09 December 2014
JOM CEK KESIHATAN SAYA
Tekanan Darah : 112/63 .. darah rendah sikit.. mmg rendah je dr dulu.. tu yg aku sokmo pening2...
Nadi : 82 - Normal
BMI... malas nak citer.. ahaa... gitu koo..
Berat : 59.8kg
Berat Ideal : 53.5 kg ( kena diet niiiii.. kena turunkan 6.3kg..waaaaaaa..)
Lemak : 33.2% ( ermmm amikkkk..)
Kalori : 1204 cal ( ideal 1400-2000)
Metabolic Age : 41y.... ( waaaaaaaa... nangisssss!!!!! i baru 34 tahun tau...)
BMI : 24.6 ( Alhamdulillah masih Normal lagi)
Sila turunkan berat badan anda.. sila jangan makan nasik.. sila eksesais.. sila g gym.. sila bersauna... SILA KURANGKAN LEMAK..
Sila AKTIFKAN DIRI, usia metabolic ko 41 tahun, tua dari umur sebenar ko... sila jangan MALAS...
SEKIAN....
24 September 2014
Banduan melarikan diri di Bentong, Pahang
24 July 2014
JEM!!!!!!
klu time ni pun dh jem.. kang aku balik keje, naik lak bas kul 6.. conferm esok sahur baru smpi bentong.. menangisi anak2 di rumah.. ehh mak aku pn sama.. kesian mak, letih dia jaga cucu..
gini gayanya,kena standby juadah berbuka jap g ni, serta juadah bersahor sekalik.. macam ni la hubby aku rasa tiap2 thn... aku x penah terpk pn bertapa letih nya dia balik keje dr KL dgn jalan jem gini.. kesian jugak kat hubby.. tahun ni aku lak merasa, hari2 letih..tido dah la lewat, siapkan keje umah.. 4.30 pg dh bgn, berkejar naik bas.. mencabar kewibaan tul.. nasib aku keje askar, gila kentang bertenaga aku.. haa!!! jgn mencebik yer, walaupun pembantu akauntan je kt tempat askar aku ttp kuat mcm askar yerk..tu kata dari anak aku Danial.. IBU KERJA ASKAR... jangan memain ngan aku, tembak kang...
06 June 2010
OPIS LAMA SAYA BUAT MACAM NI?????????
korang pernah tak alami perkara diatas??..bila kakitangan pejabat korang yang bertukar dari jabatan lain ke tempat korang kerja..bila slalu sgt rujuk pejabat lama dia, sikit2 refer pejabat lama..yang kadang2 korang rasa menda tu x lojik langsung...menda yang boleh kata xboleh, menda yang xblh dia kata blh lak..kesudahannyerr timbul rasa xpuas hati antara kiter2 kan..???- PATUT KE KITER MELENTING?? marah2 tak akan dpt menyelesaikan masalah..
- PATUT KE KITER MENSABOTAJ BELIAU?? jangan, kiter masih ada hati perut..!!!
-PATUTKE KITER MEMULAU KAN BELIAU?? emm x boleh, coz beliau masih ada lg yg sayang..hiii...kuncu-kuncunya..kelak kiter yg terkena balik..!!
- PATUTKE KITER MEREPORT KE PIHAK ATASAN?? emm perkara ni seelok2 nya diselesaikan dlm dalaman sahaja, sekiranya tidak dpt dikawal, sila la report kat BOS BESAQQQ..
-PATUTKE KITER REFER KE PIHAK YANG LEBIH TAHU?? yang ni adalah perkara yang amat2 betul untuk dilakukan..bagi memastikan menda tu betul atau salah, adalah HARUS kiter bertanya kepada yg lebih mengetahui..sekiranya ada bukti atau pekeliling yg berkaitan, buatlah salinan dan bg la kepada kakitangan yang membuat ONAR tu td..sekiranya beliau masih nak cakap yg pejabat lama dia tu BETUL, suruhla dia telefon sendiri ..tanya lah sendiri kalau nak memalukan diri sendiri...hiiiii....
17 May 2010
KEBESARAN JIWA SEORANG IBU


16 May 2010
LELAKI : TIDO ATAU ANAK???
Wahai lelaki-lelaki .......04 May 2010
Effects of Cold Water - Sharing info
Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. YA ALLAH YA TUHANKU, SELAMATKAN LAH DIA..AMINN..
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya http://us.mc761.mail.yahoo.com/mc/compose?to=rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2010/04/manusia-sentiasa-diuji-hari-ini-hari.html
30 April 2010
NASIK KUKUS GOMBAK..
29 April 2010
KENAPA U TAK ROGOL I ??
Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.
Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.23 April 2010
MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI-PEGAWAI PPDBTG YANG DIKASIHI..
pic gurl gurl yang sepoyo..soronot time ni..pas makan-makan..berkaraoke..aku nyanyi berduet ngan kaksu tp memandangkan aku x tau lagu tu aku wat suara kecik je..ha ha ha haaa..confem xde sapa yang dengar kan...pilih lagu cam semangat je..tp aku respek la ksu, dia leh wat suara rock tu,jerit kasik maut nyerr..tp disebabkan kamik ada anak n bie kat umah, so kul 11.00 mlm kamik dah cabut sebelum bie ku tipon ...he heeee...xtau ;a geng2 ppdbtg ni abis korao kul baper..sapa la yg dapat adiah johan karaoke malam tu..ermm...aku gerenti xtersenarainyer..sumbang seehh..
22 April 2010
TIKUS DALAM KUAH ROTI CANAI...email yang aku terima dari seorang kawan untuk kiter kongsi bersama..
Tikus Dalam Kuah Roti Canai Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan. Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu. Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus. Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya. Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis. “Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya. Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi. “Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah. Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama. “Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam. Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.
Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut. Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan. Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. -SH




