budak2 tu memang digeruni..” kenapa mereka pandang Nia macam tu, mcm vampire nak isap darah orang jer”, ha ha ha haaa, terkekeh-kekeh budak 4 org ni ketawakan aku.Lawak ke?... “ Diaorang memang macam tu, klu ada budak baru..diaorg pandang dan cuba takut2kan..silap hari bulan jadi mangsa mainan diaorg”.

“ Mainan? Maksud u all?” aku x faham..

” diaorg akan kenakan student baru n malu kan depan org ramai, yanie pun penah kena Nia..diaorg letak cat merah atas kerusi, bila I bangun..smua gelakkan i..ingat I datang bulan”. Kata yanie bercerita kat aku..ermm giler rupanyer budak-budak punk ni..tapi kenapa balak mcm mat salleh ni pandang aku semacam je..renungan dia, mcm berdendam pun ada.

“ siapa couple yang mcm mat salleh tu yer, pandang Nia macam nak telan”

“ ha!!..budak 2 ekor ni paling bahaya, nak nak lagi yg betina tu..anak jutawan bukit bintang..guna duit bapak dia untuk beli kawan2..termasuk la jantan sebelah dia tu…betina tu Airis nama dia, kaki disco n minah ganja…yang balak dia tu orang panggil Rizz, perangai dia mmg pelik, ikut je ckp Airis”..kata Eka dengan panjang lebarnyer..Rizz, apa ko nak pandang aku mcm tu..!!!

Topic cerita ari ni berkisar pasal budak2 punk tu, dari start tertubuhnyer kumpulan punk diaorg sampailah citer diaorg kenakan student baru..nampak nyer aku kena berhati-hati..setelah habis kuliah ,aku terus balik ke rumah..kawan-kawan ajak aku tgk wayang mlm ni tapi aku x biasa keluar malam..aku x lah ckp macam tu kat diaorg, malu lak rasa..aku ckp ada dinner ngan mama.lain kali aje lah..hii.. aku dah pandai menipu..untuk kebaikan..
Bersambung…Bab 2 ( BUDAK PUNK PUTUS CINTA)- akan datang..

No comments: