Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

09 December 2014

JOM CEK KESIHATAN SAYA

Hari ni di pejabat ada program kesihatan.. aku n fairos amik kesempatan g cek BMI, tekanan darah n gula dalam badan... meh tgk apa jadi...

Tekanan Darah : 112/63 .. darah rendah sikit.. mmg rendah je dr dulu.. tu yg aku sokmo pening2... 
Nadi                : 82 - Normal


BMI... malas nak citer.. ahaa... gitu koo..

Berat                : 59.8kg
Berat Ideal       : 53.5 kg ( kena diet niiiii.. kena turunkan 6.3kg..waaaaaaa..)
Lemak             : 33.2% ( ermmm amikkkk..)
Kalori              : 1204 cal ( ideal 1400-2000)
Metabolic Age : 41y.... ( waaaaaaaa... nangisssss!!!!! i baru 34 tahun tau...)
BMI                 : 24.6 ( Alhamdulillah masih Normal lagi)

Sila turunkan berat badan anda.. sila jangan makan nasik.. sila eksesais.. sila g gym.. sila bersauna... SILA KURANGKAN LEMAK..

Sila AKTIFKAN DIRI, usia metabolic ko 41 tahun, tua dari umur sebenar ko... sila jangan MALAS...


SEKIAN....


29 October 2014

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN BERWAWASAN DI PLATIH, FRASER HILL

 Kejadian ini berlaku pada 15-17 Oktober 2014..hee... citer dah basi baru aku nk post kat blog.. Alkisahnya kerana lepas aku balik dr ini program, kerja adalah berlambak di atas meja.. makanya tidak lah aku membuka blog sehingga lah ke hari ini dimana keje masih byk tp aku dah stresssssss... ( tangan atas bahu, mata ke atas ) eheee.. x abih2 alasan kan, mmg ko hari2 malas.. ahaaa...

Dan yang paling best, bila ko dapat g ngan kawan baik ko sendiri, fairos.. ehhh!! dapat pulak sebilik dengan member2 yg sekepala.. napisah n kak liza.. DAN lagi dapat pulak peserta2 program yg best.. smua njoy dan happy.. mmg lupa diri aku kat sana.. 

Sebelum tu aku nk gtau, wlupun aku dh hidup 34 tahun di daerah bentong tapi aku x penah g pun fraser hill ni.. wlupun dekat nk mampos.. aku takut nk g sana, ramai yg ckp ko akan muntah darah pergi dan balik sbb jalan dia yg berbukit2 n berliku-liku gitu... sapa sangka, akhirnya ko terpaksa pergi jua, ecehh!!! elok2 keje KL, tiba2 kena anta kursus ke fraser hill. mmg mintak muntah darah la jawabnya..

Perjalanan pergi ok je aku, aku tido dr awal hingga smpi ke destinasi.. heee.. salah satu cara supaya aku x muntah, ko tido mampos dlm bas conferm ko akan terselamat dr wabak2 kemabukan tahap 4.. :p

Sesampainya kat PLATIH, kekaguman kejap... cantiknyaaaaa.... banyak nyer bunga2 mekar.. cantiknya bangunan, cantiknya umah, banyak nye kabus, sejukkk nyaaaaaa... gilaaa kagum aku.. 

Maka kerana KAGUM MELAMPAU, sesi bergambar sakan pun bermula. heee...



 Motif : nak snap pic umah tu, tp selfie muka sendiri yang lebih..


 Selfie lagi, sila jgn muntah..


 fairos yang duk blkng tu, napisah pakai baju kurung, kak liza baju pink.. dari awal kami dh ngam, terus cop satu blik..


 kagum aku tgk bunga matahari ni, besau gila.. matahari pun memancau2 silau nya.. smpi aku x blh pandang kamera.. hi huu..


 kagum melampau kooo...


 ala2 model yang gemuk... tp comeii.. la la la laaaa...


 penginapan kami. tp ni utk urusetia.. banglo kami atas lagi..


 walaupun matahari memancau, tp x rasa pun panas. sejukkk..


 gila cantikkkk..


 haa, ni la penginapan kami.. lebih selfie muka sendiri jugak.. hi hiii


 yee, dh smpi banglo, jom cop bilik... bilik ada 4, tp 2 bilik je guna.. kami 6 orang je gugirl.. 30 boboy.. banglo boboy dpn banglo kami..


 suasana pagi, sejuk bebenar.. motif : sila lihat ketebalan kabus di blkng sy... :)


 cam kat paris kan.. hahkak perasan lg.. la la la laaaaa


 riadah, berjungle tracking tembus ke pekan...


 sy di sini.. hihuuuu...



 ehh Banglo Bentong pun ada tau.. tp kat bentong xde la banglo cenggini..menipu bebenor wokme ni..


 berehat setelah berjungle tracking tahap bahaya.. mampos letih aku time ni.. kata dekat je.. dah la mendaki dgn tali. tepi2 gaung je ujung kaki ko.. sib aku x arwah kat sana tau.. pacatt!! gila geli aku 800 kali..


 pic sblm riadah.. eksaitet la konon nya.. siap sembur ridsect kat kasut.. sib x reput kasut baru i tau..


 yeee... berjaya dengan jaya nya... luv u all..


 
 suasana malam. bkn camera kabur ye, ni kabus yg tebal melampau..


Yup yup horeeee!!! balik time.. group yang paling best dan sporting, program yg satu2 nya aku g paling x bosan.. penceramah yg maveles best..  semua terbaik.. x kering gusi asyik gelak je.. nak g lagi, nak g lagi!!! tapi nk group ni jugak, xmo group lain.. perasan!! sapa nk bg ko g lg... elehhh..

TAPI, perjalanan balik adalah perjalanan yg ko xkan lupa kan..sbb time ni aku dh x blh tido.. perut kenyang makan kari kambing.. rasa nk termuntah time tu jugak.. jalan berpusing2, bas lak jap2 break, jap2 laju..pandai lak bas tu berenti bg laluan sapa2 yg nk kencing berak, nk muntah.. haruslah aku n fairos turun memuntahkan segala isi perut yg adoo.. masa ni, adalah sumpah xmo g dah bukit fraserr.. SILA JANGAN PANGGIL AKU G KURSUS SITU LAGI!!! MENANGISSSSS...

betul la apa yg diaorg ckp, MUNTAH DARAH LA KO G FRASER HILL...

11 July 2014

tazkirah jumaat (copypaste)

ASMAUL HUSNA : 29. AL-ADL, YANG MAHA ADIL 

 “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan” (Qs. An Nahl 90) Al-‘Adl, berasal dari tiga suku kata ‘a-da-la, yang berarti lurus dan sama. Seorang yang adil, menurut definisi ini adalah mereka yang lurus, tidak plin-plan, dan sikapnya senantiasa menggunakan ukuran yang sama, bukan standar ganda. Ketika berhadapan dengan suatu masalah, orang yang adil bersikap obyektif, tidak berpihak pada salah satu yang bersengketa. Allah Maha Adil. Dia menempatkan semua manusia pada posisi yang sama dan sederajat. Tidak ada yang ditinggikan hanya karena keturunan, kekayaan, atau karena jabatannya. 

Dekat jauhnya posisi seseorang dengan Allah hanya diukur dari seberapa besar mereka berusaha meningkatkan taqwanya. Semakin tinggi taqwanya, semakin tinggi pula posisinya, semakin mulia dan dimuliakan oleh Allah SWT. Begitupun sebaliknya. Dia berfirman: “Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah adalah yang paling besar, dalam, dan tinggi taqwanya.” Sebagian dari keadilan-Nya, Dia hanya menghukum dan memberi saksi kepada mereka yang terlibat langsung dalam perbuatan maksiat atau dosa. Tidak dikenal oleh-Nya istilah dosa turunan, juga tidak ada hukum karma. Di hadapan-Nya masing-masing individu akan mempertanggungjawabkan dirinya sendiri. Lebih dari itu, keadilan-Nya selalu disertai dengan sifat kasih sayang. Dia memberi pahala sejak seseorang berniat berbuat baik dan melipatgandakan pahalanya jika kemudian direalisasikan dalam amal perbuatan. Sebaliknya, Dia tidak langsung memberi catatan dosa selagi masih berupa niat berbuat jahat. Sebuah dosa baru dicatat apabila seseorang telah benar-benar berlaku jahat. 

Adil juga berarti menempatkan sesuatu pada tempat yang semestinya. Lawan kata adil adalah Dzalim atau aniaya. Seseorang yang menempatkan sesuatu tidak pada tempat yang semestinya disebut dzalim atau berbuat aniaya. Untuk memahami keadilan Allah, mari kita jelajahi benda-benda angkasa. Adakah di antara benda-benda itu yang ditempatkan semau-Nya? Semua tertata rapi, masing-masing menempati posisi yang pas dengan tingkat presisi yang sempurna. Bayangkan jika tidak presisi, tentu akan timbul benturan antara yang satu dengan lainnya. Sudah bisa diduga, berapa umur dunia ini. Perhatikan firman-Nya: “Maka apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun.” (Qs. Qaf: 6) Lalu perhatikan diri kita sendiri, betapa Allah dengan sifat Adil-Nya telah menempatkan seluruh anggota tubuh kita pada tempat yang semestinya. Dia telah menempatkan hidung, mata, telinga, kepala, tangan, dan kaki pada tempat yang pas. 

Bayangkan jika tempat masing-masing anggota tubuh kita tidak pada posisinya seperti sekarang ini. Duh, Maha Adil Engkau Ya Allah. “Dan pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Qs. Adz-Dzariyat: 21) Lalu, masih sangsikah kita terhadap keadilan-Nya? Teladani keadilan-Nya dengan cara berbuat adil terhadap diri sendiri, terhadap keluarga, masyarakat, dan kepada semua. http://esq-news.com/2011/berita/10/13/al-adl-yang-maha-adil.html DI AMBANG PINTU RAMADHAN Hari ini kita sudah memasuki hari ke 23 bulan Sya’ban dan ini bererti tinggal 8 atau 9 hari lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Betapa ramai orang yang sebelumnya sihat walafiat, namun tidak mampu menemui bulan Ramadhan kerana telah dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Betapa ramai orang yang diberikan panjang umur hingga bulan Ramadhan tiba, namun tidak dapat menjalankan ibadah dan aktiviti pada bulan Ramadhan tersebut oleh kerana sakit, keadaan fizikal yang lemah dan lain-lainnya tetapi yang lebih menyedihkan lagi betapa ramai orang yang diberikan kesempatan hidup, umur panjang dan kesihatan serta kemampuan namun tidak mendapatkan keberkatan, kebaikan dan ampunan Allah swt sepert yang disebutkan dalam khutbah Nabi saw: “Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini”. Sudahkah kita berusaha menyambut Ramadhan sebagai tetamu yang istimewa? Ibarat seorang pegawai tinggi kerajaan dari negara lain yang berkunjung ke negara kita, maka sudah semestinya persiapan diadakan jauh sebelum hari kedatangannya. 

Mulai dari persiapan sambutan oleh sekelompok pasukan angkatan tentera darat mahupun udara, persiapan acara untuk para tetamu sehingga kepada acara penutupan. Semuanya mesti dipersiapkan dengan baik agar tidak meninggalkan kesan buruk di mata para tetamu. Ramadhan adalah tetamu agung yang Allah telah memuliakannya di banding bulan-bulan lainnya. Ayat dan hadist tentang beberapa kemuliaan Ramadhan tentu sudah biasa kita baca dan dengar melalui pembacaan dan ceramah-ceramah agama. Salah satunya adalah hadis berikut : Dari Ubadah bin Ash-Shamit, bahwa Rasulullah saw (pada suatu hari, ketika Ramadhan telah tiba) bersabda: “Ramadhan telah datang kepada kamu, bulan yang penuh berkah, pada bulan itu Allah swt memberikan naungan-Nya kepada kamu. Dia turunkan Rahmat-Nya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan , dan Dia kabulkan do’a. pada bulan itu Allah swt akan melihat kamu berlumba melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kamu, dan perlihatkanlah kebaikan diri kamu kepada Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah swt”. (HR At-Thabarani) Ya Allah, selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan akan datang dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan. Salam Ramadhan El- Mubarak.

17 November 2011

Tutorial share blog di FB

Dari pagi tadi aku duk membaca tutorial nak share kan blog ke FB....copy paste sana, copy paste sini..hampeh x jadi...last2 blog xblh nak sign in kat opis ptg td..sakit nyerrr hatiiiii...

malam ni aku usahakan lagi..mak aiii sonang je ruponyaaaa..xyah nak bertutorial bertutorial..kejap jerk aku wat, save terus jadikkk..a haaa!!!..tenteram dan aman aku rasa, klu x bergelodak je isi perut aku ni..kowang leh la baca blog aku yg xseberapa ..xde mendapun, merapu je dr awal shingga ke harri ini..he he heeee..
saja suka2 nak berdairi...nak mengisi masa terluang..ecehhh!!!! ada ke aku ni masa terluang?? curi2 masa time keje ada lah...ohooo!!!!..
tapi jgn suh aku ajar nak share blog ualls kat fb erk, mampos aku xingat dah..PASAL tadi aku pakai tekan2 je..last2 menjadik lak..kowang g tanya kat geng2 blogger yg lain tau...hu huuu!!!!..

  • ‎6 minggu..
    villa-linnanayus.blogspot.com
    Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala la...




19 August 2010

Kelas Make up bersama Sue Hashim..

Kat sini aku nak berkongsi ngan kawan2 ilmu yang aku dah pelajari setelah mengikuti kelas makeup asas bersama Sue Hashim ( facebook ) di Cheras Utama..Aku join kelas ni sebab aku nak CANTEK laaa..hee..bila dah kawin, badan dah tentu berubah..byk sgt belon2 di serata anggota badan..diet punyer diet tapi hasil nyer kurang jugak menarik..ada jugak tempat2 yg lemak x mo cairr..

Aku jadik riso lebih2 lagi setelah bersuami..aku borak2 ngan member zaimah di fb.masing2 mengalami masalah yg sama..gemuk stlh kawin..pk punyer pk, tetiba terbukak lak wall Sue Hashim di fb, tgk dia ada wat kelas maku up asas..aku n zaimah pun try la tanya2..

bak kata aku kat zaimah " badan dah x blh cantek, kiter cntek kan muka je la geng.."

Setelah konferm ngan Sue, n byr yuran RM100..kami pun pegi la....Dari bentong tu..( terkezut gak Sue bila tau aku dtg dr bentong semata2 nak blajar makeup)....

Sepanjang kelas berjalan, aku n zaimah mmg bg tumpuan habis..rugi rasa nya klu ilmu di sia-siakan..

Meh tgk pic2 sepanjang kelas..n pic aku sebelum n sesudah CANTEKK,...heeee...






NOTA DARI SUE HASHIM

Teknik Asas Solekan

Wajah yang berbedak tetapi nampak seperti tidak berbedak adalah satu gaya solekan yang amat digemari remaja kini. Ia tampak asli dan begitu semulajadi. Gunalah span bedak asas yang dilembapkan dengan sedikit air. Pedap sedikit bedak padat menggunakan hujung span lalu sapukan sedikit demi sedikit pada kulit wajah anda.
Untuk memudahkan diri bagi menambah lagi bedak pada wajah terutama sewaktu menghadiri majlis, bawa sahaja bedak padat di dalam beg tangan. Dengan cara ini kita dpt menghindari wajah yang tampak berkilat akibat berpeluh.
Terdapat 2 teknik yang boleh dipelajari untuk mendapatkan kesan yang hebat sewaktu menyapu bedak asas. Pertama, sapukan sedikit bedak pada bahagian tengah muka. Pastikan sapuan bedak ini dimulakan di kawasan hidung.
Jikalau wajah tampak lesu, sapuan bedak asas yang baik mampu mengembalikan kesegaran wajah.
Seandainya diri tidak cukup tidur di bawah mata ada bekas lebam atau lingkaran hitam, pastikan di bahagian itu disapu penyamar noda.
Akan tetapi jikalau di dalam beg alat solek tiada penyamar noda, bedak asas masih boleh dijadikan penyelamat. Bedak asas antara penyelesai masalah yang paling mudah jikalau anda tidak mempunyai penyamar noda. Sapukan bedak asas dengan lembut pada bahagian yang lebam pd mata. Ratakan dengan menggunakan span secara lembut kerana daerah mata amat sensitive kulitnya.

TIPS MENGGUNAKAN BEDAK DWI CARA
v Terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan dengan span kering atau lembap. Jika menggunakan span kering, ia bertindak seperti bedak berkrim. Untuk sapuan lembap basahkan span dan tekap pd bedak dan sapu pada wajah. Yang pasti, sapuan dengan span lembap lebih menyeluruh dan solekan lebih tahan lama berbanding sapuan kering.
v Gunakan sedikit saja bedak, kira-kira sepertiga daripada span
v Mulakan sapuan pd sebelah muka dahulu, ratakan bermula pada dasar hidung hingga ke telinga menghala keluar.
v Ulangi penekap bedak dengan kadar sama pada span dan sapu pada sebelah muka lagi
v Kemudian sapu rata keliling mulut, bibir dan dahi
v Perkemas sapuan dengan menyapu nipis bedak atas hidung.


BEDAK

Berbedak dengan betul adalah asas solekan yang paling utama. Solekan yang baik adalah solekan yang sederhana, sedap mata memandang sekaligus dapat menyembunyikan kekurangan pd wajah. Wajah masih kekal semulajadi biarpun ia disolek. Solekan yang sempurna mampu membangkitkan seri wajah.

JENIS ASAS SOLEKAN
JENIS CECAIR
Bedak asas ini paling popular dan versatile di kalangan pengguna. Bedak ini sesuai digunakan utk semua jenis kulit kecuali yg berminyak. Melalui penggunaan bedak asas cecair ini, pemakai akan memperoleh kesan sapuan sheer yang umpama selembut sutera. Malah melalui span bedak asas ini, wajah lebih tampak semulajadi.
Bedak asas bentuk cecair yang mudah hilang dan meresap ke kulit wajah adalah bedak asas yang serasi dengan kulit. Teksturnya lihat berkrimdan amat sesuai untuk menutup cela serta garis halus.
Sapu dengan hujung jari hantu bagi mendapatkan sapuan kemas dan rata. Sesetengah juru solek tidak suka menggunakan span segi tiga kerana ia menyerap cairan bedak asas, menyebabkan muka tampak kering.

JENIS KRIM
Memakai bedak asas jenis krim ini memang menyenangkan. Ia mudah disapu akan tetapi agak cepat kering. Keadaan yang kurang pelembap ini menjadikan bedak ini sukar utk dirata bagi menampakkan kesan yang kemas pd wajah. Oun begitu, kalau mahu bedak asas yang tampak mewah, tebal dan agak luas coverage pada wajah, bedak asas krim ini adalah pilihan terbaik.

JENIS PADAT
Bedak asas jenis padat ini disebut juga sebagai bedak compact atau compact powder. Is sesuai digunakan sepanjang hari di luar rumah bagi mengembalikan kesegaran pada wajah. Ia berupaya menyerap sisa minyak yang menjadi punca muka nampak berkilat dan tidak bermaya. Penggunaan bedak ini memang menyenangkan ramai wanita. Is sesuai juga digunakan untuk semua jenis kulit baik kering atau berminyak.

JENIS STIK
Bedak asas ini selalunya disediakan dalam kelongsong boleh putar seperti gincu. Ia juga mudah dibawa kemana-mana dan ringkas untuk memakainya. Bedak asas jenis stik ini dirumuskan dalam bentuk mewah krim dan amat sesuai bagi mereka yang mahu perlindungan wajah utk tempoh yang lama. Pemakai akan berasa kulit lebih gebu dengan memakai bedak asas jenis ini.
Cara memakainya mudah sahaja. Cuma larikkan bedak asas stik ini pd dahi, pipi dan dagu kemudian gunakan span untuk meratakannya. Lazimnya bedak asas jenis stik ini memberi kesan mewah pada kulit wajah. Ia amat sesuai untuk solekan malam hari.

BEDAK DEBU
Amat sesuai utk kegunaan di rumah. Selain itu, bedak debu juga digunakan umtuk menyempurnakan solekan asas. Selepas wajah disapu bedak asas sama ada daripada jenis cecair atau krim mahupun padat, retakan pula dengan bedak debu. Ia akan menyerlahkan lagi kelembutan tekstur pada kulit wajah. Gunakan span gebu bagi mendapatkan sapuan tipis dan rata. Manakala penggunaan berus besar memastikan sisa bedak dibersihkan sepenuhnya daripada wajah.

BEDAK ASAS DWI CARA (Two-way-cake)
Bedak ini juga umpama penyelamat waktu kecemasan, ia bertindak sebagai penyamar noda dan bedak asas. Ia bole bertahan lebih empat jam sebelum anda perlu pedap bedak padat kering atau tekap sahaja kertas penyerap minyak bagi mengembalikan kesegaran pada wajah. Malah untuk mendapatkan efek yang lebih gebu dan mewah, sapu bedak two way cake ini menggunakan span yang dibasahkan sedikit.
Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang mahu menghadiri majlis pada waktu malam. Ada yang menganggap bedak asas dwicara ini lebih praktikal. Ini kerana ia boleh digunakan untuk sapuan basah atau kering. Jikalau mahu ke majlis lebih glamour, penggunaan span basah boleh menyerlahkan lagi penampilan anda. Sekiranya anda mahukan perlindungan ringkas sepanjang hari seperti sewaktu di pejabat, bedak asas dwicara juga adalah pilihan tepat.

PENYAMAR NODA
Jangan risau jikalau kulit anda agak berbiji-biji gara-gara jerawat. Atau mungkin anda tidak selesa dengan wajah yang dipenuhi jeragat hitam. Penyamar noda mampu mengurangkan tanda cela pada wajah. Guna menyamar noda untuk menghilangkan tanda yang jelek itu. Sebelum menyapu bedak asas, penggunaan penyamar noda adalah langkah pertama agar kulit kelihatan lebih gebu. Ini lah keajaiban sebenar solekan moden ia mampu menutup sebarang cela dan garis halus. Ia juga digunakan dalam pigment kuning (kulit asia), merah jambu (kulit orang Eropah) dan hijau (semua jenis kulit).

-----------------------------------------------------------------------------------------------
10 TIPS MENYAPU BEDAK ASAS
- pastikan apabila memilih bedak asas , warna sepadan dengan warna kulit
- warna yang menghampiri warna kulit wajah, seharusnya tanpak lenyap pada kulit apabila disapukan
- apabila warna bedak asas sempurna dipilih, secara keseluruhan solekan akan tampak semulajadi
- sewaktu bersolek, jangan sesekali duduk dibawah cahaya yang suram atau malap. Sebaik-baiknya meja solek anda mempunyai cahaya yang mencukupi bagi memastikan solekan rata dan tidak keterlaluan.
- kalau kulit wajah anda cepat basah dan berpeluh, anda masih boleh menggunakan sedikit pelembap. Namun tunggu sehingga pelempap itu sebati pada kulit, sebelum disapu bedak asas.
- menggunakan bedak asas jenis cecair sebenarnya lebih mudah. Sapu pada empat penjuru wajah iaitu bahagian dahi, pipi kiri kanan serta pada dagu.
- sapuan bedak asas sebaik-baiknya dibuat dengan urutan dari atas ke bawah. Halakan urutan ke luar wajah.
- Langkah terakhir sapukan bedak asas menggunakan bedak debu untuk menjadikan wajah lebih gebu.
- Apabila menyapi bedak, tumpuan yang lebih diberikan kepada kawasan mudah berminyak seperti di kawasan T-Zone atau bahagian dahi dan hidung.

TIP MEMILIH WARNA BEDAK
Jikalau biasa bersolek, tidak salah jikalau kita menggabungkan dua rona bedak asas yang berbeza untuk sapuan di wajah. Ada ketikanya adunan dua rona mampu memberi hasil yang terbaik untuk kulit wajah. Pun begitu, kenal pasti dahulu rona kulit wajah. Ia cara terbaik untuk memastikan pilihan warna bedak asas tidak tersasar.

Warna Kulit


Kuning Pucat


Bedak Asas Warna Ivory mengembalikan seri
wajah dan memberi kesan semulajadi pada sapuan

Kuning Langsat


Warna soft beige mempu memberi
kelembutan pada keseluruhan wajah. Selain daripada warna beige, pilihan bedak yangada serakan kuning juga sesuai

Putih Kuning


Warna rona semulajadi amat sesuai kerana kulit yang putih kuning mempunyai sedikit cahaya kemerah-merahan. Bedak yang berasaskan warna cerah dengan serakan merah jambu boleh dijadikan pilihan.

Putih Merah


Pilihan warna bedak asas yang cerah dan mempunyai rona merah jambu lembut antara yang paling sesuai

Hitam Manis


Bedak asas berona coklat lembut mempunyai sentuhan warna tembaga antara yang amat sesuai untuk yang berkulit gelap.

TIP SEBELUM BERBEDAK
- Tidak kiralah apa jenama bedak asas yang dipilih, mahal atau murah, ia sebenarnya mampu mamberi kesan yang hebat selagi kita yakin dan pasti ianya memang serasi dengan kulit wajah. Perkara paling penting sebelum bersolek, bersihkan dahuku segala kekotoran yang terlekat pada wajah. Kulit akan tampak lebih berseri apabila ia sudah dibersihkan dengan betul sebelum disapu bedak.

TIP SHADING BENTUK WAJAH
Jurusolek yang mahir sering menggunakan teknik shading pada wajah bagi menyerlahkan bahagian-bahagian tertentu. Jikalau seseorang itu berwajah bulat, maka shading akan dilakukan pada bahagian pipi dan dagu bagi memberi ilusi wajahnya tampak sedikit panjang. Seandainya berhidung pesek, maka shading akan dilakukan pada batang hidung menggunakan warna yang cerah bagi membangkitkan efek tulang hidung tinggi.
Sesiapapun sebenarnya boleh melakukan shading pada wajah sendiri asalkan mengetahui dimana kelemahan dan kekurangan wajah. Untuk memahirkan tangan membuat shading, kekerapan melakukannya adalah perlu. Dalam melakukan shading, pilihan warna bedak, pembayang pipi dan highlight amat penting. Gabungan warna yang tepat akan menjadikan teknik shading lebih sempurna.

Beberapa jenis bedak asas di pasaran memang sesuai untuk teknik shading. Warna yang lebih gelap atau cerah daripada biasa, digunakan untuk tujuan ini. Penggunaan berus yang sesuai diperlukan untuk membuat teknik ini. Jikalau kesan shading itu amat ketara, maka sedikit bedak debu boleh disapu. Lazimnya jurusolek akan menggunakan teknik shading untuk mengurangkan kesan pipi berlapis terutama di bawah rahang, meninggikan tulang pipi atau mengecilkan hidung serta menampakkan lebih mancung.



KENALI BENTUK MATA


Mata Dalam
- Sapuan pembayang mata berwarna cerah atau pastel adalah pilihan terbaik. Ratakan pada seluruh kelopak mata. Pada sempadan bulu mata, boleh disapukan warna sama dengan lebih terang. Pun begitu jangan sesekali menggunakan warna yang gelap pada bahagian lipatan kelopak mata.

Mata Kuyu
- Pastikan apabila menyapu membayang mata, ia sekadar disapu pada bahagian luar tepi mata. Ini bagi mengelakkan mata tmpak lebih tirus ke dalam. Paling penting sewaktu membentuk celak pada hujung mata, ia haruslah dibentuk menaik dan tidak mengikut bentuk kelopak mata yang jatuh. Ini dapat memberi kesan ilusi agar mata tidak tampak sedih atau layu seperti asal.

Mata Galak
- Sapuan pembayang mata boleh dilakukan daripada bahagian tepi sehingga ke sebelah dalam mata. Jangan ratakan pembayang mata sehingga melepasi kelopak mata sebelah tepi. Ia untuk mengelakkan mata tampak terlalu besar dan tertonjol.

Mata Kecil dan Sepet

- Untuk mata yang kecil comel, pilih warna yang berkilau bagi menambah seri. Ini boleh memberi ilusi mata lebih besar sedikit. Jauhi celak yang berwarna hitam. Sapuan celak hitam pada lipatan kelopak mata menjadikan mata terperosok ke dalam dan tampak semakin kecil. Untuk majlis yang lebih glamour, teknik smokey mampu menyerlahkan mata yang sepet.

Mata Besar
- Bentuk mata ini dikatakan seakan-akan bentuk badam. Penggunaan warna lembut dan hangat lebih sesuai agar mata tidak terlalu menguasai penampilan wajah. Gandingan pembayang mata yang gelap dan terang boleh dilarikkan pada penghujung kelopak mata.

PEMBAYANG MATA
Pastikan dulu warna yang mahu anda campur atau gabungkan. Ia sepatutnya mencetuskan satu gabungan warna yang harmoni. Solekan di mata mampu membangkitkan kesegaran mata dan tentunya untuk bergaya pada waktu siang dan kelihatan glamour pada waktu malam. Untuk mendapatkan impak warna yang lembut, sebaik-baiknya gunakan pembayang mata jenis krim atau gloss. Pembayang mata jenis bedak memberikan kesan matte dan warnanya juga lebih intense.

TIP DAN TRICKS
- Jika anda becadang memakai lebih dari satu warna pembayang mata, pastikan padanan warnanya serasi
- Sapuan 2 atau 3 warna pembayang mata juga mestilah kemas dan tidak nampak seperti ditampal-tampal.
- Warna kulit wajah juga turut mempengaruhi efek warna pembayang mata yang disapu
- Sebelum menyapu pembayang mata, kelopak mata mestilah dialas bedak agar warna lebih naik.
- Solekan pembayang mata akan lebih tahan lama dan cantik apabila bedak debu diratakan terlebih dahulu pada mata.
- Sebelum menyapu pembayang mata, pupuklah bedak debu terlebih dahulu pada bawah mata
- Ini penting bagi memastikan segala sisa pembayang mata atau kesan sememeh pembayang yang mungkin jatuh ke bawah mata tidak mencomotkan wajah.
- Selepas siap menyolek mata, jangan lupa rata dan kemaskan kembali bedak debu yang ada di bawah mata. Gunakan berus besar.

EYELINER


JENIS-JENIS EYELINER
CECAIR
- jenis ini adalah yang paling banyak digunakan. Malah ia dikatakan memberi garisan yang lebih halus dan cantik pada kelopak mata. Penggunaan eyeliner daripada jenis cecair ini juga lebih tahan lama. Namun ia memerlukan kemahiran untuk mengalitnya agar tidak sememeh.

PENSEL BERKRIM
- hujung matanya yang lembut berkrim antara kaedah termudah mengalit eyeliner atau digunakan sebagai pembayang mata.

PENSEL BERSERBUK
- bentuknya yang versatile boleh digunakan untuk mengalit eyeliner atau digunakan sebagai pembayang mata

MATA BEBOLA (felt tip eyeliner)
- penggunaannya lebih tahan lama, tetapi jangan sesekali digosok kerana akan menyebabkan sememeh. Untuk mereka yang sudah berusia, sapuan eyeliner daripada jenis ini tampak lebih rata dan agak kasar.


TIP DAN TRICK MEMAKAI EYELINER
- Eyeliner lazimnya dialitkan pada mata untuk memberi kesan yang lebih dramatic pada mata
- Selain daripada itu, eyeliner juga dialitkan pada sempadan bulu mata palsu untuk mengaburi kesan gam padanya
- Sebenarnya hanya latihan dan penggunaan eyeliner yang kerap mampu memberi hasil yang sempurna pada mata
- Untuk menggunakan eyeliner atau celak mata, ia memerlukan kemahiran tangan untuk mengalitnya pada kelopak mata.
- Jika eyeliner sering kelihatan comot pada mata lantaran meta cepat berpeluh, cara terbaik adalah pakai pada bahagian atas kelopak mata sahaja.
- Memilih eyeliner daripada jenis waterproof adalah cara terbaik mengelakkan eyeliner mudaj cair.
- Membeli eyeliner tidak semestinya yang mahal dan berjenama. Ada yang tidak serasi dengan kulit dan menyebabkan satal-gatal pada mata. Jadi usah takut mencuba barangan yang sederhana harganya. Ada ketika yang murah itu lebih serasi dipakai.

CARA MENGALIT EYELINER
- Sewaktu menghadap cermin, pastikan kepala tidak terlalu ke hadapan. Posisi biarlah selesa untuk memandang sermin secara rapat.
- Pegang dan tegangkan kelopak mata di penjuru kening. Anak mata memandang ke bawah. Alitkan eyeliner dari luar ke dalam kelopak mata.
- Sapuan eyeliner yang tidak memenuhi seluruh kelopak mata tampak lebih natural
- Biarkan 10 saat sebelum mengalit sekali lagi jika sapuan pertama tidak kemas
- Jikalau mahu yang lebih dramatic, lakukan sapuan yang lebih tebal
- Kesan yang sememeh boleh dikemaskan dengan menggunakan putik kapas
- Biarkan 10 saat agar eyeliner kering
- Untuk mencuci eyeliner, gunakan munyak zaitun atau minyak bayi bagi menanggalkannya.

MASKARA
BULU MATA PANJANG

Rata-rata wanita Malaysia memiliki bulu mata yang sederhana panjang. Melainkan mereka yang mempunyai darah campuran seperti Arab, Punjabi atau berdarah Hindustan, mungkin dilahirkan dengan bulu mata yang melentik, panjang dan lebat. Ada juga yang memiliki bulu mata yang agak jarang serta pendek-pendek. Namun ini bukan masalah untuk tidak tampil mempersona dengan mata yang galak. Tapi bagaimana? Jawapannya mudah. Maskara pasti boleh memberi efek bulu mata sempurna. Tidak cukup dengan mascara, pengetip bulu mata juga dicipta untuk melentikkan lagi bulu mata yang sudah dioles mascara.

PENGETIP BULU MATA
Cuba ikuti panduan ini jikalau ingin mencuba pengetip mata:
- Acukan pengetip bulu mata pada bulu mata atas
- Pastikan semua bulu mata masuk sempurna dalam lengkung tadahan pengetip
- Kedudukan pengetip bulu mata mestilah serapat yg boleh pada pangkal bulu mata
- Ketip perlahan-lahan selama 10 saat
- Selepas itu, oleskan mascara agar bulu mata bulu mata bertambah sempurna
- Setelah mascara dirasakan sudah kering, ketip sekali lagi, Hasilnya pasti menawan

TIPS BERMASKARA
- Jangan teragak-agak apabila menyapu mascara. Tangan yang tidak tetap hanya membuatkan sapuan mascara menjadi comot
- Selepas mengoles mascara pada bulu mata atas, jangan abaikan bulu mata bawah
- Sapuan mascara pada bulu mata bawah akan menjadikan mata tampak lebih galak dan terbuka
- Menyapu mascara pada bulu mata bawah mudah. Caranya pegang mascara selaras dengan aras hidung. Kedudukannya dalam bentuk vertical.
- Oleskan bulu mata bawah anda dengan hujung berus mascara

PEMERAH PIPI
Pemerah pipi sebenarnya bukan sekadar untuk menyerlahkan wajah menjadi lebih segar dan berseri malah ia mampu memberi kesan yang lebih sempurna pada wajah. Jika anda mempunyai dahi yang agak jendul dan luas, teknik sapuan pemerah pipi yang berona coklat mampu memberi kesan ilusi dahi sedikit kecil.
TIPS PAKAR
- Pembayang pipi jenis krim mempunyai pigment warna yang lebih kuat lagi menonjol berbanding pembayang jenis powder
- Pastikan apabila menyapu pemerah ia dilakukan selepas anda mengaplikasi bedak asas atau sebelum anda membalas dengan bedak debu atau bedak padat. Mulakan pada tulang pipi, kemudian bawalah ia menghala ke atas.
- Gerakan ke bawah hanya akan mencetus ilusi kulit wajah anda cepat kendur seterusnya menjadikan anda tampak lebih tua daripada usia sebenar.
- Adalah lebih bijak jika anda padankan pemerah pipi dengan gincu dari rona yang sama. Contohnya jika anda memakai gincu berona jingga, mungkin pemerah pipi juga daripada kumpulan yang sama.



YANG PERLU DIKETAHUI
- Bagi menyerlahkan imej seksi wajah, titik sedikit pemerah pipi yang ada elemen shimmer pada paras tertinggi tulang pipi anda.
- Pemerah pipi rona merah jambu mampu mengembalikan cahaya kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
- Tidak semua warna sesuai untuk kita. Pemerah pipi harus dibeli dengan mengambil kira warna kulit wajah
- Tidak salah kalau mengadunkan dua warna pada sekali sapuan. Maksudnya gandingkan dua warna berbeza untuk mendapatkan hasil yang menarik
- Jangan sesekali menyapu pemerah pipi sehingga pipi tampak seperti ditampar.
- Jangan biarkan sapuan menjadi tompokan bulat pada pipi
- Seandainya berkulit putih, adalah lebih manis jikalau memakai pemerah pipi bewarna merah jambu dan jingga lembut.
- Untuk yang berkulit hitam manis, gunakan pemerah pipi daripada rona coklat gelap kerana ia mampu memberi kesan shading pada wajah.
- Kalau sapu pemerah pipi, pastikan ia adalah antara yang terakhir sekali dilayangkan pada pipi tatkala anda bersolek.
- Seandainya anda melihat pipi anda agak tebal pemerah pipinya, anda boleh kurangkan sedikit warna yang terang itu dengan menyapu selapis bedak debu. Pastikan sapuan biar rata sekeliling wajah
- Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, pemerah pipi dalam bentuk debu adalah pilihan yang paling baik.

BIBIR
Gincu memang menjadi kegemaran atau alat solek wajib bagi perempuan. Biarpun bibirnya hanya seulas, namun keinginan membeli gincu aneka warna memang tidak pernah padam. Gincu paling mudah dibawa dan paling senang digunakan di mana jua kita berada.
Tidak payah menyapu bedak berlapis-lapis, tidak perlu berjam-jam menghadap cermin melayangkan pemerah pipi dan mencalit pembayang mata, wajah masih boleh tampil berseri dengan syarat jangan lupa memakai gincu.
Bagi yang memilih warna cili, dianggap berani. Malah warna pudar mampu tampak seksi menggoda apabila mencalitkan bibir dengan gincu merah cili. Gadis remaja mungkin selesa dengan gincu merah jambu. Kalau yang mahu tampil natural dan semula jadi rona bumi seperti warna gangsa dan coklat muda mungkin menjadi pilihan.
Tentunya petua asas memakai gincu adalah pilihan warna cerah dan lembut untuk hari siang manakala untuk gaya malam pula gincu warna garang dan terang.

ASAS TATKALA BERGINCU
- gunakan berus gincu
- jangan tinggalkan pelembap bibir
- pengilat bibir adalah alat solek yang amat berguna bagi mencerahkan rona gincu yang terang
- pensel bibir penting bagi mendapatkan bentuk bibir sempurna
- akhir sekali tentulah gincu yang sesuai dengan kulit

GINCU TAHAN LAMA
- Kalau mahu kesan yang tahan lama malah lebih cantik warnanya, apabila menyapu gincu pada bibir, campurkan sekurang-kurangnya dua warna yang berbeza rona. Percayalah, hasilnya lebih memukau mata yang memandang.
- Ada waktu apabila kita bergincu, kita masih lagi sapu dan terus sapu pada bibir menggunakan gincu yang sama. Kita seperti tidak puas hati. Diri berasa cuak kalau-kalau gincu yang dipakai akan mudah tanggal warnanya. Ambil tisu, tekapkan pada bibir dengan perlahan. Kemudian pedapkan dengan bedak debu. Gincu akan lebih lama di bibir dengan cara ini.
- Gincu yang bersememeh pada gigi atau yg tampak selekeh pada hujung bibir adalah sesuatu yang memalukan. Mudah saja. Selepas bergincu, masukkan jari ke dalam mulut dan tarik. Gayanya seperti menghisap lollipop. Lebihan gincu akan melekat pada jari.

MELUKIS BIBIR
Bibir Tebal atau Penuh
Tentu saja mereka yang berbibir tebal membayangkan ilusi bibir yang tipis dan lebih kecil. Lukiskan bibir dengan pensel pada bahagian bawah bibir dan di atas bibir tetapi jangan sampai melepasi garisan bibir.
Pilih gincu yang tidak berkilat. Efek gincu yang jernih dan berkilau hanya menambahkan kesan bibir yang tebal. Sapuan gincu yang biasa mampu memberi bayangan semulajadi. Seelok-eloknya oilih lah gincu daripada rona yang seakan-akan warna bibir. Jauhi warna yg terang dan garang.

Bibir Tipis
Lukiskan bibir dengan pensel pada bahagian liar garisan bibir atas dan bawah. Ini untuk menampakkan efek bibir lebih tebal. Ratakan gincu dengan berus agar kesan ilusi itu tampak semulajadi. Untuk bibir yang tipis, pilihlah warna gincu yang terang dan gemilang warnanya. Bibir akan menjadi lebih seksi.

Bibir Atas Yang Tipis
Bagi menampakkan bentuk yang lebih sempurna, larikkan pensel bibir pada garisan luar bibir sebelah atas sahaja. Lakukan dengan berhati-hati dan sapukan gincu dengan menggunakan berus. Sapuan biar rata agar bibir atas tidak kelihatan terlampau tebal. Pastikan sapuan gincu bibir atas seimbang dengan bibir bawah.

Bibir Bawah Yang Tipis
Lakar bentuk bibir bawah menggunakan pensel bibir mengikut garisan luar bibir bawah. Lukis dengan lembut agar lakaran tidak nmpak comot. Kemudian sapu gincu menggunakan berus gincu. Untuk memberi efek semulajadi, sapuan gincu pada bibir atas boleh dilakukan dengan lebih terang berbanding bibir bawah.


TIPS DAN TRICKS
- Jangan lupa untuk memiliki tiga warna gincu yang berbeza.
- Pilih satu warna natural yang sesuai dengan kulit. Pilihan kedua, biarlah warna sedikit garang dan dramatic. Ini akan membantu tatkala hendak bergaya pada waktu malam.
- Akhir sekali dan tidak kurang penting pastinya pengilat bibir yang jenis berkilau
- Tentunya pensel bibir juga perlu ada bagi menyerlahkan lagi solekan bibir
- Jangan mudah terpengaruh dengan warna gincu yang tampak cantik pada bibir model iklan gincu.
- Cuba dulu warna gincu yang mahu dibeli
- Ada warna yang cantik dilihat tapi tetapi tampak buruk apabila disapukan pada bibir yang tidak sesuai
- Selain daripada bedak debu, penyamar noda atau concealer juga boleh disapu pada bibir agar kita mendapat base yang sekata sebelum menyapu gincu


AKHIR KATA….

“SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA DAN TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK ANDA KECAPI SEKIRANYA ANDA BERUSAHA DENGAN TEKUN UNTUK MENJADIKAN CITA-CITA MENJADI SATU KENYATAAN DAN HIMPUNLAH PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN SEKIRANYA ANDA INGIN BERJAYA DI DALAM BIDANG INI..”


25 May 2010

belajar wat frame kat ternet..

semalam aku main fb...jenguk kat fb member aku ni..suraya budak IB..bukak pic2 dia, cantek-cantek wooo..siap edit2 kat tepi laut la, ada kartun2 bunga2 laaa..aku pun dgn muka xmalu tanya kat dia camner wat sampai cantek cenggitu sekali..dia pun msg la kat aku " ko masuk kat frametoy.com..."..sonang jer lin..apa lagi, tanpa berlengah aku terus la wat keje edit mengedit ni..

ni la hasilnyer setelah diberi tunjuk ajar oleh otai suraya..timer kaseh sue sudi bg ilmu ni kat aku yg serba xtahu..hee....jom tengok :

04 May 2010

Effects of Cold Water - Sharing info

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, "jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa." Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.
**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi..... !!!!

26 April 2010

KENALI KARAKTER MELALUI TARIKH LAHIR

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.

Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.

Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

copy by email

22 April 2010

HAKIKAT PERNIKAHAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

  • jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat padahal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

**copy by email**

21 April 2010

ANDA PEMINAT BLOG..

first..time kasih ksu coz sudi ajar sy cipta blog sendiri ni..

wat kawan2 yg ada bertanya cara2 nak cipta blog..jom kiter study sama-sama asas create your blog...

  • bukak http://www.blogger.com
  • klik butang "create a blog"
  • penuhkan semua step 1 hingga step 3
  • pastu u all leh start create blogger
  • first g kat layout..klik kat smua ruang2 yg diberi..(klu xtau nak letak apa, tiru je kat blog2 yg dah sedia ada)..kat layout ni u all leh cipta bermacam2..contohnyer ruang chatting, profille, labels, video, picture, leh masukkan blog kegemaran kamu, n macam2..ikut je langkah2 yg diberi tu..confem jadik nyer..
  • pas tu leh la klik butang posting (new post)..cipta la u all nyer citer, iklan ke, gambar ke..macam dairi la....

ermm..ni laa asas yg aku leh bg..klu u all dah tau asas..confem pas tu u all leh cipta blog yg lagi canggih..kena slalu study tau...gali dan gali lagi...(aku pun x abis gali lg ni)

ok kawan-kawan...SELAMAT MENCUBA..