30 April 2010

NASIK KUKUS GOMBAK..

aku baru sampai dari KL ni..hu huu..letih giloss ..apatah lagi dgn keletah baby yg semakin ganazzzz..on t way balik td, singgah kat area Ong Tai Kim gombak..tak g pun OTK tu, lalu jerr..g kedai nasik kukus kat ujungg OTK ..ermm mmg sedapp ..tp xmakan kat situ..bawak balik bentong, makan kat umah..punyer la sedap, sampai xcukup..sampai lupa nak snap gambar nasik kukus tu letak kat entri ni..allaaa sayang nyerrr..nasik dah abis,tinggal kertas dia jerr..baru teringat xsnap lagik..ha ha haa haaa..bg sapa2 yang nak toraii nasik kukus gombak, g la...gerenti sodapppp...
****NASIK KUKUS GOMBAK, MMG GILOZZZ SODAPPP****

nak g HKL, tp sebelum tu nak bgtau dunia, "diarieslinnanayus telah dijelajah oleh BEN ASHAARI..uhuu...

kul 4.00 ni nak g HKL tgk pak sedara masuk spital kena opret lutut hu hu huuu..cian dia..server ternet petang ni lembab lak..baru nak syok2 main blog ni..semangat ptg ni berkobar2, apatah lagi En Ben Ashaari kiter tlh menjelajah blog aku..wachaaaa...syiookkk nyerr..aku dah sasau..aku dah sasau..ha haaaaa...k k..sok sambung..nak g dah ni.

***En Ben, tima kasih byk2...bg la support kat aku ni..budak baru belajaq..merangkak pun xlepas lg ni..***


haruuuu...haruuuuuu...(senyum sorang2,gilorr dah haku...hik hik hikk....)

29 April 2010

LIN DEMAM..PENINGNYERR KEPALA..


dah 5 ari baby aku demam..n 5 kali jugak bawak baby jumpa doktor..first g klinik swasta kat ........ (klinik yg ubat dia murah..heee..RM27 only) tp demam baby makin teruk.mbe antibiotik tu x sesuai ngan baby..pastu bawak g spital, pun sama gak...xelok-elok gak..n semalam g bawak baby ke poliklinik, rupanya baby kena tonser..doktor bg antibiotik n ubat demam yg lebih kuat ( RM50..amik ko..)..n malam tadik baby terus sehat tanpa dijangka..n yang pasti "BABY SEMAKIN LASAK"..aduisss...lotehh den..setelah 5 hari, mlm td aku tido dgn aman nyer..baby xmeragam..pagi td g keje, baby xbangun lagi..arap2 dia sehat ari ni..

TETAPI

..skng ni aku lak yg demam, kepala macam nak pecah..malas nak g klinik..So pe kata makan panadol je..ubat spital malas nak makan..hu huu..(rasanye panadol lebih mujarab utk org macam aku ni.hik hikk..)


Arrhhgggg!!!! camner nak g kahwin bos esok ni..dah le jauh kat Rawang..



KENAPA U TAK ROGOL I ??

Kisah Benar... Hampir Dirogol!!
Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ). Dia pun tanya perogol itu "Why don ' t you do anything to me on that night even though you know that I ' m alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.

Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah..... Jadi, renungkanlah di mana level ' iman ' kita sekarang ini. Wassalam. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ' Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga andasemua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orangmukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam...

copy by email : Wan

27 April 2010

BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu..

tgk duk bosan2 , g jengah blog so close 2213..tetiba terbaca lak entri tuan punyer blog pasal contest mekchu..o hoo..mcm best jerr bunyi dia..memandangkan aku teringin nak adiah tu kan, so pe kata aku join contest mekchu ni..

http://churalliya.blogspot.com/2010/04/best-vacation-photo-contest-by-mekchu.html



photo 1 : gambar ni amik masa singgah makan on t way nak balik pahang..


photo 2 : hak yang abg duk blkng tu xde keje snap gambar adik aku yg tgk snap gambar aku ni


photo 3 : nak melangkah pun sempat gak posingkan..hu huu..


photo 4 : aku n adik..kat masjid kristal ni..mmg cantek pemandangan kat situ..


photo 5 : gambar tanpa sengaja..hasilnyer..uhuuu..menarik gak ni..



**nak join Best Vacation Photo Contest by mekchu ni....mana tau leh dapat adiah kan..hu huuu...**


mekchu minta :

Nama Glamer : linnanayus
Tarikh percutian : 12-15 Februari 2010 (time raya china ni)
Tempat percutian : Kuala Terengganu

Segmen JELAJAH BLOG Ben Ashaari



td bukak blog Ben Ashaari..ada SEGMEN JELAJAH BLOG..hu huu..mcm best je..so leh la aku toraii..

Nama aku Linnanayus(nama atas talian)..or nickname lin..

nama blog DIARIESLINNANAYUS

Latar belakang blog :



  • Blog ni aku cipta untuk mengisi masa terluang aku kat opis or umah..

  • saja nak citer aktiviti harian aku..citer2 kisah family n kawan2..citer kisah menda2 yg terlintas kat kepala otak ni..

  • Pastu saja nak berkongsi ilmu n petua2 yang aku amik dr email, dr surat khabar or majalah..

  • Citer hal orang2 pompuan, hal kecantikan, hal pemakanan..

  • Ngumpat-ngumpat..he hee heee...

  • sambil berkongsi pic-pic yang aku anggap menarik..pic org kahwin, pic kediaman, dll...

  • mana tau satu ari nnti aku giler lak nak tulis puisi ke, cerpen ke, novel ke kat blog ni..(berangaannn)...

SEGMEN JELAJAH BLOG BEN ASHAARI ni aku tau masa aku bukak blog En. Ben tadi laa..semenjak dua menjak ni dah jd satu hobi lak ..mesti jelajah blog En. Ben tiap2 ari..syiiokk..bukan syiookk kat En Ben,kat blog jerr..he he hee...

MY FEBERET WEDDING PIC

G Jelajah blok kawan2..tgk blog si anu ada pic kawin,blog si Peah pun ada pic kawin..blog En. Ben pun upload wedding pic..ermm x blh jadik ni, nak gak kongsi pic kawin aku kat sini...ermm amik koo, 4 pic aku letak..

Gambar masa hari persandingan pada 12/01/2008 ...


kat dalam bilik..tgh bisik2..gambar kandid ni..hii..





time persalinan...sari n punjabi ni aku suka..cam dlm filem dustan lak..


Majlis Nikah pada 11/01/2008..yang paling indah dlm my memorisss..
(yang penting kamik ada lagu sempena tarikh nikah ni...11 JANUARI..hu hu huu)

BARU AKU TAHU..tag dari SO CLOSE 2213.heee..

1] 3 Names in your inbox cellphone
1. Mak Sha (mak cedara)
2. Izwan (x opis mate)
3. Suhana (opismate)

[2] Your main ringtone?
Donald Duck nyer suara...kelakaqq..

[3] What U did at 12 last night?
Bagi Baby makan ubat demam

[4] Who was the last person[S] U went out with? Where?
Bie n Baby, g bawak baby jln2 naik keta..(baby meragam demam)

[5] The color of T-shirt you're wearing now?
warna kelabu buruk..baju kurung yg x gosok..he hee...

[6] The last thing you did?
tidoo..ngantuk ..jaga baby mlm td..

[7] 3 of your everyday favourite items?
1. kereta pepel ku
2. lipstik magik yg dah nak abis ni
3. handbag NINE WEST adiah dari adik masa beddei taun lepas

[8] The color of your bedroom.
PEPEL..i like pepel..

[9] How much money in your wallet now?
ermm...duit sendiri ada 200+++ (td baru dpt ETK dari kak su..hii..)
duit adik ada 100+++ (td budak opis byr duit kain)

[11] Your favourite song?
lagu dari Salem Iklim..Smua la lagu yang dia nyanyi..

[12] What will you do next weekend?
g Kenduri Kawin Bos, klu baby dah sihat la..

[13] When was the last time U saw Ur Mum?
Td masa balik makan tgh ari..kul 1.00.

[14] Where is she now?
Bentong, Pahang...

[15] When was the last time you talked to your parents?
Td masa makan tgh ari kat umah..

[17] Where did U have your dinner lastnight?
ermm makan nasik je..lauk cincai2..mlm ikut rembat jer mana yg ada..

[18] The last suprise you got?
Adik aku nak support g Jakarta hujung tahun ni..yaa hu...

[19] Last thing U borrowed from ur friends?
pinjam penebuk lubang kat budak opis..tp eden dah pulangkan..hee...

[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?
My kacak Daud Abd Razak...

[21] What do you feel now?
Tak sabar nak balik umah tgk baby yg tgh demam ni..

[22] Wanna share with who?
Hubby , adik n mum..

[23] Who knows ur secret?
Hubby, adik n mum..

[24] They keep ur secret?
op kos la..

[25] Are you angry with someone?
Ada kot tapi malas nak ulas..ahakss..(ni yg kaksu jawab laa...)
aku jawab : klu ulas kang panjang lebar lak..hu huu...

[26] What do you order at McD?
BIG MAC BURGER...2 bijik leh abih ni..

[27] The last time you felt so sad?
Td tghari masa nak g keje..tgk Baby nangis nak iku aku..waaaaa...

[28] What is your wish for tomorrow?
Semoga baby cepat sembuh dari demam..n smoga Adam anak sedaraku cepat kluar Wad,lelah..

[29] Who will U tag next?
Sapa-sapa yang sudi...(ada ke yang tersinggah kat blog ni.??keh keh kehh...)

26 April 2010

KENALI KARAKTER MELALUI TARIKH LAHIR

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.

Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.

Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

copy by email

SUSAH HATI....

Semalam confem aku amik mc,baby demam x surut2 lagi..ari ni pun aku dtg keje lewat, xsampai hati nak tinggalkan baby..klu xkerana bie yg sanggup amik cuti jaga baby ari ni, confem aku cuti lg..tp aku susah hati gak coz baby bukan nak kat nenek dia..asyik bergayut ngan aku n bie jer..MRSM bentong 3 org positiv H1N1, tu lagi buat aku risau..klu ari ni baby demam lg, aku nak bawak baby g spital cek darah..

xtenteram ati aku duk opis ni..dah le line maxis problem ..dari smlm lg..katanya pencawang maxis runtuh..line tipon opis ni pun satu je..bz jerr..aduisss...baru kul 9.50 a.m,lambatnyer kul 1.00 ni..

24 April 2010

Airyl Danial Demam


Risau tengok anak aku Danial demam..dari jumaat mlm lagi badan baby panas..jumaat tu kul 8.30 mlm aku bawak danial g ThongFatt LIDO..masa tu dia ok lagi..kul 2.00 pagi danial bangun xnak tdo..badan dia panas..aku bg dia mkn ubat demam..layan dia main2 dulu..kul 4.30 pg baru baby tido..pagi tu dia dah start menangis,langsung xblh berenggang dgn aku...tghari sepupu2 danial dr kuantan sampai,ada kawan baby nampak cergas sikit..main2..aku happy tgk baby dah ok..tp mlm td baby meragam semula..fisrt time tgk baby demam mcm ni sekali..aku n bie xtdo jaga danial mlm td..dia asyik menangis je..kul 4.30 pagi panas danial dah sampai tahap maksimum..aku n bie terus bawak baby g hospital...risau sgt,masa tu mula la pk bukan2...masuk ubat ikut buntut dia,balik umah kul 5.00 pg..Danial terus tido..kul 8.30 pg td dia bangun menangis2..tp nampak sihat sikit..blh main2 ngan spupu2 dia..td g bawak baby jalan2 naik keta..beli kan dia air vitegen..balik umah, bg makan ubat..n skng dia tgh tido..
Esok aku nak g keje..risaunyer..klu ari ni demam baby x surut..nampaknya aku kena amik mc la..nak wat camner,tu satu2 nyer anak aku..Ya Allah, cepat la sembuhkan anak aku..aku lebih suka tgk dia senyum dr menangis..

23 April 2010

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI-PEGAWAI PPDBTG YANG DIKASIHI..

Majlis : Jamuan Jasamu Dikenang PPDBTG

Tarikh : 21 April 2010

Masa : 8.00 mlm - 12.00 mlm

Tempat : Ruang Lobi PPDBTG.


Salam perpisahan wat 4 Pegawai yang amat disegani..En. Yusof, En Karim, Ustaz Ramli dan Tn. Hj. Wahab...Tulang Belakang PPDBTG..Jasamu Amat Dikenang..

Jom Tengok Aktiviti2 yg sempat kamik rakamkan..



pic gurl gurl yang sepoyo..soronot time ni..pas makan-makan..berkaraoke..aku nyanyi berduet ngan kaksu tp memandangkan aku x tau lagu tu aku wat suara kecik je..ha ha ha haaa..confem xde sapa yang dengar kan...pilih lagu cam semangat je..tp aku respek la ksu, dia leh wat suara rock tu,jerit kasik maut nyerr..tp disebabkan kamik ada anak n bie kat umah, so kul 11.00 mlm kamik dah cabut sebelum bie ku tipon ...he heeee...xtau ;a geng2 ppdbtg ni abis korao kul baper..sapa la yg dapat adiah johan karaoke malam tu..ermm...aku gerenti xtersenarainyer..sumbang seehh..

Majlis penyampaian cenderahati wat pegawai-pegawai yang akan meninggalkan PPDBTG..sayang Ustaz Ramli xde malam tu,sakit kaki..Penasihat kamik tu..

22 April 2010

HAKIKAT PERNIKAHAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

  • jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat padahal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

**copy by email**

TIKUS DALAM KUAH ROTI CANAI...email yang aku terima dari seorang kawan untuk kiter kongsi bersama..

AWAS YG SUKA MAKAN DI KEDAI….


Tikus Dalam Kuah Roti Canai Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan. Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu. Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus. Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya. Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis. “Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya. Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi. “Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah. Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama. “Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam. Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.
Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut. Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan. Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. -SH

JOM HIAS UMAH

Semalam duk sembang2 ngan mak..ermm tengah fikirkan idea-idea untuk menghias umah sempena raya ni (lambat lg raya..he heee...)..xpe la kan, dari kami anak beranak xde menda nak wat..klu wat perubahan sikit2, lama2 siap gak..xletih badan.2 3 tahun ni, kamik dah x hias umah time bulan posa..slalu sblm posa dah siap pasang langsir, kemas2,mop umah..he hee,posa kan letih..bln posa time untuk bersantai je n tdo zzzzzzz....per idea erk utk tahun ni, rasa cam nak kediamanku itu nampak lebih santai je...slalu idea aku n mak sama..langsir xtau lagi nak tema warna apa..thn lepas dah merah..klu amik warna coklat gold pun ok gak kan...mak cakap nak tambah kabinet kaca tp xtau la mak aku nak letak kat mana lagi..ruang tamu rasa xde dah tpt kosong..ermm, aku pun ingat nak beli satu kabinet kaca utk letak mainan2 danial..nampak nyer ruang tamu kena ada perubahan, supaya dpt memuatkan 2 kabinet lagi..hi hii..klu arwah abah masih ada, confem dia membebel..masa mak nak beli kabinet TV 3 tahun sudah tu pun arwah abah dah bising2..arwah abah suka klu umah ada byk ruang, coz cucu2 hero smua..satu umah dia wat padang bola..hee....seronoknyer klu arwah abah ada, confem dia tlg kamik lap kipas, cat umah..tp ..Allah lebih sayang kan abah..

ermm, jom tgk pic2 kadiamanku..klu2 kwn2 ada idea nak bgkan..

ruang tamu kecik je..so x byk la perabot..tp mana la nak letak kabinet yg mak aku nak tu kan..mbe kena kosongkan ruang kat meja tpt mak aku mengajar ngaji..alaa, dlm pic tu nampak kerusi dia je..meja tu leh letak kat ruang tgh umah antara ruang tamu dan dapor...ermm leh bg idea ni kat mak klu dia setuju..



ermm ..ni bilik tido kamik..simlpe jer..ingat nak ubah posisi tp kena bincang ngan bie dulu..coz bilik ni pun kecik jer..kipas sampai 2, panass kan 2 3 bulan ni..lemak byk..terlampau penuh kat ruang meja solek, nampak nye aku kena kurangkan sikit barang2 kat situ..

gambar2 ni pun dah kena ganti yg baru..pic danial masa kecik, skng dah 1 tahun 3 bulan..or mbe tambah je new pic kat ruang ni..yg lagi satu tu, pic aku, dila, n pic kawin..ermm tak ubah kot..coz ni kenangan terindah kamik..
ok..kena cari byk idea lagi ni..lambat lagi raya, so sempat kot..


21 April 2010

ANDA PEMINAT BLOG..

first..time kasih ksu coz sudi ajar sy cipta blog sendiri ni..

wat kawan2 yg ada bertanya cara2 nak cipta blog..jom kiter study sama-sama asas create your blog...

  • bukak http://www.blogger.com
  • klik butang "create a blog"
  • penuhkan semua step 1 hingga step 3
  • pastu u all leh start create blogger
  • first g kat layout..klik kat smua ruang2 yg diberi..(klu xtau nak letak apa, tiru je kat blog2 yg dah sedia ada)..kat layout ni u all leh cipta bermacam2..contohnyer ruang chatting, profille, labels, video, picture, leh masukkan blog kegemaran kamu, n macam2..ikut je langkah2 yg diberi tu..confem jadik nyer..
  • pas tu leh la klik butang posting (new post)..cipta la u all nyer citer, iklan ke, gambar ke..macam dairi la....

ermm..ni laa asas yg aku leh bg..klu u all dah tau asas..confem pas tu u all leh cipta blog yg lagi canggih..kena slalu study tau...gali dan gali lagi...(aku pun x abis gali lg ni)

ok kawan-kawan...SELAMAT MENCUBA..

NAK JUAL KE..NAK AMIK NI...


skng ni aku n ksu try wat bisnes tudung..alhamdullilah ada la yg sudi beli..tp yg dua ni hati dah pekenan maa...hu hu huuu...apa kes ni..kaksu, jom jadi penasihat sy...
"dalam hati ada taman TUDUNG"
...hi hi hiii....

MY CAR......

smlm tgk rotex keta ( ntah betul ke x ejaan ni) ...dua2 mampos bln OKTOBER maaa....adoiiiisss...agak2 ada bonus x...hi hii..pas raya ni...confem sangap ..bie,kena simpan duit lebih ni..kena bisnes giler2 raya ni..kain bandung stok baru yg blh membantu keta2 kiter...hak hak hakkk..carik modall carik modall...


kereta wira ni bie punyer..jasamu dikenang beb...


haaa..ni kancil aku ...dari warna merah ke warna biru gelap..n skng dah warna pepel..aku panggil keta ni makcik sempot..hi hiii..coz keta ni dah nazak sbnrnyer..aku leh bawak g balik keje je yg xsampai 10 minit pun dari umah..cam naik kura2..tu belum tgk enjen..kalah enjen beskal anak aku..hiikk..


MAINAN BABYKU


Bakul mainan danial..xtau la brapa je mainan dia yg elok lg..danial ni suka baling2 barang..so bykla mainan dia yg berkecai..ibu dia sayang nak buang..ada yg aku gam smula..byk adiah dr kawan2 dan adik beradik..kenangan..selagi blh main, apa salahnyer aku simpan..



basikal danial



pagi2 ikut nenek dia g jogging...mesti kena bwk ngan basikal ni..klu x,letih la nenek dia nak kejar budak kuat berlari ni...


hello...hello..awak..awak...tu la je ayat anak aku..call ayah dia agaknyer...



penuh bakul..nnti ibu kitar smulayer..mana tau ada yg blh buang kann...hiii...



20 April 2010

HAIWAN KESAYANGANKU


aku suka giler kat spesis2 ular ni..klu nampak je jd syiokk...tp takut gak klu yg berbisa tu..menda2 bisa ni kesukaan syaitan kan..tp aku xlah SETAN..hi hi hii..sekadar suka-suka je...



bie aku pun punyer minat yang sama...black snake..

bukan setakat ular yg aku suka pegang2 ni..kalajengking, burung hantu pun aku penah gak pegang..lipan merah pun ada gak..xtau la napa..bila tgk rasa berdebar giler tp bila dah pegang seronok lak..try la...pasti marii...









19 April 2010

PATUNG PELIK TAPI BENAR


nama patung ni KAK JU...patung ni aku dpt dalam keta adik aku..first aku tgk patung pink ni, terus terkeluar dr mulut aku " la, sebijik kakju muka dia ni"...so terus lekat nama dia KAK JU..
untuk pengetahuan KAK JU adalah jiran sebelah umah mak aku..he he heee...mmg sebijik cam patung dlm pic ...kah kah kahhh...anak aku suka sgt patung klon ACIK JU dia ni...

p/s : kak ju, mintak ampun yerr..tp mmg sebijik la..
sssssshhh...jiran mak aku xtau pasal patung ni..klu dia tau confem dia pelangkung aku..hi hi ii....



JOM BERDIET..


opsss..ni makanan kegemaran aku..first sekali kena makan gak makanan bergoreng dan bergula ni utk tenaga..tp dengan kadar yg berpatutan la...slalu nyer aku amik karipap sebijik je..n kuih manis sepotong...



haa..ni dia produk yg aku gunakan utk diet..beza antara GC Life dan JM5 ni iolah GCL pagi2 mesti kena membuang air besar..JM5 lak kiter kerap buang air kecil..GCL ni ada dua, satu perisa kopi yg diminum waktu pagi..dan perisa buah-buahan diminum sebelum tido malam..kiter akan membuang air besar sekali sahaja iaitu waktu pagi..x macam beberapa produk dimana kerap sakit perut utk ke toilet...JM5 pulak macam yg kiter tau produk ini cuma akan membuatkan kiter kerap kencing..bermakna kiter kena banyak minum air bg bertenaga..dua2 produk ini amat berkesan..



haa..ni dia pemakanan yg amat penting sekali bg sesiapa yg nak amalkan diet..kadang2 kiter malas nak makan buah-buahan ni kan..lagi2 klu kena potong2..satu je cara bg kiter rasa seronok nak makan..letak buah2 ni dalam bakul mcm yg aku wat kat pic tu..(letak la cantek2 kan)..mcm aku x berapa suka letak dlm peti ais..so aku letak je kat atas kabinet dapur umah aku..so klu g dapor confem nampak..klu x aku yg kupaskan,mak aku kupas, bie aku kupas...so aku makan je la..(bab2 kupas buah ni mmg aku malas..hi hiii)...

OK SELAMAT MENCUBA..SALAM DIET SATU MALAYSIA..

akibat salah landing,hidung danial bengkak..


haaa..ni la dia airyl danial anakku yg kacak bergaya...kesan kat hidung dia tu akibat salah landing time dia nak baring kat atas tilam baby..tersilap langkah sekali terlanding atas tikar nenek dia..bergesellll.....dpt la tanda cam taik lalat kat idung tu kan sayang...kat dahi pun ada tp dah ilang kesan lebam...time insiden tu,idung dia merah je..bangun pagi esok nyer tgk dah itam..ha haa..tu pun lasak lagik tu..aduisss anak ibu..

jumpa dah tudung pepel ku..

alhamdullilah..berkat kesabaran akhirnyer jumpa gak tudung yg ilang tu.. tp x sure blh pakai ke x lagi..coz awning tudung tu dah berlipat..kesnyer pasal aku ada beli tpt letak kain ngan kak su bfwen kat opis ni..best giler dia nyer bakul kain net tu..bakul tu aku letak barang2 KECIK la..xsedar ntah bila masa tercampak lak tudung aku tu kat dlm bakul tu..patutle x jumpa..masa nak amik menda KECIK pagi semalam,aku teramik la tudung aku tu..rasa cam lembut je,xkan menda KECIK lak..confius...sekali tgk confem tudung pepel ku...hu huuu..gembira hati..tgk la mlm ni aku try iron awning dia klu leh pakai lagi..klu ok,sok blh la pakai baju pepel aku tu..x yah iron dah..aku dah siap hanger dalam almari ...

***jimat duit,x yah dah g kedai tudung dpn tawakal**

opsss!! khamis ni gaji la..jumaat mcm kena singgah je kedai tudung ku itu..hik hik hikk...

16 April 2010

tudung kesayanganku hilang

ari tu pagi2 lagi aku dah bangun semata2 nak gosok baju kurung moden warna purple untuk pakai g keje..pas siap gosok, aku masuk mandi.. pas tu siap2 pakai baju yg dah gosok tu..
n terus ngadap cermin makeup..aku klu make up setengah jam duk dpn cermin..tp muka cam tu gak..he hee heee.....
pas tu aku g buat air untuk sarapan pagi mak n hubby..g jemur kain..menyapu umah..kemas umah sikit2...dah siap smua...aku pun nak pakai la tudung warna purple gak...
cari punyer cari x jumpa2 tudung tu..puas merata tpt aku selongkar confem xde..sedih giler aku coz tudung tu la yg paling aku syg...akhirnyer jam dah kul 7.30 a.m..aku dah lambat..salin baju..aku pakai baju yg x gosok je g keje..dalam sejarah tu...sampai sekarang aku xjumpa tudung tu..confem hilang..samaada kena curik,atau anak aku buang dlm tong sampah..he hee heeee



hanya tinggal kenangan je tudung aku ni..sib ada gambar..sapa2 yg terjumpa tudung aku ni leh la bg kat balai polis bentong erk ...(cehhh..mcm hilang anak lak aku ni...)..keh keh kehhhh...

14 April 2010

bercuti ke melaka..


bergambar kenangan kat kota a famosa...cantek keta putih tu..x dapat milik, dpt amik gambar jd la kan..amik gambar ngan org tersayang lak tu..he heee


aku x pasti keta kebal ni hang jebat punyer ke atau atas nama je (tp xkan zaman hang jebat dulu ada keta kebal,canggih tul???) tp apa yg penting aku dpt bergambar ngan airyl danial kat keta ni..canggih tul keta perang ni..



aku n adik aku ,dila...ni pic atas becha ..sambil2 naik becha posong2 sikit kan..first time naik ni..gabra jugak aku..




tukang amik gambar adalah pakcik yg bawak becha ni..he heee...cantik dia amik gambar kamik..
danial mcm pelik je tgk pakcik tu..."sapa lak ni"..hu hu huuu...




my family..kamik je yg g melaka ni..n adik aku yg tukang snap pic..lagi 2 abg aku x ikut,xde cuti..
yg paling best kamik g melaka balik hari je tau..malam sempat g makan kat umbai(ye ke ejaan umbai ke umai..ntah??)..balik bentong dah dekat kul 3.00 pg..gilo..esok nyer g keje..ngantok giloo...

tadi ibu balik lunch,baby tido kan...


alaa baby ni,ibu balik td dia tido lak..x dpt nak main ngan anak ibu ni..patut la dia tak tnggu ibu kat pintu erk..slalu ada je kat pintu tersengih tgk ibu parking keta..semenjak paklong dia balik dr sarawak ni, baby dah x heran ngan ibu dan ayah lg..asyik duk berkepit je ngan paklong kan..paklong kedepan dia kedepan..sampai pak long nak masuk toilet pun baby nak ikut..tgk la nnti bila paklong dah pindah duk tmrloh..confem sibuk berkepit ngan ibu..nnti petang ni ibu balik,ibu bawak baby jalan2 kat luar umah erk..tp jgn lari2 tau,letih ibu yg gemuk ni nak kejar..

13 April 2010


zai kawin..skng dah 2anak dah..badan pun dah lari kan zai..ha ha haaa...utk pengetahuan u all, zai ni kawin pas tsunami..kampung dia salah satu tpt yg kena tsunami tu..dpt la kami tgk keadaan rumah yg dah hancur..ada satu umah tu,tandas dia je yg tinggal..sedih gak time ni tgk org2 ilang tpt tnggal...



ni kat umah api x silap aku...angin kuat gak time ni



kat istana budaya..time lunch kat cafe...




ni kan dpn tpt kami menginap kat alor setar..



time kursus masa aku mula keje kat IB..salam rindu wat smua...
Suraya,kurus kiterr masa ni erk..



INDAHNYER KENANGAN DI IB


tahun 2004 nyer gambar..time ada jamuan makan..bab makan smua laju..alaa haiii..kecik2 smua time ni...ce skng letak pic camtu..confem takmuat dah meja aku tu..



oo hoooo..man...kontrovesi ni..suap2 lak..aku xsuap pun sbnrnyer..dlm gambar ni je nampak cam suap..xkena pun..hu huuu



alaaa...syok nyerr..masa kat IB aku x penah tnggal baju sejuk aku tu..sojukk wooo mcm duk dlm peti ais...




kat perak lg..bahgia saat ni..masa ni bf aku la..skng dah jd husband..rasa nak ulang je saat ni..



gilooo balak2 kamik ni..leh la wat aksi 18sx kat dpn kamik...tgk la bie aku tu gigit2 leher lak..gataiii x abih...